Wednesday, April 13, 2011

Tutup buku semester 4

Yaa-Haa

Assalamualaikum

*Entry ini agak panjang kerana menceritakan kisah seorang budak dari awal sem hingga ke akhir sem. Mungkin ada episod. Sila sediakan bantal yang empuk bersama minuman atau bahan kudapan dan selamat membaca sehingga ke perkataan terakhir. Kalau tak nak baca, just click Nuff and click X. Thank you. :)

Esok adalah kelas terakhir untuk semester 4 ini. Pejam celik pejam celik, dah habis semester.

Ketika mula mula masuk semester baru dulu, semangat tinggi. Tambah pula duduk rumah sewa. Kononnya nak berdikari. Alhamdullilah sampai sekarang masih ok dan boleh meneruskan dengan gaya sebegini.

Kata Lenka, Trouble is friend. Yes. She right. Belum apa apa lagi dah ada masalah. 

Masalah 1 : Jadual clash
Aku paling benci bila kelas yang aku nak masuk tu penuh dan clash. Demm. Minggu pertama entah berapa kali turun naik bilik Koordinator bincang pasal jadual. Akhirnya, selesai juga masalah jadual. Tapi time tu pun morale dah jatuh sikit. Tapi tak apa, still early to give up.
Dah masuk kelas pulak, tak semua yang kita impikan akan dapat.

Masalah 2 : Classmate chemistry
Ini terjadi ketika aku masuk kelas DIA 4A untuk subjek BEL312 dan DIA 4C untuk ECO 211. Memanglah kedua dua subjek tu mempunyai lecturer yang baik tapi aku tak rapat dengan budak budak kelas tu. So, awal awal agak fakap jugak lah nak rapat dan borak dengan dorang.

Kawan | tak kenal maka tak cinta

Pepatah pun ada kata, hanya Suparjo mengenal Maniam. 
Ok, itu aku yang kata. =.=! 
Sehebat mana pun reputasi kelas orang, kita tetap akan berasa selesa dengan kelas kita sendiri. DIA 4D. Aku sayang sangat sangat kelas ni. Sesuatu yang aku tak dapat bila masuk kelas lain adalah riuh. Kelas lain senyap, tapi dekat luar bising, mungkin sebab mereka FUCK
Fokus Untuk Capai Kecemerlangan
Tapi kelas aku (4D) dalam kelas dan luar kelas sama sahaja, bising riuh gamat. 

Masalah 3 : Junior
Aku masuk kelas QMT 181 dengan budak budak part 2. DIA 2C. Dorang happy go lucky terutamanya Ah Chong, Solihin, Moshi, Syuhada dan Tasha. Sebenarnya tak ada masalah pun. Tapi ada juga masalah. Masalahnya dorang satu kepala dengan aku. Err..kadang kadanglah. Kadang kadang aku pun kena paku balik dengan dorang. Niat nak tackle Tasha terhenti bila dapat tahu dia dah ada pakwe. Kenal pula dengan 2 3 orang budak kelas tu. Cantik, lawa, pandai dan taken already. Ok. Terlepas lagi T.T

Tak kemana pun perempuan kalau kita kejar.

Ok. Tu jer kot masalah yang aku hadapi semester ni. Heaven kan kalau ada 3 masalah je dalam satu sem. Ada banyak lagi sebenarnya tapi tak kan aku nak cerita semua kot?

Kalau pasal pelajaran, aku rasa sem ni paling best. Akaun, Costing, Statistic dan Law aku boleh carry dengan baik dan result test dan kuiz semua ok dan not bad. Tengah seronok nih. Cuma Eco jer yang tak perform. Macro susah berbanding micro. 
 ECO 211 aku masuk kelas 4C. Kelas 4C ni majoritinya budak dekan. Aku rasa inilah kesilapan terbesar aku sem ni. Masuk kelas yang bukan jiwa aku. Lecturer ok, cuma persekitaran kelas aku tak gemar. Semua ibarat robot yang mendengar dan faham dengan apa yang lecturer ajar. Tiada sebarang pertanyaan tentang topik dan tiada soalan yang bermula dengan kalau.
Contoh: Lecturer sedang ajar tajuk International trade. Tentang specilization trade antara 2 country.

Aku nak je tanya bagaimana kalau ada 3 atau 4 negara yang terlibat. Tetapi sudah tentu budak kelas tu akan cakap aku nonsense. Soalan merapu. Bazir masa. Ok. 1st and last aku masuk kelas tu.
*nak nangis kejap

macam ni la perasaan aku bila masuk kelas ECO. Cuma aku tak reti tiru mimik muka Makky nih. wuwuwu T.T


Selain daripada itu, wow, dah macam karangan. Haha. Aku suka dengan budak budak kelas akaun dan costing. DIA 3A. Dorang semua pandai pandai dan gila gila. Lebih kurang macam kelas aku jugaklah. Aku seronok mix around dengan dorang tapi jauh di sudut hati, aku tak nak convo dengan dorang. Aku nak grad on time. Entahlah. Selalunya dalam kelas aku selalu kacau Fairuz, aku selalu bahan dia dengan Fira dan dia pulak selalu cakap aku couple dengan Fira. Last last 2 2 tak dapat. Puas. :D

Hey, aku ada BFF yang baru. Err..yang lama pun ada lagi sebenarnya. Nur Elfira Eleena Ez. Dia dah upgrade menjadi BFF daripada kawan biasa. Dia selalu ingatkan aku pasal kelas Akaun dan Law. Sementara tu, Nadya yang memang bestfrend dari part 1 pulak suka ingatkan aku pasal kelas costing dan AIS. 2 2 makcik ni akan hangin satu badan bila aku ponteng salah satu kelas tu. Sayang jugak dorang dekat aku. Haha.Aku pun sayang dorang.

 Comel tak budak ni tidur?

Inilah Elfira Eleena Ez. Nama panjang gerabak. Dia happy go lucky dan bersahaja. Yaa. Memang bersahaja, tidur sejam dalam kelas, lagi sejam buat muka comel dan snap pic dia SAHAJA. Sangat sangat bersahaja.

Gambar Nadya? Dari part 1 sampai part 3 dah banyak pic dia aku snap. So sem ni tarak.
Semester ni, kawan aku bertambah lagi. Aku kenal junior akaun, aku kenal budak degree, aku kenal housemate aku, aku kenal lebih rapat coursemate aku. 

Semester ni aku banyak mendiamkan diri daripada terlibat dengan aktiviti UiTM. Tak macam sem lepas. Kesana kemari dengan aktiviti. Sem ni aku cuma terlibat dengan Dinner SISDA. Tu pun sebab nama aku tercalon sebagai Exco Publisiti. Seronok bila dapat kenal lebih rapat dengan dorang. Majoriti exco Dinner adalah budak kelas 4A. Aku pun dah jadi salah seorang dari ahli kelas tu sebab BEL aku masuk kelas tu. 

Entah apa pulak yang menunggu semester depan. Aku nak masuk balik kelas 5D sem depan. Nak tadah telinga dengan Jiha 7-11 dok pot pet, nak bergaduh dengan Nadya, RXZ, Atul. Nak kacau Tyra, Umai dan Ain. Nak bergosip dengan Wani. Nak bertekak dengan Fateh. Nak bahan Fira. Nak sembang dengan Mila. Nak dengar lawak Alip. Wow. Banyak sungguh aku nak buat semester depan.

Lagi pun budak perempuan berharap aku dan Alip kembali masuk kelas tu sebab dorang asyik tengok Yit jer. Dah bosan agaknya :P

 ini dalam kelas, yang duduk depan selalunya stok rajin.
Aku? faham faham je la.

ini Tyra. Dia selalunya hantu gambar, cuma kali ni dia memang marah aku sangat sangat sebab tolak cinta dia sebab alih kerusi time dia nak duduk. Apa lagi. Gedebap!! Nangka jatuh. Hihi


Sikit je kan yang duduk depan. Tapi di sebelah dan di belakang kamera, ramai yang sedang berblogging, berFB, bergosip dan ber'tidur'.

Sem ni tak ada aktiviti hujung sem seperti sem lepas. No more makan makan, jalan jalan sebab aku dah tak jadi class rep. Terpulanglah kepada class rep sem ni nak buat apa lepas ni.
Sem ni juga aku belajar memasak. Skill masakan makin improve. WTH puji diri sendiri.

Aku rasa tak cukup panjang lagi entry nih.
Esok hari terakhir sesi pembelajaran sesi Jan-Apr 2011

~Sayonara~

4 comments:

Anonymous said...

panjangnyaaaaaaaaa..
penat aku baca.
tapi syok! hehe
DIA1F, DIA2D, DIA3D & DIA4D PALING PALING TERBAIK YG PERNAH AKU ADA :)

husna. said...

wow! anda mempunyai chemistry yg sangat hebat.
baru tahu ko masuk sume class dlm satu batch.
akibat pengaruh cerita jepun yg sangat kuat, aku selalu mengiimpikan kita semua bawa watak mcam dlm cerita my boss my hero tu. hehe

Khai said...

jiha: yup. Tepat sekali. the best class ever. 1F-6D. insyaallah :D

Khai said...

husna: hehe. begitu lah nmpknya. aku suka kenal ramai org dan aku suka org kenal aku. haha.

my boss my hero sgt2 best :D