Wednesday, February 16, 2011

Itulah namanya kawan

Yaa-Haa
 
Selamat hari jadi kepada Hanis Zalikha!  Ok aku tipu. Aku tak tahu bila birthday dia. Demm
Eh cantiknya keyboard laptop. Tersusun QWERTY. Maaf tiada kena mengena dengan ini cerita. =_=*

Setelah sekian lama. Baru aku kenal bagaimana sebenarnya yang dikatakan kawan. Kawan yang sebenarnya adalah rumit. So complicated. Bukan senang nak jaga hubungan kawan dengan kawan. Aku dah kenal bermacam macam jenis orang. Setelah hampir 19 tahun 5 bulan aku hidup di atas muka bumi ini, aku semakin matang memilih kawan. Harap-harap begitulah. =_='
 
Kesian kawan aku. Kena fitnah. Kesian kawan aku, jatuh motor. Kesian kawan aku, handset hilang. Kesian kawan aku, kena tipu. Kesian kawan aku, dikecewakan kekasih hatinya. Aku hanya mampu menyebut perkataan kesian dan hanya mampu mendengar masalah mereka. Kadang kadang aku cuba buat mereka ketawa walaupun itu bukan tempat dan masa yang betul.
 
Aku masih teringat kata kata arwah Din Beramboi kepada Aznil.
Lebih kurang beginilah bunyinya:
 
 Bila kau sedih, kau kena happy. Kau kena gelak, baru kau happy. Kalau kau sedih, kau carilah aku, biarlah aku jadi ubatnya.
 
Aku tak ingat sangat bait bait kata arwah tu. Tapi macam tu la lebih kurang. Itu sahaja yang aku mampu buat.
Maaf kawan...

Latest. Kawan baik aku cuba lari dari aku. Cuba mengelak nak call atau mesej aku. Kenapa? Aku tak pasti. Macam ada sesuatu yang telah buat dia menjauhkan diri dari aku. Apa salah aku. Katanya dia segan dengan aku. Apa kejadahnya nak segan dengan aku. Aku bukan siapa siapa. Just pelajar akaun yang selalu repeat paper dan cakap banyak. Aku tak ada yang istimewanya untuk dia segan dengan aku.
 
Hampir 2 tahun berkawan baru sekarang dia nak segan. Aku tak boleh terima kenyataan dia. 

Inilah yang dikatakan kawan. Lebih rumit berbanding calculus, lebih susah memahami berbanding fakta kes LAW 240, lebih banyak songeh dari awek yang tak reti berdikari. 
 
Kadang kadang kita terlalu agungkan kawan kerana sesuatu yang hebat tentang dia. Kadang kadang kita layan kawan macam sampah kerana mungkin perangai dia menjijikkan dia.
 
Kadang kadang kawan ini annoying. Kadang kadang kawan ini baik. Kenapa kita perlukan kawan ketika mereka tiada? Kenapa kadang kadang mereka tiba tepat pada saat kita perlukannya?

Kerana itulah namanya kawan.....
Tanpa kawan siapalah kita
hargailah kawan anda

Adioss...

No comments: