Friday, April 29, 2011

Ada apa dengan Astro - Part 1

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Ada Astro? Ada? Ada? Ada?

Ok. Baguslah kalau ada. Kalau tak ada pun tak apa. Hidup jugak kan?

Apa yang best ada Astro?

Jika hendak diikutkan dengan harga yang fakap tu, ramai jugak yang mengeluh. Betul. Gila hape sebulan sampai RM90 semata mata dengan channel package family tambah Sport HD. Dah tu, cerita asyik ulang ulang. Habis habis, TV 3 jugak di tengoknya.

Astro | The great repeater


Bola adalah tarikan utama pengguna untuk melanggan Astro. Yelah, mana lagi nak tengok bola kalau bukan dekat Astro. TV 1 dan TV 2 tak habis dengan propaganda mereka. Kalau ada dorang tunjuk bola Liga Super atau Liga Malaysia tak apa jugak. Alih alih Astro Arena jugak di cari kalau nak tengok bola Malaysia. Sepatutnya kerajaan kena ada inisiatif nak bantu memajukan bola sepak atau sukan sukan lain dengan menyiarkan secara langsung dekat stesen tv yang free nih!

Astro Arena Nadi sukan Malaysia | TV 1 kanser Malaysia

Berbalik kepada bola tadi, English Premier League atau Barclays Premier League, adalah antara event yang paling popular diatas muka bumi ini. Pemain bintang silih berganti, corak permainan yang menakjubkan, kualiti pemain yang superb dan penyokong yeng mencetuskan suasana yang penuh emosi. Itu adalah tarikan EPL.
 
Tanpa penyokong, sukan tiada makna.
 
 
Bila ramai orang tengok, mendapat demand yang tinggi, mulalah syarikat penyiaran berebut nak dapatkan hak penyiaran bersama ataupun secara ekslusif. ESPN berjaya mendapatkan hak penyiaran untuk benua asia secara tak langsung, harga langganan bulanan Astro meningkat sekali ganda. What The Hell!! 
Tapi Man Utd punya pasal. Apa apa pun boleh.

Semenjak guna Astro B.yond nih, aku pun jadi demand kalau dekat rumah, channel ESPN yang 811 tu tak usik langsung, pergi tengok yang ESPN HD punya. Ngada ngada kan? Sebenarnya, apa guna amik channel HD kalau tak tengok. Channel HD memberi suasana lebih seronok ketika menonton bola contoh seperti hari Ahad ini. Man Utd vs Arsenal.

ESPN HD | Give you more details


Aku dah mula pening, nak tengok dengan kawan kawan yang boleh bersorak ramai ramai dekat kedai makan atau tengok di rumah dengan adik dalam keadaan senyap dengan channel HD. 

Apa yang aku tulis ni sebenarnya? Tadi nak kutuk TV1 sebab tak tunjuk bola, ni jadi benda lain pulak. Tenggelam punca dah. Ok lah. Aku tak nak sambung lagi. Mungkin ada sambungan ini cerita.

Adioss...