Wednesday, January 12, 2011

Sekarang ini pelik, Ego dan Cinta ia saling berkait?

Yaa-Haa

Pelik sangat tajuk entry aku kali ni. Pelik kan? Kenapa aku cakap pelik? Banyak benda yang berlaku disekitar aku sekarang sangat-sangat pelik. Couple, Single, Complicated, Not Single But Available. Macam macam.

Selepas entry aku yang bertajuk Mohd Hazmi in relationship with Nadya Aziz, Hazmi call aku semalam. Gelabah cukup. Relaks bro. Selalunya yang perempuan yang akan melenting, marah-marah. Ini tidak, laki pula yang lebih-lebih. Dunia sudah berubah. Berubah sama sekali. Aku pelik dengan lelaki sekarang. Tersangat ego, termasuk diri aku. Kadang-kadang aku pun tak faham apa yang aku nak. Kawan aku aku namakan sebagai A dia minat kepada kawannya yang aku sendiri tak pernah jumpa dan hanya berkomunikasi di telefon dan FB sahaja. Kawan dia tu aku namakan sebagai B sahaja. A sayang B tetapi B cool sahaja. B tahu A sayang dia sangat-sangat. Tetapi ego. B adalah lelaki. Semua orang tahu characteristic lelaki adalah ego. Aku tak kenal sangat dengan B dan kalau boleh tak nak kenal pun. Ego kan? 

EGOISM | Know the man, know their ego


Kawan aku ni, aku kesian dia, aku sayang dia sebagai kawan. Dia dah banyak kali menderita dan kecewa dengan dirinya dan hubungan nya dengan hamba Allah yang lain. Aku harap aku dapat menolong dia.Aku akan cuba tolong dia. Orang di luar sana pasti akan cakap aku bodoh. Sanggup menolong kawan untuk memastikan cintanya sekurang-kurangnya dilihat ikhlas walaupun tidak terbalas sedangkan diri aku sendiri masih seperti ini. Setiap malam housemate sanggup keluar lewat malam mencari topup untuk mesej dan call awek sedangkan aku hanya lepak depan tv dan mentelaah buku sementara menunggu masuk tidur.
 
Tengok tv | Lebih jimat dari call awek 
 
Single itu simple. Betul. Aku tak mengalakkan sesiapa yang dah berpunya kembali single tapi bagi aku single itu sunyi tetapi seronok. Bebas berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu menjaga hati seseorang, bebas keluar dengan sesiapa sahaja tanpa perlu cover line. Tapi tak bermakna aku Playboy. Aku setia tapi orang tu tak percaya aku seratus peratus. Aku akui aku ramai kawan baik laki mahupun perempuan. Kalau aku borak dengan diorang tak bermakna aku tak setia. Jika aku tengok perempuan hot tak bermakna aku tak ingat siapa di hati tapi ini lah hakikatnya. Tiada persefahaman dan tiada kepercayaan terhadap pasangan masing-masing. Full Stop. Aku dah tak larat nak luah isi hati ini. Cukup lah buat masa sekarang. Aku bahagia denga keadaan aku sekarang.

Single Season | Bukan Syok Sendiri


Aku pelik kenapa perempuan susah nak percaya lelaki dan kenapa lelaki sangat suka dengan status Not single but available. Aku takut nanti dia pula yang permanent disable. Ok lah. Dah panas terik. Perut pun dah berbunyi, so time to cook and eat. 

p/s: semalam meeting Dinner Sisda, aku sekali lagi dilantik menjadi Exco Publisiti. Popular sangat agaknya. Bulan March nanti aku akan date dengan Photoshop CS3 je la.

6 comments:

Anonymous said...

A dan B ?
aku seperti tau siapa mereka.
haha. aku juga doakan kebahagian kawan2 aku wei.
kdg2 aku pelik knapa lelaki tak boleh nak paham yg seorg gadis syg dia sgt tapi boleh buat tak heran ja. pelik ! :))

Khai said...

jiha: aku pelik tiba2 ang komen haha

hans said...

siapakah mereka itu?

Review Film : 127 Hours Mengujakan Kerana Ia Adalah Kisah Benar

Anonymous said...

tak payah nak pelik sgt lah. haha.
azam aku 2011 ni nak rajin2 komen blog org ! hahaha :))

Khai said...

Hans:
adalah..berahsia lebih suspens.haha

Khai said...

Jiha: owh begitu? baguslah..haha

gud luck!!