Yaa-Haaa
Okey. Aku tak tahu kenapa tajuk entry aku macam tu. Macam ada tak kena tapi biar lah. Terdapat satu teori mengatakan bahawa sesiapa yang lahir pada awal tahun iaitu antara bulan 1 dan 3 mereka lebih cenderung dengan sikap lebih matang. Sesiapa yang lahir antara bulan 10-12 mereka lebih cenderung ke arah bersikap manja. Betulkah teori ini?
Teori yang pertama tadi agak atau mungkin betul. Sesiapa yang lahir sekitar bulan Januari sehingga Mac lebih kelihatan matang dari segi sikap dan cara bergaul. Sebagai contoh, kawan aku masa bersekolah rendah dahulu. Walaupun dia bukan ketua kelas, tapi sikap dia yang macam abang kepada kami amat-amat disenangi semua. Apa-apa keputusan tentang kelas akan dirujuk terlebih dahulu kepada dia. Ketua kelas pula hanya memerhati sambil bertanya dalam hati.
Siapa ketua kelas yang sebenar?
Teori yang kedua adalah sesiapa yang lahir pada bulan 10 -12 lebih cenderung dengan sikap manja dan kebudakan. Betul ke? Kalau orang itu anak bongsu ditambah pula lahir pada hujung tahun, maka memang manja lah dia. Kalau orang itu anak sulung, tetapi lahir pada hujung tahun, bagaimana pula?
Beberapa pemerhatian aku sepanjang 5 tahun (dari form 3 sampai sekarang), rata-ratanya setiap manusia lebih terbawa-bawa perangainya ketika berada di rumah. Jika dirumah dia adalah abang/kakak maka di mana-mana pun dia tetap sebegitu. Dengan erti kata lain, dia seorang yang matang dan bertolak ansur. Jika dirumahnya dia anak tunggal,bongsu dan anak manja maka sikapnya juga akan terbawa-bawa kemana sahaja dia berada. Dia tetap manja dan bersikap kebudak-budakan dengan rakan-rakannya.
*********
*********
Bolehkah sikap itu diubah?
Mengikut pada situasi, sikap manusia boleh berubah mengikut tempat. Selalunya anak sulung dan seseorang yang matang akan mudah membawa diri dan boleh menyesuaikan diri mereka di mana sahaja mereka berada. Lain pula ceritnya dengan anak bongsu yang kerap kali di istilahkan dengan gelaran anak manja dan anak emas. Mereka lebih sukar utuk menyesuaikan diri pada sesuatu tempat dan keadaan kerana sering bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu. Hanya segelintir sahaja anak bongsu yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain. Keadaan ini sebenarnya diajar dan diterapkan oleh ibubapa mereka. Yang sulung diajar agar mengalah dengan adik2 manakala adik2 pula hanya menunggu masa untuk mendapat apa sahaja yang diingininya dengan pendapat abang/kakak akan mengalah demi adik beradik.
So pathetic
Sampai bila perkara sebegini harus diteruskan? Adakah ini sudah jadi benda biasa dalam kehidupan?
2 comments:
i reserve my comment!
hhahaha!
umar: angah lain la...x matang x manja..blur..haha
Post a Comment