Yaa-Haa
Assalamualaikum
Alhamdulillah, sudah mendarat di bumi Melbourne. Hari Ahad ni dah start kuliah. Tamat sudah cuti selama tiga minggu. Aku cadang nak balik Melbourne hari Sabtu, tapi tiket mahal sangat. So terpaksalah balik harini. Murah gila tiket. Cuba lah check dekat Malaysia Airlines. :)
Okay. Cukup propaganda aku buat hari ni. Melbourne konon. Merbok sudah. MUET pun belum tentu dapat Band 4 ada hati nak belajar di Melbourne.
Wishlist aku semester ini adalah
*******
*******
1. Ehem ehem. Aku nak kekalkan pointer aku yang tak seberapa tu. Aku tak jangka pointer aku akan naik lagi lepas ni sebab subjek sem 5 ni sangat sangat tough . Law dan Tax. Pergh!! Terkelu lidah bila tengok soalan nanti.
2. Aku nak lulus FAR 250. Ni first time aku amik subjek ni. Kawan kawan aku ramai yang cakap susah dan tak cukup masa untuk soalan subjek ni. So, harapan aku. Aku nak LULUS subjek ni. Pathetic right? Orang lain target A apa bagai. Aku target lulus jer.
3. Xperia X8. Aku dah start ngidam handphone ni. Tapi bila tengok kedudukan kewangan semasa dan lepas kena tarbiah dengan budak tu. Rasanya kena hold dulu untuk benda alah ni.
Birthday aku bulan 10 ni. Kalau ada siapa siapa yang nak bagi hadiah. Dah tahu kan hadiah apa yang anda kena hadiahkan kepada saya? Hahaha
ada orang nak belikan untuk aku dulu? nanti aku bayar ansuran
4. Tambah RAM laptop. Senang sikit aku nak update blog. Tak de la hang time tengah syok syok tulis.
5. Aku nak perabis MUET sem ni. Sem depan tak nak fikir dah. Lepas ni fikir nak grad dan sambung degree sahaja.
DSLR, awek baru, sound system Altec Lansing maybe hold dulu until degree.
Awek baru pun dalam wishlist. Macam boleh beli pulak. =.='
Tu jer nak cakap malam ni.
Adioss...
2 comments:
hahahahah~~~ good luck ye! =D
nice wishlist. lol ^.^
teyn
thanks. nice wishlist? haha :P
Post a Comment