Tuesday, May 10, 2011

Sedikit nasihat daripada abang senior

Yaa-Haa

Assalamualaikum

Ok, kali ni tak nak bahan bahan orang, tak nak buat ayat pasrah apa bagai, tak nak hangin hangin dekat orang.

Ni nak habaq mai.

21 haribulan nih, para penduduk kampung mahupun bandar sedang sibuk mengangkat barang barang keperluan anak masing masing seperti berus gigi, sejadah, bantal, cadar, teddy bear. Teddy bear?
Iyo la, anak dah besar panjang, haruslah halau mereka dari rumah. Mana tahan asyik duduk rumah mengadap TV jer kan?

Itu yang masuk universiti, yang masuk politeknik dan matikulasi aku tak pulak ingat tarikh mereka. Tapi kira dekat dekat lah. 

Adik adik,

Adik lah yer, memandangkan aku tua 2 tahun daripada hang pa semua ni. Haha. Pergi tempat orang, belajar elok elok. Buat perangai bagus. Jangan jadi samseng dekat sana. Yang dari Subang, ya dari SUBANG tu, belajaq cakap utara sama naa, jangan dok speaking KL sangat, tok hang orang Yan ja. :)

Ingat lagi satu, abang nak bagi barang, barang ni pinjam dari kumpulan Sepah.

Barang yang lepas jangan di kenang.

 
Zaman sekolah rendah, menengah dulu, simpan dalam kotak, ini zaman kampus. Tak sama macam zaman sekolah dahulu kala. Perangai mesti mau matang. Belajar hormat diri sendiri, belajar berdikari, belajar untuk mengenali dunia. Belajar untuk diri sendiri. Zaman kampus ni lecturer tak tolong kita. Kita sendiri kena tolong diri sendiri. 

Lecturer adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Lecturer tak macam cikgu, kalau cikgu, kita maki dia pun kita tetap dapat A kalau kita perform. 
 

Tapi

Kalau lecturer, andai kata dia dah tak suka kita, macam mana sekali pun kita bersungguh sungguh dalam subjek tu, kalau dia nak bagi F pun, F juga. Tak adil kan?

You just need stay stronger.

That all.




Lagi satu, jaga batas pergaulan, jaga tingkah laku, jaga cara pemakaian. Ingat tu.

Ok lah, kalau dapat UiTM Kedah, kedatangan anda amat di alu alukan, kalau selisih, jangan malu malu nak tegur :)

Kalau dapat UiTM lain pun tak apa. Selamat menjadi mahasiswa (siswa & siswi)  yang berjaya.



Pesanan tak ikhlas:
Kalau nak cari cinta, biarkan abang abang senior yang mengorat kamu, jangan bagi chance dekat boy yang sama umur dengan kamu. :P


Learn to respect yourself, learn to respect your senior, and others will respect you as you respect others.


Adioss...

2 comments:

EmeLiena said...
This comment has been removed by the author.
shazleennur said...

baik abg,hha :)