Sunday, April 24, 2011

Janganlah kejam sangat

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Breaking promise. Cakap tak nak update entry sehingga 2 Mei 2011, ini apa ini? 

Maaf. Aku bosan. Lagi pun blog ini blog aku, so aku punya sukalah.

Kelmarin aku pergi library, kononnya nak belajar bersama 2 orang makhluk Allah nih. Tup tup, diorang tak jadi. Aku belajar seorang diri di library. Lepas beberapa jam, aku mula sedar, library dah dipenuhi orang. Tengok depan, pusing belakang, pusing kiri, pusing kanan. Semua belajar dengan pasangan masing masing tak kiralah dalam kumpulan ataupun berdua. 

Aku seorang je belajar sorang sorang. Duduk pulak meja yang boleh memuatkan 8 orang dalam satu satu masa tapi duduk sorang sorang. Gangster tak?

Hari ini pula, begitu juga. Dia tak dapat datang sebab kondisinya belum stabil. 
Tengah tengah bersiap, ada suara bertanya:

Suara : Pergi sorang ke hari ni?

Aku : Macam tu la gamaknya.

Suara : Tak mesej dia?

Aku : Dah, dia tak ok hari ni. Belajar sorang sorang pun boleh.

Suara : Jangan macam tu, janganlah kejam sangat. Dia tengah tak ok. Tunjuk sikit concern kau tu. Buanglah ego tu.

Aku : Concern?

Suara : Mana pergi sikap caring kau tu? Kau buang mana? Jangan ego sangat boleh?

Aku : .....(tersentap)

Always right | Heart was created to believe


Aku pun text dia.Tanya khabar, bagi kata kata semangat dan bla bla bla.

Dalam ramai ramai orang, aku boleh tipu tapi suara tadi aku tak boleh tipu sebab ia adalah suara hati aku. Aku dah hilang sifat caring yang satu ketika dulu ibarat bijiran di ladang gandum. Kalau dulu, aku sangat concern tentang kawan kawan sehingga suatu hari aku sedar, sehebat mana pun aku mengambil berat tentang kawan kawan, carry mark dan result exam aku macam tu juga. Tak jugak berubah.

You amazing if you have real friends

Aku terlalu takut untuk melihat kawan gagal dan ternyata ia memakan diri sendiri. Dari part 1 sehingga kini, aku tak pernah dapat semua lulus. Betapa bebal dan bengapnya aku bila masuk alam kampus nih.

Sekarang, aku selfish. Ya, jual ikan.
Bangun awal pagi, pergi library, belajar sorang sorang sambil tengok kawan terbongkang di rumah. 

Ah, baguslah dia tak bangun lagi.

Kejamkan aku?

Selfish | Stand alone, Sit alone, Suffer alone

Wahai kawan,
Maafkan aku. Kalau kau down, kau sakit, kau tak ok, just tell me. Jangan pendam masalah kau. 

Aku rindu kau yang lama dan aku cuba cari diri aku yang lama.


failed in exam is scum
but abandon friend is worst than scum

Adioss...

8 comments:

cik jieha said...

sahabat yg sempurna adalah sahabat yg dpt mmbntu sahabatnya dlm kesusahan..
:))
ang dah byk tlg kawan2 ang weyy..
thankyouverymuch!! :)

sukahati kening la pintal2 kening~ said...

gud luck for your final exam=)
sahabat satu erti kata yg besar..sukar untuk mencari sahabat sejati yg boleh berkongsi susah payah dan senang lenang dalam hidup.

Khai said...

jiha: thanks sis :) fuh, baru sempat bukak blog. haha

Khai said...

cantek: thanks sis :) yup, that the way a friend should be :)

hans said...

selamat menjawab final exam

shazleen nur said...

i think you should know this
you are an amazing friend
n i'm proud to call you as my friend :)
*pndai x sya bodek? hha..

Khai said...

hans: thanks bro :)

Khai said...

leen: terima kasih. eh eh, pandainya bodek. haha :)