Yaa- Haa
Tajuk entry aku dah macam tajuk surat khabar. Biarlah. Dua benda terjadi semalam. Guess what? Malaysia menang dan Manchester United menang. Apa persamaan mereka? Dua-dua bermula dari huruf M.Haha.Okey, enough, tak lawak pun.
Safee Sali | Terbaik Malaysia
Rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega apabila Malaysia menunjukkan cara untuk bermain bola sepak dengan betul kepada Indonesia yang rata- ratanya anak manja apabila hal kecil pun mahu di adukan kepada pengadil. Mujurlah pengadil sangat2 bagus malam tadi. Mutu pengadilan yang mantap, Sorakan padu tuan rumah, pertahanan kental pasukan Malaysia dan penjaga gol Indon, Markus bermain dengan hampeh. Aku sungguh teruja menyaksikan gol ke-2 Safee Sali dengan tandukan padu yang membuat Markus (GK Indon) tergamam menyaksikan bola melepasi jangkauan dan penglihatannya lalu menerjah gawang. Kenapa lain macam je ayat yang aku guna harini? Biarlah..
Aku harap Skuad Malaysia tetap seperti ini, mengekalkan jurulatih, mengingatkan pemain agar jangan lupa diri, meneruskan pencarian bakat2 muda, meneruskan corak permainan dengan hantaran pendek dan counter attack yang pantas dan teratur, rakyat Malaysia juga harus sama2 memenuhkan stadium selepas ini andai kata Malaysia menang AFF Suzuki Cup ini. Jika apa yang aku harap ini berterusan selama 2 tahun. Malaysia mungkin boleh memasang angan2 untuk bermain di pentas dunia. Bunyi macam lawak kan?
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Malaysia hanya perlu memantapkan lagi perebutan bola di udara dan memperkemas counter attack ketika bertandang di Gelora Bung Karno. Apih kata Indon dah sediakan laser merah beserta raifal untuk pemain Malaysia di sana. Bila aku baca entry budak nih, agak menyirap darah aku dengan perangai mat mat indon ni. Tapi berani ke diorang buat macam tu?
p/s: Man Utd di tangga teratas liga dengan perbezaan 2 mata dan kelebihan 2 perlawanan.
p/s: Lepas ni penyokong Malaysia yang pergi ke Gelora Bung Karno boleh bawak banner
Aku Darah Anak Malaysia
2 comments:
aku darah ANAK MALAYSIA jgK !
BANGGA weiii:)
jiha: ang bukan nepal ka?? ekeke
Post a Comment