Yaa-Haa
Kau bila nak ada awek haa?? Tak bosan ke asyik ngadap PES2011 jer? Ko niyh tak de life la..
Ko ni tak laku ker? Takkan tak de sorang pun minat engko?
Ko tak jeles ke tengok si Nadya tu asyik berkepit jer dengan Adnan? Ko tak rasa nak buat macam tu jugak ker?
Kesian aku tengok kau..Sumpah ko nih memang tak laku kan? Tak nak mandi bunga ker?
Kalau korang dapat kawan yang macam ni punya mulut, korang belasah dia hidup-hidup kemudian cari awek sorang. haha. Mau tak tersirap kalau dengar ayat-ayat kat atas tu kan.
Sepi | Ini bukan aku
Ok. Kenapa kita single? Aku guna kita sebab aku pun single, Apih pun single, Umar pun single, Hans aku tak pasti la pula. Ok. Back to the topic. Why we single? Aiseymen..speaking kau yer, ape nak ambil MUET ke semester ni?
Aku sendiri pun tak ada jawapan yang tepat dari segi teori dan praktikal dan juga dari segi bahasa dan akhlak. Fuh, gila mantap ayat aku petang-petang ni. Tapi berdasarkan dari pandangan,pendapat, pengalaman dan penceritaan yang aku dengar dari orang lain dan diri aku sendiri ialah:
1. Couple itu haram menurut Islam. Pegang tangan, berdua-duaan dan peluk-pelukan itu haram selagi tak kahwin. Jangan bantah point ni. Siapa bantah aku sembelih.hehe.
2. Komited terhadap kerja. Disebabkan tugasan,assignment,kerja sekolah,tesis dan sebagainya yang terlalu banyak, kami gagal memenuhi waktu sosial kami. Kadang-kadang tak ada sosial life langsung. Tapi kalau dia mempunyai masa yang berlebihan untuk bersosial maka dia so sial.
3. Tak sampai seru. Pada satu tahap di mana hormon lelaki tidak akan tertarik kepada perempuan. Tidak juga kepada lelaki dan begitu juga perempuan. Mereka lebih obses terhadap benda lain seperti game, kereta permainan, memasak dan sebagainya.
4. Homoseksual. Golongan macam ini memang aku tak dapat berbuat apa-apa. Mereka kacak bergaya, badan tough bagi lelaki sehingga menjadi kegilaan wanita manakala yang wanita pula begitu hot sehingga mampu mencairkan lelaki walaupun suhu di Amsterdam berada di bawah paras beku. Mereka kebanyakkan mempunyai status dan pekerjaan yang high profile. Kenapa mereka jadi begini? Frust bercinta? Direject rakan sekerja? Entahlah..hanya mereka yang tahu....
5. Tak laku. Selalunya terjadi kepada perempuan. Gelak sikit.Hahaha. Nasib baik Dr Rozmey ada jalan menyelesaiannya. Yang gemuk jadi kurus. Yang tak laku jadi Hot Stuff, yang hodoh jadi cantik. Inilah dunia. Wanita perlukan lelaki, lelaki perlukan wanita. Wahai wanita sekalian, kamu semua adalah keangkuhan lelaki. Jika lelaki itu mampu menangis kerana kamu maka kamu hebat, tetapi jika sebaliknya, cermin dahulu muka sendiri dan malam-malam muhasabah,muhasarawak,muhakedah keatas diri sendiri.
Too Fat Too Cheap
6. Sekatan keluarga. Bukan sekatan jalan raya ok! Keluarga memilih. Nasib badan lah kalau ada manusia yang masih berada dalam era filem Antara 2 Darjat. No komen :)
7. Mengejar cita-cita. Golongan yang sebegini selalunya optimis dan tenang. Mereka sanggup mengenepikan perasaan demi mengejar cita-cita. Bak kata Aizat Amdan:
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Ada apa-apa yang aku terlepas?
Sungai Lui, Aizat Amdan
Mengejar mimpi
Ada apa apa lagi yang aku terlepas? Kalau ada, nanti aku tambah. Rasa macam nak demam. Rindu Mira(Tilu), Liyana Jasmay dan Lisa Surihani.
Ah!! Gedik kau ni Khai!!!
Apa? Aku golongan nombor berapa? Owh, aku golongan no. 7 insyaallah. Kalau hati aku dicuri orang di persinggahan ke-3 inilah aku akan hebahkan siapa pencurinya. Orang pertama yang akan tahu semestinya Nadya Aziz, ke 2 Elfira dan ke 3 blog ini, ke 4 ex2 girlfriends aku.Hahahaha. Ketuk kepala sikit!!!
Yaa-Haaa!!!!!
4 comments:
nice one...
apa kena mira, liyana jasmay dgn lisa surihani dlm entry ni??
x phm...
hehhee...
fairuz: tengs sis!!
ika: ntah..kn aku ckp aku gedik2 kt ats tu..huhuhu
Post a Comment