Sunday, February 13, 2011

Jangan berhenti, teruskan berjalan

Yaa-Haa

Yaa. Teruskan berjalan, jangan berhenti. 

Pernah satu malam, aku ditemani seorang housemate aku lepak di luar rumah. Semenjak ada hemop atau buaian kt depan rumah, hampir setiap malam aku ditemani housemate borak borak kosong depan rumah. Satu situasi yang kita tak akan dapat bila di kolej. Berbeza dengan tipikal date atau aktiviti kelab mahupun kelas malam. Lepak depan rumah telah menjadi aktiviti baru aku dan ia telah membuka lagi mata ku yang kadang kadang tertutup. 
Apa kejadahnya setiap malam online. Apa kejadahnya setiap malam date. Lagi best sebegini. Sangat tenang. Ok. Back to the topic.

Jangan berhenti. Teruskan berjalan tanpa berhenti. Pernah aku beritahu kawan aku, aku nak sambung degree fotografi. Dia tanya kenapa berhenti? Aku tidak berhenti tetapi bertukar arah. Dia cakap aku berhenti. Berhenti dari mengenali akaun, berhenti mencintai akaun. Saranannya, teruskan degree akaun dan ambil part time study fotografi. Bunyinya macam senang kan? Tak semudah yang disangka sebenarnya. Sangatlah susah. Degree akaun bukan tempat main main. Itu serius. Aku bukan pelajar yang tahap kesiriusan tinggi. I'm only average student. Not in the top class. 
 
Pernah dulu aku nak keluar dari akaun. Jiwa aku bukan jiwa akaun. Aku lebih tertarik dengan fotografi dan design. Mungkin grafik. Tetapi itu bukanlah cita cita parents aku.Kawan aku pernah admire hasil kerja aku dalam grafik. Aku buat design poster untuk dia. dia sangat sangat impress. Dia budak DiDe tapi dia pula yang kagum tengok kerja aku. Dia cakap jom masuk DIDE. Aku hanya mampu gelak dan berkata aku budak akaun. Tapi dalam hati, betapa gelojak hati mahu sekali aku tukar kos. =_= *hipokrasi melanda diri

Pada saat ini, aku terus berjalan. Tidak mahu aku berhenti. Aku semakin suka akaun dan dengan bangganya aku mengaku aku budak akaun. Mungkin jodoh aku dengan akaun hingga diploma sahaja. Degree aku punya pilihan sendiri. Pilihan dimana tiada pengaruh sesiapa. Its just come from my heart. The path i choose myself.

Perhaps, it can be realize one day. 
Insyaallah :)

p/s : Banyak kerja Exco Publisiti. Aku perlukan pembantu.
p/s: Minggu depan aku mulai sibuk. Bye handphone,online/gaming laptop, LOMO. Buku, please treat me as easy as you can. =_=!
Adioss.....


4 comments:

Anonymous said...

khai, pada pendapat aku kan.. kau tak perlu ambil degree in fotografi. sekadar part time bolehlah. tak perlu nak ke kelas setiap hari macam ko pergi kelas akaun. betul apa yang kawan ko katakan tu. sebabnya fotografi semua orang boleh belajar sendiri. cari kelas di luar, bayar sahaja. itu hanyalah skill. belajar daripada camera sendiri sudah memadai.

betul cakap parents ko. parents ko mahukan pekerjaan tetap. diorang mahukan kehidupan yang lebih cerah pada masa hadapan. takut2 kalau pekerjaan di bidang fotografi tak kemana nanti. macam mana nak sara keluarga nanti. kau perlu tahu kau sebagai anak sulung.

sekali lagi, maaf dpinta.

Khai said...

Thanks husna. Aku rasa ini kau. aku pun tak tahu lagi apa aku nak buat lepas ni but i'm really2 appreciate ur opinion. thanks again.

Anonymous said...

because you're my friend (:

kalau nak ikutkan, aku pon nak further study dalam bidang yang aku minat yakni architecture.

abg aku mintak mak aku DSLR sebab minat & mak aku tak larang. dia kata dia boleh belajar dgn guna duit sendiri. dia yakinkan mak aku yang ini untuk mengasah bakat terpendam dia tu. hahaha
ohh, abg aku budak AD. so, aku pon tahu 'peel' dorang dorang ni. heeee ^^V

Khai said...

husna: oh.really? baguslah. thankz weh. kim slm kt lecturer..hehe