Yaa-Haa
Assalamualaikum
* ini tipikal personal entry yang menceritakan tentang seorang budak keluar sehari ke bandar. Tak suka, jangan baca. Harap maklum.
Misi : Tengok wayang
Pagi tadi bangun lebih kurang pukul 9.15 a.m. Err.. subuh entah ke mana =.=*
Bangun dengan muka tak bersalah on laptop. Rumet sedang enak dibuai mimpi. Biarkan, entah pukul berapa dia tidur semalam pun tak tahu, tapi nerd selalunya tidur awal. Aku bet dia tidur tak lebih dari pukul 12.
FYI. Aku tidur pukul 11.45 p.m. semalam akibat kebosanan.
Ok. Setelah membuang masa hampir sejam, aku mandi apa bagai then keluar dengan kawan aku. Memandangkan seorang jer yang bangun pagi tadi (yang lain masih terbongkang) aku keluar dengan dia, Syafik. Setiap kali nak keluar, mesti dia lambat, maka dengan itu, aku panggil dia Syafika. Kadang kadang Pqa, mungkin Fika or Pika. Apa apa je la kan.
Destinasi #1: Makan
Kami makan di tepi INTAN. Mula mula nak makan dekat depan Maktab, tapi Syafik cakap depan INTAN lagi sedap, so tembak terus pergi INTAN. Err.. sebelah INTAN tu, kedai tepi jalan.
Destinasi #2: Cendol sebelah Petronas
Lepas makan, almaklum lah panas. Kami mencari cendol atau laicikang. Tapi jumpa cendol, so cendol je la. Perut kenyang suka hati.
Destinasi #3: Hasani
Ingat aku ni ulat buku ke hape? Aku pergi Hasani sebab nak cari magazine Digital Camera edisi April punya. Minggu lepas sibuk dengan test apa bagai sampai lupa nak beli benda alah tu, akhirnya, dapat juga beli tadi. Seronok!! Ok. Tak semua minat magazine cam gitu, tapi bagi aku it worth reading :D
Destinasi #4: Central Square
Masuk basement, cari parking, nak tengok wayang. Demm. Parking full. Keluar begitu sahaja.
Destinasi #5: Village Mall
Terus shoot ke VM. Terfikir kenapa ada van TV3, rupa rupanya, ada SIR. Spell It Right. Kami tengok dari atas je la. Best juga rupanya. Sebelum ni tengok dekat TV jer, 1st time dapat tengok live. Hahaha. Aku cuma dapat spell 3 dari 12 words yang dia bagi. Demm. Susah ok. =.=!
teruja dan bangga jugak aku tengok benda alah ni | dulu pernah ada cita2 nak masuk :)
Ok, kemudian beli tiket wayang. Masuk tengok wayang. Guess what? Cerita dia sangat2 seronok.
Will I Am jadi ayam, apa ntah nama watak dia. Lupa pulak. Jalan cerita yang ringkas, dialog yang menghiburkan. Senang cerita, gelak dari start sampai habis cerita. Best kan? Tengoklah. Tak rugi pun tengok.
Tadi coursemate, Muna cakap dia pun tengok cerita tu dengan family, kawan lama aku, Shah dia pun tengok cerita tu, sorang2 pulak tu. Kesian. Malangnya, aku tak jumpa salah seorang dari mereka dalam wayang tadi.
Ok. Itu jer nak cerita.
Adioss...
4 comments:
wahhh ada cendolll !
bestnyaaaa
mmg best :D
ehem3, tak semua Pqa lambat siap okay ! :p
pqa: hehe ye ye. syafiqa shamsul seorang yg tangkas lg cepat :P
Post a Comment