Friday, February 18, 2011

Apabila sang mantan turun takhta, muncul pula kepimpinan muda berhati waja

Yaa-Haa

Gila punya panjang tajuk entry aku kali ni. Dah lama tak taip tajuk entry panjang panjang. Hehehe. 

Siapakah sang mantan tersebut. Bunyi macam provokasi sahaja. Mentang-mentanglah geng MPP telah turun takhta, berani kau buat entry sebegini Khai.Gila teruk aku kena kalau mantan mantan baca. Hahaha

Umar, Ain, Aman, Eric, Bilal, Aman, Wani, Majid, Syafiq, Arep, Maha, Tehah, dan Isz telah tamat tempoh perkhidmatan selaku MPP 2010/2011. 
 
MPP | Tinggal kenangan, terima kasih
 
 
Tahniah diucapkan. Maka selepas ini muncul pula muka baru dengan record batch paling ramai dan paling genius. Hahaha. Bukan omong kosong. Inilah kenyataan. Batch kami (Part 4 sekarang )antara batch yang ramai dapat dekan dan 3 pointer. Aku bukan dalam kalangan tu. Tapi suatu hari nanti. Insyaallah.

Rumors yang aku dengar calon untuk bertanding jawatan MPP adalah sama seperti tekaan aku dahulu. Koordinator pernah tanya, siapa potential MPP untuk fakulti Akaun, memandangkan aku Masec pada waktu itu. Beberapa nama aku sebut sebagai calon potensi. Tiada reaksi dari koordinator ketika itu. 
 
Aku yakin, sekurang kurangnya 1 nama yang aku sebut akan bertanding jawatan itu nanti! Sangat pasti.

Kebolehan dia memimpin sebuah pasukan sangat sangat hebat. Hanya perlu bercakap sahaja dia mampu yakin kan orang yang berada disekitarnya bahawa dialah orangnya. Walaupun perangainya agak gila gila. Mantan MPP sebelum ini pun semuanya gila gila. Aku harap dialah orangnya.

Dedikasi terakhir untuk para mantan MPP. Semoga sukses selalu. Aku dah jarang nampak korang sebab korang dah part 6. Semua sibuk. Terima kasih atas segala pengalaman yang aku dapat dengan korang semua.
 
 
Eric, Ko jahat tapi baik. Bila lagi kita nak menganjing orang sama sama? Hahaha


Umar, biar jer apa orang nak cakap, yang penting ko tahu apa ko buat. Dah kerja nanti, call aku!

 
Tehah, selamat mengharungi semester terakhir di sini.

 
Bilal, even ko serious tapi aku suka kawan ngan ko.

 
Ain @ Angah, aku lama tak nampak ko, rindu kau sangat sangat, apa2 pun chaiyok2 final sem :)

 
Aman, jangan manja sangat k? Be strong. Garang sikit kalo masuk degree nanti. Haha

 
Syafiq, even aku tak rapat sangat tapi tak ada masalah kan? Good luck for final sem.

 
Arep, Jadi budak baik ok? Jangan nakal nakal

 
Wani, orang Baling bangga dengan hang!! Hahaha

 
Maha, Rileks ok? Take it easy, jangan gelabah sangat. Be punctual ok? Jangan lewat lewat dah.

 
Majid, Dekan lagi sem ni? Insyaallah :)

 
Isz, buat kerja elok elok. Jangan makan burger curi curi.Hehehe. Even 2nd sem MPP baru aku kenal kau, mula2 dulu kau malu malu katak. Sekarang kau kawan aku.


Selamat meneruskan perjuangan ke alam ijazah dan selamat bekerja. (^_^)

Ikhlas dari wakil Masec.
Khai

Adioss....

6 comments:

shazleen nur said...

saya suka tjuk anda..haha..

Khai said...

lepas ni boleh tulis tajuk entry yg best2 la, komen tajuk ja.hahaha

azierareizarezzack said...

kita x yah ngundi daa...kurt n ari menang tnpa bertanding dahh..4 faculti akaun.

Khai said...

owh, jadi betul la rumour tu. x best la xleh nk pangkah2 org sem nih, haha

syazwiena khan said...

tu hat tga2 tu la sora anuar zain
(sambil dengar lagu anuar zain )

Khai said...

syazwiena: haha, yela..kenal sgt dgn mamat tu..