Sunday, May 29, 2011

Bad start for new hope

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Bad start for new semester.

  • Aku tak dapat bawak kereta datang Merbok
  • Terpaksa naik motor yang entah berapa lama tak servis. DEMM!!
  • Manchester United kalah teruk di tangan Barca.
  • Handphone Nokia N82 aku hilang masa tengok bola, semua contact ada dalam handphone tu. Termasuk nombor akaun dan telefon tuan rumah. Terbaik la weyy!!!
  • Susah nak terlelap dekat rumah baru nih
  • Tuan rumah dah mula tanya deposit rumah yang satu sen pun tak bayar lagi
  • Loan PTPTN tak masuk lagi. Selalunya bukan main cepat lagi masuk.
  • Jadual kelas aku tak tahu hujung pangkal

Sumpah aku down/ serabut/ rimas gila babeng sekarang.

Kawan kawan, tolong call/msg aku dekat no celcom okay?

Aku tak prepare lagi nak sambung belajar sekarang. I need 2 or 3 days more.

p/s : 28 Mei 2011, my bad day
Adioss..

Friday, May 27, 2011

Wishlist Semester 5

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sudah mendarat di bumi Melbourne. Hari Ahad ni dah start kuliah. Tamat sudah cuti selama tiga minggu. Aku cadang nak balik Melbourne hari Sabtu, tapi tiket mahal sangat. So terpaksalah balik harini. Murah gila tiket. Cuba lah check dekat Malaysia Airlines. :)
Okay. Cukup propaganda aku buat hari ni. Melbourne konon. Merbok sudah. MUET pun belum tentu dapat Band 4 ada hati nak belajar di Melbourne. 

Wishlist aku semester ini adalah

*******

*******


1. Ehem ehem. Aku nak kekalkan pointer aku yang tak seberapa tu. Aku tak jangka pointer aku akan naik lagi lepas ni sebab subjek sem 5 ni sangat sangat tough . Law dan Tax. Pergh!! Terkelu lidah bila tengok soalan nanti.


2. Aku nak lulus FAR 250. Ni first time aku amik subjek ni. Kawan kawan aku ramai yang cakap susah dan tak cukup masa untuk soalan subjek ni. So, harapan aku. Aku nak LULUS subjek ni. Pathetic right? Orang lain target A apa bagai. Aku target lulus jer.


3. Xperia X8. Aku dah start ngidam handphone ni. Tapi bila tengok kedudukan kewangan semasa dan lepas kena tarbiah dengan budak tu. Rasanya kena hold dulu untuk benda alah ni. 
Birthday aku bulan 10 ni. Kalau ada siapa siapa yang nak bagi hadiah. Dah tahu kan hadiah apa yang anda kena hadiahkan kepada saya? Hahaha

ada orang nak belikan untuk aku dulu? nanti aku bayar ansuran


4. Tambah RAM laptop. Senang sikit aku nak update blog. Tak de la hang time tengah syok syok tulis.


5. Aku nak perabis MUET sem ni. Sem depan tak nak fikir dah. Lepas ni fikir nak grad dan sambung degree sahaja.


DSLR, awek baru, sound system Altec Lansing maybe hold dulu until degree. 

Awek baru pun dalam wishlist. Macam boleh beli pulak. =.='

Tu jer nak cakap malam ni.

Adioss...

Tuesday, May 24, 2011

Tips menghadapi MUET

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Tips? Haha. Kawan aku pergi buat MUET tak ada tips pun senang senang jer dapat band 4. 



Tiba tiba semangat pulak nak amik MUET sem baru ni. Itu pun kalau sem ni ada lah. Sumpah rasa ketinggalan bila most of classmate dah amik MUET. Rasa macam kena saiko zaman budak budak dulu.

Haa, aku dah sunat dah. Hang bila lagi? Bek pi sunat siap siap. Pak aku kata kalau tak sunat nanti tak boleh kawen woo..

Okay. Itu zaman mentah mentah tak tahu apa kejadahnya sebenarnya maksud di sebalik kahwin tu. Mudah sungguh tertipu. =.="

Okay. Back to the to topic.

MUET consist of  3 test. Speaking test, Writing/Reading test and Listening test.

1. Bila bercakap tentang speaking test. Fluency tu penting. Eh, betul ke aku eja ni? Kefasihan tu penting lah kalau dalam Melayunya. Cara mudah nak dapat kelancaran dan kefasihan tu dengan buat tongue twister. 

Gilo babeng budok nih


Red lorry yellow lorry
How can a clam cram in a clean cream can?
Send toast to ten tense stout saints' ten tall tents.
Stupid superstition!
 Ini adalah antara tongue twister yang aku belajar time part 2 dulu. Tapi hampeh tak amalkan pun. :P

Kalau dah terbelit lidah disebabkan banyak sangat makan belacannya. Cari lirik lagu then melalak puas puas. Make sure you all baca keseluruhan lirik tu. Jangan nak skip part yang susah and laju tu.
Kalau melalak suara sedap, upload jer dalam Youtube
2. Untuk writing test, kalau yang ada blog tu, boleh lah asah kemahiran tulis entry dalam english. Orang nak gelak? Gi mampus dekat dia lah. Cuba tanya orang yang gelak tu, dia baca Al-Quran lancar tak?


Aku pun ada jugak buat entry fully english, tu pun dah rasa yakin tahap gaban boleh amik MUET sem baru ni. Tup tup, lecturer BEL aku baca :

Khai, improve your grammar. Yang lain dah ok. Just grammar tunggang langgang sikit.

Adoyai =.=

At least aku mencuba ye tak?

3. Reading test, senang jer, korang kena banyak baca artikel english. Paling paling malas pun baca entry english kawan kawan korang. Malas lagi? Baca manual DSLR or Smartphone korang yang berharga ribuan ringgit tu. Manufacturer buat manual tu untuk baca. So, bacalah.

4.Listening test, preparation yang paling aku suka. 



KOREK TELINGA

Bila dah setahun tak korek, hambek kau. Sekilo khazanah keluar. Acah jer, gila ke hape nak simpan sampai setahun. eeuuwwww

5. Ni ultimate tips la kira nya. Paling paling malas tahap dewa. Pergi amik or pinjam buku BEL part 2 punya. Apa ntah tajuk buku tu. Tak ingat pulak den ni haa. Dah tu jangan amik saja. Bacalah dari page 1 sampai habis.

That all for today. Lets call it a day. Cewah, dah macam lecturer BEL pulak. Ngada ngada.

Adioss...

Sunday, May 22, 2011

I catch grenade for you konon

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Entry ni aku malas nak letak gambar, so baca dengan laju dan penuh penghayatan supaya tidak bosan. 
Terima Kasih

Cinta. Sebut mudah, cari mudah, kekalkan susah.

Sepatutnya aku buat entry pasal kemenangan MU malam ni, tapi keadaan tidak mengizinkan. Jadi aku nak cerita tentang cinta.

Cinta. Apa kejadahnya cinta dengan mesej dan call sepanjang masa? Aku tidak mengerti. 

Kadang kadang, aku bertanya sendiri kepada diri ini. Kepada hati.

Adakah berbaloi cinta atau hubungan jarak jauh.

Kata orang, sejauh mana kita dari si dia, selama mana kita terpisah dengan dia. Cinta sejati tetap tersemat di hati.

Okay, cinta sejati tetap tersemat di hati. Apa pula dengan cinta jarak dekat dan kemudian putus? 
( I'm talking to myself)

Adakah ia tidak benar benar sejati?

Mungkin juga.

Kata orang, allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang betul.

Bila ada yang break up. Yeah! Its okay for me. That boy/girl was a wrong guy.

Hello!!! Wake up guys! Sampai bila nak terima takdir sebegitu. Couple break sesenang hati dengan andaian dia bukan untuk kita.

What the hell!

Jangan salah erti kan pernyataan itu. Human change. Itu sebenarnya perumpaan yang tepat kepada, kita jumpa dengan orang yang salah sebelum jumpa orang yang betul.

Orang yang kamu cintai sekarang adalah mungkin orang yang salah dan mungkin juga orang yang betul.

Human change, believe me. Sometime thief give orphan money to them for survive. Sometime, lecturer give shit to their own student.

Sekali lagi aku tekankan di sini. Manusia sentiasa berubah. Terpulang kepada kita bagaimana nak mencorakkannya. Jangan salahkan takdir andai cerita cinta kamu separuh jalan.

Sebelum berjauhan dengan si dia. Setiap malam katakan kepadanya:

I'd catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya
I'd jump in front of a train for ya
You know I'd do anything for ya

Tapi bila berjauhan dengan si dia. Di mana janji kamu? Baru hanya sehari tiada di sisi, tiada call tiada mesej sudah ibarat seperti cacing kepanasan.
I catch grenade for you konon. Budak tu ada MDS la bang. Sabar la kejap. Seminggu jer pun. Chill lah.

Tak perlulah buat muka concern tahap pelanduk makan sampah. Kau pernah tengok pelanduk makan sampah camne muka dia? Buruk kau tahu!!

Haish, geram aku.

Kalau kau boleh sabar demi dia selama seminggu, baru aku percaya kau boleh tangkap grenade untuk dia, sebab aku tak mampu nak tangkap bahan letupan cenggitu.

Baru berjauhan 2 hari dah macam pelanduk makan sampah. Macam mana lah nak tinggal lama lama. Bila aku tengok orang terdekat dengan aku berada dalam situasi ni. Hilang mood aku nak bercinta. 

Ya. Mungkin belum masanya. Entah apa aku merapu malam ni.

Ok. Motif sebenar entry ni, aku nak cakap supaya mana mana boyfriend/girlfriend yang berjauhan dengan pasangan dia supaya percaya pada pasangan anda dan percaya kepada sikap manusia sentiasa berubah.

Human is variable.
Our emotion is completely change everytime.
Adioss...

Maddi Jane teman aku malam malam

Yaa-Haa

Assalamualaikum

2 minggu ni aku dah terpengaruh dengan Maddi Jane, sebenarnya dia dah lama dalam arena muzik Youtube nih. Ramai orang buat cover song untuk penyanyi kegemaran depa dan upload dekat Youtube. 

Salah seorang cover singer yang best and awesome sekarang ialah Maddi Jane.

Apa aku merapu ni?

Tak apa lah. Dulu aku dah pernah dengar budak ni nyanyi. Tapi macam tak kisah sangat sebab aku fikir dia anak artis macam Miley Cyrus dengan Jadden Smith. So, tak kisah lah kan.


I wish I have little sister likes her or maybe likes Selena Gomez. Hahaha. Keep dream on dude!

Lagu dia semua senggama telinga. Actually aku tak tahu maksud senggama. Rasa macam nak guna jer perkataan tu. So just ignore that word :)

Ini ada sikitlah video lagu dia, tak ada satu pun cacat, semua almost perfect :)

Enjoy

Impossible- Shontelle

Just the way you are-Bruno Mars

Price Tag- Jessie J

Haa. Yang ini faveret aku

Rolling In The Deep


p/s: that girl baru 12 years old :)

Adioss...

Friday, May 20, 2011

Going to Perlis

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Hello there anonymous. Looks like you have problem with me. Why dear? 

Okay. Forget about that anon. Lets move to another topic.

Esok, I mean hari Sabtu saya akan berangkat ke Perlis Indera Kayangan. Menunggu ketibaan sepupu aku yang datangnya dari London untuk sambung belajar di UiTM Arau.



London? Acah jer, Dia datang dari Sarawak, so sebagai sepupu atau Big Bro haruslah bertanggungjawab untuk pastikan dia sampai di UiTM Perlis dengan selamat. 

Dalam dua minggu ni agak bergelut dengan pertanyaan tentang itu ini UiTM. Mentang mentang aku bukak kaunter pertanyaan UiTM.
 
Siap tulis dekat status lagi, INI KAUNTER PERTANYAAN UiTM
Aku ingat budak budak ni faham maksud sebenar di sebalik status tersebut, rupa rupanya lagi berduyun duyun lah tanya itu ini UiTM. Adoyai =.="

Itu hanya perli okay. Please don't take it too serious. Okay, sekarang semua sudah selesai. Diorang pun dah settle kan problem diorang dan aku pun bersenang lenang sekarang.

Haa, bercakap pasal UiTM Arau, aku tak tahu jalan sebenarnya. Bagus tak? 



Entah bila nak beli GPS. Err.. handphone baru actually yang ada GPS. Aku rasa memerlukannya sekarang.

Kita sebagai manusia biasa ni sentiasa melakukan kesilapan. Walaupun hari hari lalu jalan tu, kadang kadang terlepas jugak simpangnyer.

Adoyai

Dah alang alang aku cakap nak beli hanset baru kan. Aku ada 3 bijik yang dalam kepala aku sekarang.

SE Xperia X8


Blackberry Torch 9800


Nokia X6


So, korang rekomen yang mana? Pilihan aku sekarang Xperia X8.

Kalau boleh rekomen dengan bukti atau pendapat sekali okay? :)

Adioss...

Thursday, May 19, 2011

Menatap wajahnya-prelude


Hari ini, aku bangun dari tidur. Tiada apa yang berada dalam kotak pemikiran sekarang. Bersihkan diri dan bersarapan pagi. Secawan Nescafe dan sekeping roti Gardenia menjadi santapan aku setiap pagi.

Setiap pagi, berjalan jalan menyusuri sebuah tasik semula jadi di sebuah taman. Memandang tasik yang begitu mengasyikkan, terdengar bunyi burung burung berkicauan. Indah sekali dunia ini.



Seperti setiap pagi, mengelilingi sebuah tasik adalah perkara rutin sebelum ke tempat kerja. Memandangkan taman tersebut hanya seberang jalan dari kawasan rumah aku, agak mudah untuk meluangkan masa seketika disini setiap pagi.

Suatu hari, aku ternampak ciptaan tuhan yang sangat mengasyikkan. 

"Wow, she so amazing!", kata aku didalam hati.

Seorang wanita sedang berjogging. Tidak pernah aku melihat wanita itu setiap pagi dan tiba tiba dia muncul entah dari mana. Ternyata penangan wanita itu sungguh kuat. Setiap pagi aku melihatnya. Berjogging, kadang kadang berjalan seorang diri mengelilingi taman, cuma haluan aku dan dia sahaja bertentangan. 

Setiap pagi, pada masa yang sama, tempat yang sama hanya pakaiannya sahaja yang berubah. Satu babak sahaja yang aku tunggu iaitu senyumannya kepada warga tua yang berjalan berselisih dengannya. 

Ia adalah satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata kata. Aku terpana seketika melihat senyumannya. Sungguh terpesona.

"Hey boy, don't stare her too long", satu suara menegur aku dari belakang

"Yeah, sure", balas aku. Rupa rupanya jiran aku Uncle Tom. Dia seorang lelaki tua yang baik.

"I know you son. Everyday you stare at her face. Maybe it such wonderful feeling when you see her but remember, just stare her face it not enough." kata Uncle Tom.

Merah pipi aku bila Uncle Tom berkata begitu, rupa rupanya dia melihat tingkah laku aku setiap pagi.

"Come on, son. Finish this walk and get to work, You gonna be late", Kata Uncle Tom lagi bila melihat riak wajah aku.

Aku bersiap ke tempat kerja. Avenue Tower milik keluarga David Williams adalah tempat aku bekerja. Di sinilah aku menghabiskan masa sehari aku sebelum pulang ke rumah pada sebelah malam.

Ketika menapak ke dalam bangunan tersebut....

To be continue..

Wednesday, May 18, 2011

I want it too

Yaa-Haa

Assalamualaikum

I want to write it someday



Yeah, someday for sure! :)

Tuesday, May 17, 2011

When life shared is complicated

Yaa-Haa

Assalamualaikum

English again? I think so. Come on, just go with it.

What means by shared life?

I mean the life are shared with someone.

Yeah.

Its about relationship.

I got request from someone about her boring relationship but I'm not Dr Love.

Okay. I will answer her question. Err..what her question again?



********

Oh yeah, it not a question actually, she wants advice so I give her advice.

BREAK UP WITH HIM AND COME TO ME

TELL HIM, I DONT WANNA BE WITH YOU ANYMORE. TELL HIM YOU GOT NEW CUTE DUMBSHIT BOYFRIEND.


Yeah!! Its so simple right? 

Did you think before you say ' I accept you as my boyfriend or Yes, I do love you' to him, did you think how much you love him? How long you can be with him? How could you lives without him?

Its not about how long or how far you from him. Its about commitment. Commitment from you to him and vice versa. 

Love | Its about commitment

You bored with him? You disgusting with him? 
*betul ke ayat aku ni?

Find new way to make it fun again. 

Fall in love make you like flying like a G6


Yeah, sometime typical date are so bored. Why don't you twist it like jog with him every evening. Argue about something ridiculous such as ask him how orange juice is orange colour not yellow or blue. Make him answer your question. I'm sure you will be amaze with his facial expression to answer your question.

"I do anything for you", Bruno Mars

Hey girl, don't talk shit about love. Love is so meaningful to everybody include you. Honest with yourself, if you still love him, love him like you will die tomorrow. If not, end the relationship before its too late.

"Failed today? Better luck tomorrow", Han


Free advice, love him like you will die tomorrow or ended the relationship.

Its just about your commitment. 

Your love your decision

adioss....

p/s: hell yeah!! Im ready for MUET next sem :)

Sunday, May 15, 2011

Random talk 2

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Yeah, random talk again. 

 
JUST STAY STRONG
 
 
Yeah! Sometime very easy to say than do it. How can we just stay strong when trouble comes to us in no time? 
 
Just keep head down and ignore the problem? 
Face the problem? 
Tell your friend about your problem?



I know, sometime we can't handle this alone. This is refer to our problems. As a student, no, as a person, we all had the problem. What we need to do with the problem?

The perfect answer is get rid of them. Yeah, very easy right?

JUST GET RID OF THEM FROM OUR LIFE.

But how? Possible answer is ask yourself about the problem. What? Why? When? How?
Do not ask your friend how to settle it because it not their problem.

Happy go lucky person also have the problem. Ask them how they face the problem.



If you in love or relationship problem, most of us are recommended to cry until you sleep or just sleep, when you wake up next morning. All the problem gone! Wow. awesome right?



I wonder if can do the same for assignments or financial problems.

Hell yeah! Wake up in the morning and never goes to the undone assignment's class and stop buying to save our pocket money.

perfect answers to face the problem is

Crying for woman

Sleeping for man.

HELL NO!!

JUST STAY STRONG, PROBLEM WILL STAY AWAY FROM US IN ANY CONDITION

find your own way to keep away from trouble.



Keep telling your heart All Iz Well (everything okay)
Ranchoddas Shamaldas Chanchard
@ Phunksukh Wangdu


p/s: first time entry fully English. please correct me for grammatically errors :)

Adioss...

Thursday, May 12, 2011

Geli hati dengan gelagat bakal junior akaun

Yaa Haa

Assalamualaikum

Mak aii, panjang benor tajuk aku letak ni. Dua marhalah beb. Ok. Straight to the point. 

Geli hati. Geli hati itu adalah sejenis proses merengangkan urat muka. Amat berguna bagi Si Muka Ketat yang super duper susah nak senyum. 

Sebenarnya aku geli hati dengan segelintir bakal junior akaun. Seperti biasa, bila mereka kenal senior, dorang add FB dan seperti biasa.

FAQ

Frequently Asked Questions

1.Abang/ kakak part berapa?

2. Apa yang tak boleh bawak?

3. Seluar jeans boleh pakai tak?

4. Kereta /motor boleh bawak tak?

5. Kenapa dengan pak guard?

6. Akaun susah tak?

7. Kolej macam mana?

8. I can be your girlfriend?

Ok. Yang last tu aku acah jer. Tak pernah dibuat orang budak junior tanya soalan macam tu.

Aku tertarik dengan sorang budak ni. Bukan sebab dia comel. Err, ya dia comel tapi bukan sebab itu. 

Dia tanya aku macam macam pasal kolej perempuan. Sampai ke bilik air pun tanya. Adoyai. Lepas tu boleh pulak mumbling nak dapat kolej Murni. Silap aku bagitahu kolej Murni tu baru lagi. Macam macam hal. Kan dah kena bebel semalam. Kesian, belum apa apa dah kena bebel.

Have fun there sis!!

Adioss...

Wednesday, May 11, 2011

Sung Kang as Han

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Semalam aku berpeluang tengok cerita Fast Furious 5 (Fast Five). Gaya penceritaan yang hebat, watak yang kuat, mesej yang jelas, sistem bunyi yang sangat wow! tambah pulak adegan kejar mengejar dan aksi yang nampak 'real'. Yeah, mungkin buat betul betul aksi tu. Sangat dahsyat lah. 



Aku bagi 10/10 kepada cerita ini. Dalam 5 sekuel setakat ini, Fast Five adalah yang paling hebat yang pernah aku tengok. Sumpah, tak tipu punya. Kalau belum tengok, pergi tengok sekarang. Worth watching :)

Ok, bercakap pasal Fast Five nih, aku dah mula tertarik dengan watak Han lakonan Sung Kang. 
 
 
 
Watak Brian O Conner lakonan Paul Walker semua orang suka, so tak perlulah aku ulas. Sampai ada yang mengaku abang sendiri pulak tu. Betul tak awak? :P

Sung Kang. Nama macam apa ntah, tapi disebalik nama yang boleh buat orang gelak guling guling tu, terselit satu bakat lakonan yang hebat.

Beliau dilahirkan di Gainesville, Georgia selepas berhijrah dari Korea Selatan.

Memegang watak sebagai Han Lue dalam filem:
Better Luck Tomorrow (2002)
The Fast The Furious : Tokyo Drift (2006)
Fast And Furious (2009)
Fast Furious 5 (2011)

Lakonan beliau begitu cool dalam cerita Tokyo Drift menyebabkan beliau mula dikenali ramai. Dia pernah muncul dalam CSI Miami dan CSI. Time tu aku tak tahu nama dia dan just panggil dia Han sahaja. 

Dalam CSI Miami dan CSI juga dia berlakon seperti mana dalam sekuel Fast Furious. Selamba, relaks, cool dan tak banyak cakap.


Tak banyak aku tahu pasal mamat ni. Tapi aku suka gaya dia dalam sekuel Fast Furious. Tip Top.




Adioss...

Tuesday, May 10, 2011

Sedikit nasihat daripada abang senior

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Ok, kali ni tak nak bahan bahan orang, tak nak buat ayat pasrah apa bagai, tak nak hangin hangin dekat orang.

Ni nak habaq mai.

21 haribulan nih, para penduduk kampung mahupun bandar sedang sibuk mengangkat barang barang keperluan anak masing masing seperti berus gigi, sejadah, bantal, cadar, teddy bear. Teddy bear?
Iyo la, anak dah besar panjang, haruslah halau mereka dari rumah. Mana tahan asyik duduk rumah mengadap TV jer kan?

Itu yang masuk universiti, yang masuk politeknik dan matikulasi aku tak pulak ingat tarikh mereka. Tapi kira dekat dekat lah. 

Adik adik,

Adik lah yer, memandangkan aku tua 2 tahun daripada hang pa semua ni. Haha. Pergi tempat orang, belajar elok elok. Buat perangai bagus. Jangan jadi samseng dekat sana. Yang dari Subang, ya dari SUBANG tu, belajaq cakap utara sama naa, jangan dok speaking KL sangat, tok hang orang Yan ja. :)

Ingat lagi satu, abang nak bagi barang, barang ni pinjam dari kumpulan Sepah.

Barang yang lepas jangan di kenang.

 
Zaman sekolah rendah, menengah dulu, simpan dalam kotak, ini zaman kampus. Tak sama macam zaman sekolah dahulu kala. Perangai mesti mau matang. Belajar hormat diri sendiri, belajar berdikari, belajar untuk mengenali dunia. Belajar untuk diri sendiri. Zaman kampus ni lecturer tak tolong kita. Kita sendiri kena tolong diri sendiri. 

Lecturer adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Lecturer tak macam cikgu, kalau cikgu, kita maki dia pun kita tetap dapat A kalau kita perform. 
 

Tapi

Kalau lecturer, andai kata dia dah tak suka kita, macam mana sekali pun kita bersungguh sungguh dalam subjek tu, kalau dia nak bagi F pun, F juga. Tak adil kan?

You just need stay stronger.

That all.




Lagi satu, jaga batas pergaulan, jaga tingkah laku, jaga cara pemakaian. Ingat tu.

Ok lah, kalau dapat UiTM Kedah, kedatangan anda amat di alu alukan, kalau selisih, jangan malu malu nak tegur :)

Kalau dapat UiTM lain pun tak apa. Selamat menjadi mahasiswa (siswa & siswi)  yang berjaya.



Pesanan tak ikhlas:
Kalau nak cari cinta, biarkan abang abang senior yang mengorat kamu, jangan bagi chance dekat boy yang sama umur dengan kamu. :P


Learn to respect yourself, learn to respect your senior, and others will respect you as you respect others.


Adioss...

Monday, May 9, 2011

Untunglah kalau

Yaa - Haa
 
 Assalamualaikum
 
Untunglah kalau kau dapat apa kau nak.
Untunglah kalau kau nak kereta dapat BWM.

Untunglah kau nak Rolex Petaling Street dapat Tag Heuer original

Untunglah kau nak DSLR tak perlu tengok dekat Mudah.my

Untunglah kau pergi kedai handphone smbil bertanya
"Tauke, apa handphone paling latest?"

Untunglah kau tak perlu beratur panjang dan isi borang lama semata mata nak dapatkan PTPTN

Untunglah kau tak perlu risau tentang duit

Untunglah. Untunglah

Terima kasih

Sunday, May 8, 2011

Pinjam gambo

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Izzy, abang ambil gambo kamu sementara header blog abang siap. Ok?


Header tu kena ubah sikit, masih dalam pembinaan. dah macam buat rumah pulak. Ni header baru. 

Jeng jeng jeng.


Ini header baru. Siap yang lagi satu, guna yang tu. 


p/s: inilah kerja aku time cuti. Bosan!!

p/s: degree nanti nak pergi Arau boleh?

Wednesday, May 4, 2011

Jangan salahkan aku

Yaa-Haa

Assalamualaikum.

Baru sebentar tadi meng download software Sony Vegas, IDM dan Avira Antivirus. Guna yang free sudah. Malas nak beli CD apa bagai. Motif sangat nak cerita semua tu dekat sini.

Ok. Sebenarnya aku nak cakap satu benda sahaja. 

LAIN KALI SILA TULIS NAMA SENDIRI di profile FB.

Mulalah nak cakap aku sombong, kerek, riak, takbur apa bagai sebab tak wish birthday kamu.

Aku tak tahu siapakah gerangan yang birthday nya hari ini atau minggu sudah kerana mereka letak nama yang tiada kaitan dengan diri sendiri. What the hell?

-Illustration-
Nama sebenar : Bunga Binti Mat Kuntum
Nama FB : Chiratio Cun.
Profile pic : Gambar minah korea



Watafak lah aku nak kaji selidik selongkar gambar nak tengok siapa punya tuan FB ni. Harap maaf ya. Nama yang aku tak kenal, memang aku tak wish birthday dekat FB walaupun aku kenal dia kerana aku malas nak selongkar. You know what I means right?

Maaf kalau ada yang terasa.

Birthday, it just about number. 

Adioss...

Tuesday, May 3, 2011

Hanya seronok di permulaan

Yaa-Haa

Aku hanya seorang insan yang hanya seronok di awal perkenalan. 
 
Jangan cakap 
 
I love you.
Saya sayang awak. 
Bertuah sapa dapat awak.
Kenapa awek you bodoh sangat tinggal you?

kalau kau, kamu, awak, hang, you
baru kenal aku, saya, I hanya beberapa bulan.



easy come, easy go

itulah yang berlaku sebenarnya. 

Saya seorang yang membosankan. That's the fact.

Adioss..