Thursday, January 6, 2011

8 terpilih-Tahniah

Yaa-Haa

Alhamdulillah, hari ni aku kelas pukul 12 (gedik seketika). Ini ada story sikit.Semalam aku pergi jumpa lecturer LAW 240, eh bukan semalam, kelmarin. LAW tu semester lepas aku dah belajar cuma aku lambat faham sikit tentang undang2 ni, itu pasal la aku kena repeat ni. Bosan. 
Aku ketuk pintu bilik lecturer tu dan buka pintu, selepas melafazkan kalimah mulia kepadanya, dia sedikit terkejut. Aku datang dengan kawan repeaters aku. 

Tahu apa dia cakap? 
Tak sangka kamu semua nak datang jumpa saya.

WTH. Apa maksud dia? Seolah-olah ada sesuatu yang dia simpan. Biarlah. Dia cakap lagi, kami ni 8 terpilih. Hell!! Repeaters boleh dilabel sebagai terpilih?  Sesuatu yang ganjil disitu. Aku pun tak pasti apa yang ada dalam fikiran dia. Satu lagi, dia cakap dia terpaksa failed kan kami. Okey. Syafaat yang dia bagi tak cukup nak bantu kami untuk lulus. Mungkin markah aku 49 selepas mendapat syafaat dari dia. Markah lulus 50. Mungkinlah kan. Tapi tak apa, aku tahu kemampuan aku dan aku tak marah atau terasa dengan tindakan dia kerana aku tahu aku akan fail juga paper ni. Lecturer ni boleh dikatakan jujur. I loike! Kalau semua Universiti mengamalkan prinsip sebegini, mungkin boleh membantu para pelajar untuk berjaya.

Lecturer Akaun aku cakap:
Come on lah, tak ragged la kalau tak repeat, saya pun repeat, kalau tak, takkan saya ada kat sini sekarang.
Norehan,2010
*Syafaat- Bantuan lecturer kepada para pelajarnya untuk mengelakkan dari pelajar tersebut gagal seperti menaikkan carry marks,memberi markah kesian dan membetulkan jawapan dalam final paper. Anda juga pernah alami kan?

Ok. Cukup sampai situ cerita pasal lecturer. Satu lagi cerita pasal blog. Hahaha. Seronok aku. Blogger yang aku admire dia disebabkan cara penulisan dan olahan cerita dia telah mengiktiraf aku dalam kolumnya They Hot and Spicy. Aku hot ker? Spicy mungkin!
Saya bukan gay. Saya ok!!

Terima kasih kepada Apih El Nino yang sudi letak nama aku sebaris dengan blogger2 terkenal dan juga sebaris dengan girlfriend tak jadi Hanis Zalikha.


Nampak tak nama Khai The Kerozer tu? Haa..tu nama lama aku time tak famous lg.
(apa kau ingat kau dah famous? perasan!!)

Blog better than Facebook. Blogwalking more interesting than watch videos in Youtube. Comment and critic is better than "Like" and Bloggers are more famous than singer and actor/actress. Siapa setuju? Sila komen.haha

Okey. Nak keluar cari makan, pagi2 ni chef tidur sebab main PES2011 banyak sangat. Apa menu best pagi nih? Roti telur? Nasi Lemak? Nasi Goreng?
Siapa tak breakfast lagi? Jom!!!!

No comments: