Yaa-Haa
Arghh!!!
Semalam tak update blog,pagi tadi kehulu kehilir cari kunci rumah, hantar barang ke rumah sewa, teman adik beli handset baru sebagai hadiah PMR. Done. Petang tadi tidur berdengkur kerana keletihan.
1.Rumah
Okey. Aku berpuas hati dengan rumah aku(rumah sewa) walaupun semak sedikit, itu boleh buang. Bilik besar, kemudahan memasak cukup cuma mesin basuh tak ada. Leceh! Housemate baru 2 orang aku kenal/jumpa. Okey, stop. Nanti borak lain pasal rumah.
2.Lembah bujang-The Carnival-Lembah Bujang
Pergh. Sumpah penat apabila terpaksa patah balik ke The Carnival setelah dapat tahu tuan punya kunci rumah ada di The Carnival, lawan Paint Ball. Haish!! Then pergi pula sana letak barang apa semua. Sorry kepada Wira Biru plat tak ingat yang cuba memotong saya sebanyak dua kali tetapi gagal.
Uncle, you know the gap between Proton and Honda? So pathetic right?
Fuh, bernafas dalam ego untuk seketika. Meter KM memang sentiasa ada di kawasan 90-140km/h. Penat drive laju-laju. Rushing punya pasal.
3. Blackberry or SE Vivaz Pro?
Adik aku beli handphone, Vivaz. Okey, aku tak kisah, itu duit dia, sukati dia lah. Aku terpandang Blackberry Curve 9300 2nd hand. RM450. Haish. Tergugat juga lah. Condition masih bagus, like new. Tapi bila difikirkan balik, macam2 benda aku nak guna dengan duit tu. So, no Blackberry.
Tahniah Khai!! Anda semakin matang dalam membuat keputusan.
4.Speeding.
Lepas keluar dari Central Square, Fahmi(sepupu) bersuara :
Fahmi : SP ke Kuala Ketil berapa lama? (sambil tengok jam pukul 1.10 p.m.)
Aku: 30 minit.
Fahmi: Boleh buat 20 minit tak? kalau boleh kita sembahyang kat Kuala Ketil jaa..
Aku: Insyaallah. Pakai seatbelt.
SP-Kuala Ketil 20 minit. Cun-cun stop depan masjid. Semasa dalam perjalanan sekali lagi race secara tak langsung dengan Honda. Honda vs Honda. No win no lose. Sama-sama sampai di lampu isyarat yang sama. Mungkin kereta dia laju sikit dari kereta aku. Dia menang. Aku 10 saat di belakang.
Speeding | Too fast too blur
Entah apa yang aku nak sampaikan disini pun aku tak pasti. Tetapi Honda hebat! haha.
Okey cukup aku merapu.Kalau nak baca merapu aku, sampai tahn depan pun tak habis. Jumpa lagi di tahun hadapan.
~Sayonara 2010~
p/s: semalam tanya tauke kedai bila printer mau siap. Dia jawab tahun depan. Demm mati-mati aku tertipu :P
2 comments:
kamu semakin dewasa =)
thankz :)
Post a Comment