Tuesday, April 5, 2011

Kisah antara lobak dan kangkung

Suatu malam, ketika semua penghuni kolej sedang sibuk menyiapkan tugasan masing masing, ada juga yang sedang ber'online' Facebook. Begitu juga dengan salah seorang penghuni bilik B214. Berbalas komen dengan stranger. 
Bukan sahaja berbalas komen, tapi lebih kepada bertekak menggunakan ruangan komen. Setelah lama bertekak, barulah salah seorang daripada mereka memulakan perkenalan dengan add friend. 

Bermula saat itu, mereka berkomen komen dalam FB. Semakin lama semakin maju. Sehingga lah pada suatu hari, mereka ber 'voice' message menggunakan Yahoo Messenger(YM). Semakin lama semakin akrab hubungan mereka. Perbualan daripada kau aku menjadi I U. Si puteri tersebut mengenali sang jejaka kerana sebuah poster di kampus. Selalu sahaja nampak sang jejaka tersebut di mana mana. 



Malang pula bagi sang jejaka tidak tahu siapa gerangannya si puteri tersebut. Pernah sekali sang jejaka mendapat mesej dari si puteri,
Hye u, I nampak u tadi, pakai baju oren. Comel!!

Sang jejaka hanya mampu tersenyum dan berasa terkilan kerana tidak mengenali si puteri, inikan pula berjumpa dengannya.

Semakin lama hubungan mereka, semakin renggang disebabkan sang jejaka telah menjumpai kekasih hatinya. Si puteri seperti biasa sahaja, tidak sedih, tidak pula gembira.

Setelah hampir 3 bulan tidak lagi berhubung, tiba tiba, pada suatu malam, ternyata sang jejaka berasa kesunyian. Kini dia kembali seperti sebelumnya, single. 
 
 
 
Dengan kekuatan mental dan fizikal yang ada, dia mendail nombor si puteri. 

Siapa sangka, hubungan mereka yang terputus kembali rapat. Mereka gembira seperti sedia kala. Si puteri begitu marah kepada sang jejaka kerana meninggalkannya dahulu tanpa sebarang berita. Mereka kini semakin baik dan sang jejaka amat terkejut kerana si puteri tidak lagi berada di sini. Si puteri telah pun berpindah ke kampus lain untuk meneruskan cita citanya. Sayang seribu kali sayang. Mereka tidak pernah berjumpa.

Hey kangkung, kata si puteri.
Hey lobak, balas sang jejaka.

Akhirnya, sama sama meletakkan nama samaran mereka sebagai kangkung bagi sang jejaka dan si puteri pula adalah lobak. 

Sejauh mana pun lobak dan kangkung terpisah, mereka tetap ditanam di atas tanah. Tanah itu lambang perhubungan mereka.

Mungkin tanah sang kangkung lebih baik dari lobak kerana jauh dari arus pembangunan, tapi lobak dari tanah bandar juga hebat.

Kini, sang kangkung dan sang lobak masing masing sibuk dengan kehidupan mereka sendiri.
Tidak lagi berhubung seperti dahulu.
 
Mungkinkah kitaran hubungan mereka akan berterusan atau muncul pula sebuah episod baru?
Tapi, inilah reaitinya. Mereka saling merindui tetapi tidak pernah bertemu.

Adioss...

2 comments:

husna. said...

so nak cakap kisah ni sebenarnye ada kaitan dengan ko lah kan? hahaha :D
pertemuan di alam maya. ye, itulah realitinya. zaman dah moden. (:

Khai said...

hahaha. tak tahu :P