Sunday, February 27, 2011

Aku nampak "Hanis Zalikha"

Yaa-Haa

Lokasi : Library UiTM Kedah
Hari : Ahad
Masa : 10.45 a.m.
Bersama dengan : Elfira, Fateh,Jiha,Alif, Kucing, Wani,Umai, Gie dan aweknya.

Ketika aku sedang khusyuk lagi fokus study costing bersama kawan kawan (itu pun sebab ada test) aku terpandang seorang awek, mukanya seakan akan Hanis Zalikha. Dengan pantasnya aku usha dan tenung muka dia dari sisi. Sama!! 

Eh! Tak sama rupanya. Dia lebih rendah dari Hanis dan mungkin lebih rendah dari aku. Tapi waktu tu aku kelu kerana pelbagai formula dan data costing bermain dalam kepala lalu berkata lah aku, FIFO. Padahal aku nak sebut Eh, Hanis Zalikha!  Demm..

Memang tak ada orang perasan la kan siapa yang aku tengok sekarang kerana masing masing sedang bertungkus lumus study Costing.

Nak dijadikan cerita..

Bukan nak buat cerita ok? 

Nak dijadikan cerita, malam ni dalam pukul 8 lebih macam tu, aku bersama kawan rumah keluar ke pasar malam. Nak beli makanan. Dekat rumah tak ada apa nak makan. Beras pun dah lama habis. =.="

Sedang berjalan jalan, aku terselisih dengan "Hanis Zalikha". Ya! Memang dari sisi dia sebijik macam Hanis Zalikha. Dia lagi rendah dari aku. Bayangkan dia jadi awek aku. ~Wink wink Wink~

Nak je aku ambil handphone dan snap gambar dia. Tapi apa pulak orang kata. Tengah tengah lautan manusia yang berpusu pusu ke pasar malam, tiba tiba aku pulak nak tangkap gambar  kat tengah tengah ni. So, tak jadi. Niat terus dimatikan. Handphone kembali berada didalam poket. Aku sempat lagi tanya kawan aku.

Aku : Hang nampak Hanis Zalikha tadi?

Kawan : Hanis Zalikha? Hamis Jalika ada la. (sambil ketawa)

Aku : Main main pulak. Aku serius ni.

Kawan : Tak nampak pun. Khai, kalau ada pun, rambut ala ala dia ja. Tak ada orang muka nak sebijik macam dia. Tu la hang. Banyak sangat baca blog. (sambung balik gelak)

Hampeh betul manusia sebelah aku sekarang. Mahu je aku ambil parang dekat atas meja penjual tu kerat kerat leher dia.

Aku rasa aku bukan berilusi mahupun gila bayang. Lagi pun aku bukan fanatik Hanis Zalikha.

Kalau betul "Hanis Zalikha" yang aku tengok tu tak wujud. Agak agak aku tengok apa tadi?

=.="

Adioss....

Friday, February 25, 2011

Anwar Hadi atau Mat Luthfi? Apa kata anda?

Yaa-Haa

Kebetulan pagi ni aku malas sedikit nak study, aku buka Youtube. Thanks to Fira dan Apih sebab memperkenalkan 2 orang budak Kedah yang superb. Anwar Hadi katanya orang Bedong, Kedah.
Memang tak jauh sangat dari UiTM Merbok tu. Mat Luthfi aku tak pasti dia orang mana tapi dia memang orang Kedah. Sebab apa? Tengok video dia nanti.

Jom layan serba sedikit video Mat Luthfi dan Anwar Hadi

Mat Luthfi - Nama pun sampah


Mat Luthfi - Serta paksa


Anwar Hadi - Beruang Duit


Anwar Hadi - Negaraku



Ini adalah di antara video yang Mat Luthfi dan Anwar Hadi buat. Both of them superb but i choose Luthfi.

Dia lebih relaks dan kreatif. Kadang kadang kualiti video juga memainkan peranan penting.
Mat Luthfi pilihan saya.

Apa kata anda?


Thursday, February 24, 2011

MInggu yang fakap

Yaa-Haa

*Entry terakhir sebelum melalui minggu yang fakap.

Start dari malam ni, aku ada test. 
  • QMT 181(statistic) - 8.00-10.00 p.m.
  • Sabtu : FAR 200(akaun) 8.30-10.30 a.m
  • Ahad : AIS 280 (komputer) 8.00-9.30 a.m. 
  • Ahad : MAF 220 (costing) 12.30-2.30 p.m.
  • Wednesday : ECO 211 (ekonomi) unknown time
Fakap kan? penat kepala otak aku nak cover semua benda alah ni. 


DOAKAN AKU AGAR AKU BOLEH JAWAB SEMUANYA DENGAN MUDAH LAGI SENANG

AMIN

adioss....
 

Monday, February 21, 2011

Apabila muka muka mula bergantungan

Yaa-Haa

Apa kejadah tajuk entry aku kali ini? Muka muka bergantungan? Apa yang aku maksudkan adalah muka muka calon MPP telah pun bergantung sejak hari Ahad lagi(atau pun minggu lepas, cuma aku tak perasan =.=")

Esok akan diadakan Pilihanraya MPP. Apa yang perlu aku buat? Hanya lepak sahaja. Baru sebentar tadi aku berborak dengan seorang MPP yang menang tanpa bertanding. Fakulti aku tak perlu bersesak sesak esok memandangkan 2 calon yang terpilih sudah menang tanpa bertanding. Tahniah! 

Jangan tanya kenapa diorang menang tanpa bertanding sebab aku pun tak tahu. Nak kata ketandusan kepimpinan, aku rasa ramai juga yang boleh memimpin pasukan. Nak kata tak ramai yang layak atas faktor pembelajaran, aku rasa ramai yang dapat Dekan. So? Tidak aku tahu. Tanya lah Dr. Roshimah. 


Dalam kelas AIS, aku tengok cerita Mann, tak sedar lagi malm esok test LAW. Hampeh.

Budak yang duduk sebelah PC aku. Nur Elfira Eleena Ez tengok cerita Phobia, Thai mari. Kejap kejap tutup muka sebab suspens. Aku tak boleh fokus, last last aku join dia tengok cerita tu jugak. Hampeh!

Tu jer nak cakap. Bye.

Saturday, February 19, 2011

Boleh aku pergi tanya budak perempuan tu makna Ilysm dan Imysm

Yaa-Haa

Semalam balik dari discussion BEL untuk roleplay bersama dengan beberapa orang classmate, aku terpandang seorang awek ini duduk atas divider dekat foodcourt depan tempat parking. Kebetulan motor aku betul betul depan tempat dia bertenggek. 

Saja aku berjalan slow slow dekat belakang dia. Dia tengah main mesej. Dia tulis:

ILYSM and IMYSM, sorry dear.

Dengan spontan lagi tak malunya aku pergi tanya dia ilysm dan imysm tu apa kejadahnya. Kawan dia ke? 

Apa lagi, awek yang muka cantik lagi suci tu terus terkejut dan bila dia terkejut, muka dia dah tak cantik. Hahaha. Mujurlah awek tu cepat cool down. Dengan penuh semangatnya dia cakap

I Love You So Much and I Miss You So Much

Macam dia cakap dekat aku pulak. Blushing kejap. Erk!! =.="



Oh, baru aku tahu apakah maksudnya. Awek tu rilek je tanya aku:

Awek : Tak pernah tengok ke orang tulis macam tu? Your girlfriend tak pernah taip cam tu?

Aku : Tak.Tak pernah bercinta. (auta semata mata)

Awek : Belajarlah. Cari ilmu banyak banyak. Nanti boleh ngorat. Hahaha

Aku : Haha. Ni buat apa sorang sorang dekat sini?

Awek : Tak buat apa. My bf merajuk.

Aku : Ok (sambil naik atas moto dan senyum kepada awek tu dan chow)

Bila aku keluar dari kawasan tu, aku gelak gila gila. Geli hati aku dengar awek tu cakap bf dia merajuk. Adoyai. Macam macam kerenah manusia dalam dunia ni. Sumpah aku baru tahu apakah maksud ilysm and imysm. Lawak kan? 

Buat masa ni aku tak guna short form sebegitu untuk cakap dengan seseorang. 

Tetapi aku nak cakap juga,

ilysm and imysm Mama, Adik, Ayah.

Adioss...

Friday, February 18, 2011

Apabila sang mantan turun takhta, muncul pula kepimpinan muda berhati waja

Yaa-Haa

Gila punya panjang tajuk entry aku kali ni. Dah lama tak taip tajuk entry panjang panjang. Hehehe. 

Siapakah sang mantan tersebut. Bunyi macam provokasi sahaja. Mentang-mentanglah geng MPP telah turun takhta, berani kau buat entry sebegini Khai.Gila teruk aku kena kalau mantan mantan baca. Hahaha

Umar, Ain, Aman, Eric, Bilal, Aman, Wani, Majid, Syafiq, Arep, Maha, Tehah, dan Isz telah tamat tempoh perkhidmatan selaku MPP 2010/2011. 
 
MPP | Tinggal kenangan, terima kasih
 
 
Tahniah diucapkan. Maka selepas ini muncul pula muka baru dengan record batch paling ramai dan paling genius. Hahaha. Bukan omong kosong. Inilah kenyataan. Batch kami (Part 4 sekarang )antara batch yang ramai dapat dekan dan 3 pointer. Aku bukan dalam kalangan tu. Tapi suatu hari nanti. Insyaallah.

Rumors yang aku dengar calon untuk bertanding jawatan MPP adalah sama seperti tekaan aku dahulu. Koordinator pernah tanya, siapa potential MPP untuk fakulti Akaun, memandangkan aku Masec pada waktu itu. Beberapa nama aku sebut sebagai calon potensi. Tiada reaksi dari koordinator ketika itu. 
 
Aku yakin, sekurang kurangnya 1 nama yang aku sebut akan bertanding jawatan itu nanti! Sangat pasti.

Kebolehan dia memimpin sebuah pasukan sangat sangat hebat. Hanya perlu bercakap sahaja dia mampu yakin kan orang yang berada disekitarnya bahawa dialah orangnya. Walaupun perangainya agak gila gila. Mantan MPP sebelum ini pun semuanya gila gila. Aku harap dialah orangnya.

Dedikasi terakhir untuk para mantan MPP. Semoga sukses selalu. Aku dah jarang nampak korang sebab korang dah part 6. Semua sibuk. Terima kasih atas segala pengalaman yang aku dapat dengan korang semua.
 
 
Eric, Ko jahat tapi baik. Bila lagi kita nak menganjing orang sama sama? Hahaha


Umar, biar jer apa orang nak cakap, yang penting ko tahu apa ko buat. Dah kerja nanti, call aku!

 
Tehah, selamat mengharungi semester terakhir di sini.

 
Bilal, even ko serious tapi aku suka kawan ngan ko.

 
Ain @ Angah, aku lama tak nampak ko, rindu kau sangat sangat, apa2 pun chaiyok2 final sem :)

 
Aman, jangan manja sangat k? Be strong. Garang sikit kalo masuk degree nanti. Haha

 
Syafiq, even aku tak rapat sangat tapi tak ada masalah kan? Good luck for final sem.

 
Arep, Jadi budak baik ok? Jangan nakal nakal

 
Wani, orang Baling bangga dengan hang!! Hahaha

 
Maha, Rileks ok? Take it easy, jangan gelabah sangat. Be punctual ok? Jangan lewat lewat dah.

 
Majid, Dekan lagi sem ni? Insyaallah :)

 
Isz, buat kerja elok elok. Jangan makan burger curi curi.Hehehe. Even 2nd sem MPP baru aku kenal kau, mula2 dulu kau malu malu katak. Sekarang kau kawan aku.


Selamat meneruskan perjuangan ke alam ijazah dan selamat bekerja. (^_^)

Ikhlas dari wakil Masec.
Khai

Adioss....

Thursday, February 17, 2011

Propaganda menjadi jadi

Yaa-Haa

Scroll atas scroll bawah, bosan. Apa benda? 
Facebook

Tengok tengok tak ada soalan. Apa benda?
Formspring

Nak tengok video tapi tenet lembab. Apa benda?
Youtube

Nak baca tapi tak best. Apa benda?
Blog

Kenapa tak ada entry yang menarik hari ini? Rata ratanya entry personal life. Tak ada ke orang nak buat entry informasi kenapa buaya tak boleh mengaum, kucing tak boleh terbang ataupun khinzir tak ada leher. =_='

Ada kalanya aku kena layan buku buku dalam beg seperti mana aku menghabiskan masa di depan laptop berjam jam menonton Sakuragi Hanamichi dalam anime Slam Dunk. #_#!

Ok. Insaf kejap. Nak belek buku.

Adioss...

Wednesday, February 16, 2011

Itulah namanya kawan

Yaa-Haa
 
Selamat hari jadi kepada Hanis Zalikha!  Ok aku tipu. Aku tak tahu bila birthday dia. Demm
Eh cantiknya keyboard laptop. Tersusun QWERTY. Maaf tiada kena mengena dengan ini cerita. =_=*

Setelah sekian lama. Baru aku kenal bagaimana sebenarnya yang dikatakan kawan. Kawan yang sebenarnya adalah rumit. So complicated. Bukan senang nak jaga hubungan kawan dengan kawan. Aku dah kenal bermacam macam jenis orang. Setelah hampir 19 tahun 5 bulan aku hidup di atas muka bumi ini, aku semakin matang memilih kawan. Harap-harap begitulah. =_='
 
Kesian kawan aku. Kena fitnah. Kesian kawan aku, jatuh motor. Kesian kawan aku, handset hilang. Kesian kawan aku, kena tipu. Kesian kawan aku, dikecewakan kekasih hatinya. Aku hanya mampu menyebut perkataan kesian dan hanya mampu mendengar masalah mereka. Kadang kadang aku cuba buat mereka ketawa walaupun itu bukan tempat dan masa yang betul.
 
Aku masih teringat kata kata arwah Din Beramboi kepada Aznil.
Lebih kurang beginilah bunyinya:
 
 Bila kau sedih, kau kena happy. Kau kena gelak, baru kau happy. Kalau kau sedih, kau carilah aku, biarlah aku jadi ubatnya.
 
Aku tak ingat sangat bait bait kata arwah tu. Tapi macam tu la lebih kurang. Itu sahaja yang aku mampu buat.
Maaf kawan...

Latest. Kawan baik aku cuba lari dari aku. Cuba mengelak nak call atau mesej aku. Kenapa? Aku tak pasti. Macam ada sesuatu yang telah buat dia menjauhkan diri dari aku. Apa salah aku. Katanya dia segan dengan aku. Apa kejadahnya nak segan dengan aku. Aku bukan siapa siapa. Just pelajar akaun yang selalu repeat paper dan cakap banyak. Aku tak ada yang istimewanya untuk dia segan dengan aku.
 
Hampir 2 tahun berkawan baru sekarang dia nak segan. Aku tak boleh terima kenyataan dia. 

Inilah yang dikatakan kawan. Lebih rumit berbanding calculus, lebih susah memahami berbanding fakta kes LAW 240, lebih banyak songeh dari awek yang tak reti berdikari. 
 
Kadang kadang kita terlalu agungkan kawan kerana sesuatu yang hebat tentang dia. Kadang kadang kita layan kawan macam sampah kerana mungkin perangai dia menjijikkan dia.
 
Kadang kadang kawan ini annoying. Kadang kadang kawan ini baik. Kenapa kita perlukan kawan ketika mereka tiada? Kenapa kadang kadang mereka tiba tepat pada saat kita perlukannya?

Kerana itulah namanya kawan.....
Tanpa kawan siapalah kita
hargailah kawan anda

Adioss...

Monday, February 14, 2011

Aku suka tengok Mira dan Liyana

Yaa-Haa

Siapa Mira dan Liyana?

Mereka adalah pelajar fakulti perundangan di universiti aku. Diorang menyewa tak jauh dari rumah aku. Selalu juga aku terserempak dengan diorang. Beautiful and Independent. Dua perkataaan yang menggambarkan rupa dan sikap mereka. Pernah juga aku tegur tegur mereka. Mereka suka!!  Ok Sila percaya. Area taman rumah aku tak ada nama awek sebegitu.
 
Liyana yang aku maksudkan adalah Liyana Jasmay. Eh bukan Liyana Fizi.Lepas ni nama dia akan bertukar jadi Liyana Khairul. *gila kuat perasan 
 
Seperti yang korang tahu, aku suka Liyana Jasmay kan? Liyana Jasmay tetap dihati. Bagi Liyana Fizi dan Mira Tilu, aku suka tengok muka diorang jer. Haaaa. Muka sahaja ok. Tengok muka diorang, segala masalah aku hilang. Wow! Best kan?
 
Ini gambar Liyana Fizi bagi sesiapa yang tak tahu akan kehadiran beliau di dalam industri muzik kita.
 
 Comel kan?

 I wish my girlfriend will be like this.

 Perhaps.. :)

Liyana Fizi ni vokalis kumpulan Estrella. Aku jatuh cinta bila tengok dia nyanyi lagu Stay. So Sweet.


Ini pula Mira dari kumpulan Tilu. Tetapi orang akan sebut Mira Tilu. Aku suka tengok dia dalam video klip Ku Bukan Aku. Sangat mengujakan.


 Tunjuk sape tu sayang?

Simple but nice | Aku suka gaya dia

  Muka matang. Hahaha

Ok lah. Itu sahaja aku nak bagitahu. Dengar kata geng kelab IMAN buat Ops Valentine semalam, betul ke? Kawan aku cakap, hotel budget kat kawasan dia semalam fully book. Gila kan budak budak zaman sekarang. I'm speechless.
See you tomorrow.

Adioss...

Sunday, February 13, 2011

Jangan berhenti, teruskan berjalan

Yaa-Haa

Yaa. Teruskan berjalan, jangan berhenti. 

Pernah satu malam, aku ditemani seorang housemate aku lepak di luar rumah. Semenjak ada hemop atau buaian kt depan rumah, hampir setiap malam aku ditemani housemate borak borak kosong depan rumah. Satu situasi yang kita tak akan dapat bila di kolej. Berbeza dengan tipikal date atau aktiviti kelab mahupun kelas malam. Lepak depan rumah telah menjadi aktiviti baru aku dan ia telah membuka lagi mata ku yang kadang kadang tertutup. 
Apa kejadahnya setiap malam online. Apa kejadahnya setiap malam date. Lagi best sebegini. Sangat tenang. Ok. Back to the topic.

Jangan berhenti. Teruskan berjalan tanpa berhenti. Pernah aku beritahu kawan aku, aku nak sambung degree fotografi. Dia tanya kenapa berhenti? Aku tidak berhenti tetapi bertukar arah. Dia cakap aku berhenti. Berhenti dari mengenali akaun, berhenti mencintai akaun. Saranannya, teruskan degree akaun dan ambil part time study fotografi. Bunyinya macam senang kan? Tak semudah yang disangka sebenarnya. Sangatlah susah. Degree akaun bukan tempat main main. Itu serius. Aku bukan pelajar yang tahap kesiriusan tinggi. I'm only average student. Not in the top class. 
 
Pernah dulu aku nak keluar dari akaun. Jiwa aku bukan jiwa akaun. Aku lebih tertarik dengan fotografi dan design. Mungkin grafik. Tetapi itu bukanlah cita cita parents aku.Kawan aku pernah admire hasil kerja aku dalam grafik. Aku buat design poster untuk dia. dia sangat sangat impress. Dia budak DiDe tapi dia pula yang kagum tengok kerja aku. Dia cakap jom masuk DIDE. Aku hanya mampu gelak dan berkata aku budak akaun. Tapi dalam hati, betapa gelojak hati mahu sekali aku tukar kos. =_= *hipokrasi melanda diri

Pada saat ini, aku terus berjalan. Tidak mahu aku berhenti. Aku semakin suka akaun dan dengan bangganya aku mengaku aku budak akaun. Mungkin jodoh aku dengan akaun hingga diploma sahaja. Degree aku punya pilihan sendiri. Pilihan dimana tiada pengaruh sesiapa. Its just come from my heart. The path i choose myself.

Perhaps, it can be realize one day. 
Insyaallah :)

p/s : Banyak kerja Exco Publisiti. Aku perlukan pembantu.
p/s: Minggu depan aku mulai sibuk. Bye handphone,online/gaming laptop, LOMO. Buku, please treat me as easy as you can. =_=!
Adioss.....


Wednesday, February 9, 2011

Pabila mulut cakap lain, hati kata lain

Yaa-Haa

Ketika pulang dari kelas lebih kurang pukul 4 petang waktu Johannesburg bersamaan 10 malam waktu Malaysia. Aku singgah sebentar di ATM Bank Islam. Ambil duit. Takkan nak rompak orang pulak kan?

Ada couple nih tengah keluarkan duit. Agak banyak. RM150 rasanya. Aku terdengar perbualan mereka.
 
Awek : You simpan semua eh duit ni?
Mamat : Eh, you simpan separuh, kang habis pulak kalau I pegang.
Awek : Ala, tak pe, you pegang jer. I tak kisah.
Mamat : Ok. Nanti you nak duit ni, bagitahu I ok?

Macam tu lah ceritanya. Lepas dia hantar awek dia sampai pintu keluar ATM. dia call kawan dia. Time tu aku tengah cucuk duit so malas nak ambil tahu. Bila aku keluar, aku terdengar perbualan dia.

Aku on the way nak keluar, tunggu kau depan kedai topup.

Oh I see, overnite barangkali. Bila dia mematikan talian tiba tiba dia terpandang aku di sebelahnya. Aku pun kata:

I love when the plan comes together.

Agaknya dia tengok juga A-Team. Dia pun cakap:

Haha, duit dapat, overnight pun dapat. Hanibal Smith!!

Kembang juga dia panggil aku Hanibal Smith.Hahaha.

Ok. Itulah lelaki. Perempuan suruh pegang duit, dia pula yang habiskan duit tu. Aku terbayang juga dialog diorang tadi dan sebelum ini. Mungkin begini.

Awek : I bagi you simpan duit I ni.
Mamat : Eh, tak payah lah, you aje lah simpan.
Dalam Hati : Bagilah banyak sikit, senang aku enjoy.

Awek : You, I nak duit sikit boleh?
Mamat : Ala you ni, duit you dalam akaun I, I simpan dalam bank, takut I terguna.
Dalam Hati : Alamak! Mampus! Aku dah guna semua. Mana aku nak cekau?

Awek : You, cantikkan teddy bear tu?
Mamat : A'ah cantik. Nanti I hadiahkan time birthday you.
Dalam Hati : Mujur birthday dia time cuti semester, selamat duit aku.

Salah siapakah ini? Wahai kaum wanita. Berhati hatilah. Sedalam mana cintanya si kaum Adam kepada dirimu, dalam lagi cintanya terhadap duit dan hartamu. Jauh lebih bernilai Blackberry atau Iphone mu dari dirimu wahai wanita. Cantik lagi MyVi atau Swift mu dari senyuman manis mu wahai wanita. Berhati-hatilah.
 
Aku nasihat bukan kerana aku ni baik or gentlemen. Just peringatan kerana aku juga lelaki. Aku juga sayang kepada awek yang ada kereta.

Take note ok! Aku demand awek yang boleh drive dan pandai berdikari. Thats all.

Motif sangat aku bagitahu apa yang aku demand. Demm. Aku nak tengok bintang di luar sementara tunggu hari esok menjelma.

Adioss....

Tuesday, February 8, 2011

Fasa paling aku tak suka

Yaa-Haa

Sampai sudah fasa yang aku paling tak suka. Fasa kuiz dan test. Urghh. Ok. Stop it. Jangan nak merengek macam budak kecil. Esok malam ada kuiz LAW dan khamis pagi ada kuiz ECO. Kalau gabung jadi LAWECO atau ECOLAW atau ELOCAW. Macam macam lagi boleh terjadi. Wish me luck. Itu je aku nak cakap.

p/s: menulis dalam keadaan mamai.
p/s: pagi ni posmen datang pukul berapa haa?

Monday, February 7, 2011

Aku suka bila orang suka Lisa

Yaa Haa

What the heck la kan tajuk entry aku ni. Aku sudah berjaya mempengaruhi 2 orang, seorang kawan kelas/blogger dan seorang blogger. Seronok sungguh bila berjaya influence orang kan. Haha. Aku nak beli kamera LOMO tu, tak sangka ada juga orang minat. Tambah lagi benda alah tu guna filem, pun ada orang minat. Dahsyat! 
Ok. Back to the topic. Tak sabar menunggu kedatangan Lisa ke sini. Siapa Lisa? Ramai sebenarnya nak tahu kan? Bagaimana rupa Lisa ya? Aku dah tengok gambar dia, dia sangat cun di mata aku. Mata orang lain aku tak kisah. Rambut ikal mayang, tinggi ala ala model, kulit sawo matang, mulus lagi tulus, mata ala ala Norjuma Habib, mata galak beb! Mata jer, bukan tuannya. Untunglah aku dapat awek stok model macam ni.
 Ini kah?
Menangis tak berlagu lah mereka semua bila tengok awek baru aku. Hahaha. Gelak sikit. Mereka adalah kisah silam dan kesalahan aku. Tapi aku sudah punya yang baru. Cantik gitu. Gila sempoi kalau benda ni betul.

Doa doakan je lah. Sebenarnya Lisa yang aku cakap tu macam ni rupanya:

 My LOMO. Her name is Lisa.

Hehe

Adioss.... :D

Saturday, February 5, 2011

Seminggu tak kira bintang

Yaa-Haa

Tajuk entry aku dah macam pakar astronomi yang sedang cuti. Buka astro supersport atau astro arena ok?

Aku mulai rindu dengan hobi baru aku di Taman Bujang Indah. Malam malam lepak atas motor depan rumah sambil tengok bintang, bulan. Kadang kadang berangan dapat awek cun apa bagai. Itu lah tabiat aku bila internet slow atau tak dapat. Tapi selalunya lepas aku siapkan assignment baru aku keluar rumah. :)
 
Nak join aku malam malam? Jom. Lagi bagus kalau ada DSLR. Boleh buat CLS dalam gelap. Bermain dengan shutter Bulb. Mesti best kan kan kan?
 
Jawab lah. Apa? Tak ada DSLR? Tak apa. Jom lepak sekali, sama sama berangan dapat DSLR nanti. Maaf, aku dah nak start merapu. Jangan biar aku start merapu, nanti korang rasa macam nak bakar jer laptop.
 
Aku rasa kena buat satu lagi label. JOM BERANGAN. Kat situ aku boleh merapu. Memang takkan ada orang baca la gamaknya. :) 

Seminggu berada dii rumah. Entah apa aku buat. Study? Ciput. Assignments? Alahai..tu pun tak siap lagi.

Masak? Ada lah sikit. Aku dah reti buat sayur campur. Aku campur macam macam. Udang, sotong, ayam, sawi, bronkoli, carrot, apa lagi? memang sedap lah!! Dahsyat!!

Aku frust tengok Raja Lawak semalam. Kebolehan peserta tersekat kerana idea cetek komedi musikal. Kesian. sebenarnya macam macam boleh buat tapi entah kenapa, idea setiap peserta nampak terkandas. Aku suka performance Ephy. Nazmi tetap pilihan juara aku. Kalau dia tersingkir, aku bakar Astro.haha
Cukup lah aku merapu.

 
Adioss...

p/s: Lisa, U lambat lagi ke nak datang Merbok?

Situasi industri muzik Malaysia versi Khai

Yaa Haa
Jika ini terjadi di Malaysia....
Situasi 1

A : Eh, ko nak pegi mana ni? Rilek la
B : Aku nak pegi beli tiket Faizal Tahir. Kang habis pulak.
A : Tak kemana la tiket tu, tak habis pun.
B : Kau ape tahu, orang Indon ngan Thai pun datang tengok dia kat sini.

Situasi 2

A : Hye you, jom tengok konsert hari Sabtu ni. Nak?
B : Konsert ape?
A : SNSD ngan Super Junior datang Malaysia, jom la tengok, best you!!
B : Tak berminatlah. Ingatkan artis Malaysia. Tak nak lah!

Situasi 3
Di gerai tiket konsert antarabangsa.

A: Dah banyak ke jual hari ni?
B: Haram satu pun tak dapat jual.
A: Orang Malaysia tak ada duit ke?
B: Bukan, artis antarabangsa dah tak best dah sekarang...artis Malaysia lagi power.

Situasi 4
Di gerai tiket konsert tempatan

A: Aii, cepat tiket habis
B: Biasa lah, artis famous, cepat lah habis.
A: Siapa? Linkin Park? Rihanna? Paramore?
B: Tak lah, Hafiz, Faizal Tahir dan Yuna.
A: Owh.. (speechless)
Situasi 5
Dalam kereta sambil mendengar radio
A: Best lah lagu ni. Indon eh?
B: Tak lah, Malaysia punya.
A: Biar betul. Ni lagu Indon nih, sedap semacam jer bunyi.
B: Malaysia punya lah, komposer tempatan buat lagu ni.
A: Ye ke? Dahsyat!!

Its full!!


Agak agak bila Malaysia nak jadi macam ni? Konsert antarabangsa kosong tapi konsert tempatan full.

Aku masih menunggu mana mana artis nak buat impak sebegitu. Apa apa pun aku tetap sokong Faizal Tahir dan Yuna.

p/s: Raja Lawak semalam agak hampeh! =_='
p/s: masih menunggu ketibaan abang posmen..auwwww :P

Thursday, February 3, 2011

Zaman sekolah rendah

Yaa-Haa
Ini cerita tentang bulan, eh bukan. Tentang kenangan sekolah rendah dulu. Sangat mengujakan. 

Dulu, aku ada 2 watak. Baik dan buas. Buas kah? Lebih kepada nakal barangkali. Ok lah. Dulu menjadi satu kegilaan ketika darjah 3 dan 4 iaitu bermain kereta mainan Dash yonkuro. Kereta mainan DIY. Kita pasang sendiri dan lumba atas trek plastik. Hahaha. Menarik bukan? Okey mungkin menarik ketika 10 tahun lalu. Setiap orang budak laki akan menyimpan sekurang kurangnya 2 buah kereta tu. Siap modified or upgrade motor lagi. Kasi laju sikit maa. 

Kenangan lalu

Test power

Selalunya kami akan test power time rehat. Tak pergi kantin pun. Masa setengah jam dimanfaat sebaik mungkin. Yang laju dihadapan, yang perlahan ketinggalan di belakang. Kesian budak budak kelas akhir, sentiasa diperalat oleh budak budak kelas pandai. Selalunya kami cakap siapa kalah kena bagi kereta tu kepada pemenang. Semestinya budak budak kelas hujung ni cuma dengar dan angguk jer. Setiap kali race, senang senang jer kereta kami menang. Kalau sebelum rehat ada 1 kereta, lepas rehat akan ada 2 atau 3 buah kereta untuk dibawa pulang. Jahat kan? Ada ke patut kami pekena budak budak kelas hujung.

Tapi tak semua benda indah kan? Cikgu. Yaa, cikgu akan buat spot check nak rampas kereta kereta ini. Sebelum buat spot check para pengawas akan attend meeting terlebih dahulu.Aku juga adalah pengawas sekolah. Bila dapat tahu ada spotcheck. Aku lah mastermind. Bagi tahu kawan-kawan jangan bawa kereta tu pada sekian sekian waktu. Bila waktu spot check. Kelas kami paling bersih. Tak ada benda yang kena rampas. Baik tak aku? Hehe. Perkara ini berlarutan sehingga darjah 5. Boleh kata kami main sampai muak lah. Start darjah 6 baru lah stop main benda alah ni semua. Insaf lah kononnya. Nak hadapi ujian terbesar yang pertama iaitu UPSR. Time tu perangai budak budak dah hilang. Jadi lelaki matang sekejap. Haha.

Dulu time darjah 3 pernah ambil PTS. Tapi time tu kurang matang. Main hentam jer jawapannya. Macam tak ada motif jer soalannya.

Tu dulu lah. Sekarang ada ke budak sekolah nak main Dash yonkuro, gasing, guli macam kami dulu dulu?

Budak budak sekarang main DSLR, Iphone,Blackberry,Ipad dan bermacam lagi benda alah. Dulu ada macam tu?

Zaman dah berubah. Duit sekolah sehari RM5 pun ciput bagi diorang.

Adios..

Tuesday, February 1, 2011

LOMO. Tak sabar rasanya

Yaa-Haa


Aku dah ambil keputusan (dah bawak keluar duit dah pun) nak beli Black Bird FLY. Review kamera ni di entry yang lepas. Sila golek golek sendiri untuk baca entry tersebut. Tak sabar rasanya. Sedang menghitung hari. Agak agak posmen kerja tak waktu raya cina?  ;P soalan bodoh yang aku tanya.



p/s: pergi dinner guna kamera ni je la. baru vintage. :)