Yaa-Haa
Ketika pulang dari kelas lebih kurang pukul 4 petang waktu Johannesburg bersamaan 10 malam waktu Malaysia. Aku singgah sebentar di ATM Bank Islam. Ambil duit. Takkan nak rompak orang pulak kan?
Ada couple nih tengah keluarkan duit. Agak banyak. RM150 rasanya. Aku terdengar perbualan mereka.
Awek : You simpan semua eh duit ni?
Mamat : Eh, you simpan separuh, kang habis pulak kalau I pegang.
Awek : Ala, tak pe, you pegang jer. I tak kisah.
Mamat : Ok. Nanti you nak duit ni, bagitahu I ok?
Macam tu lah ceritanya. Lepas dia hantar awek dia sampai pintu keluar ATM. dia call kawan dia. Time tu aku tengah cucuk duit so malas nak ambil tahu. Bila aku keluar, aku terdengar perbualan dia.
Aku on the way nak keluar, tunggu kau depan kedai topup.
Oh I see, overnite barangkali. Bila dia mematikan talian tiba tiba dia terpandang aku di sebelahnya. Aku pun kata:
I love when the plan comes together.
Agaknya dia tengok juga A-Team. Dia pun cakap:
Haha, duit dapat, overnight pun dapat. Hanibal Smith!!
Kembang juga dia panggil aku Hanibal Smith.Hahaha.
Ok. Itulah lelaki. Perempuan suruh pegang duit, dia pula yang habiskan duit tu. Aku terbayang juga dialog diorang tadi dan sebelum ini. Mungkin begini.
Awek : I bagi you simpan duit I ni.
Mamat : Eh, tak payah lah, you aje lah simpan.
Dalam Hati : Bagilah banyak sikit, senang aku enjoy.
Awek : You, I nak duit sikit boleh?
Mamat : Ala you ni, duit you dalam akaun I, I simpan dalam bank, takut I terguna.
Dalam Hati : Alamak! Mampus! Aku dah guna semua. Mana aku nak cekau?
Awek : You, cantikkan teddy bear tu?
Mamat : A'ah cantik. Nanti I hadiahkan time birthday you.
Dalam Hati : Mujur birthday dia time cuti semester, selamat duit aku.
Salah siapakah ini? Wahai kaum wanita. Berhati hatilah. Sedalam mana cintanya si kaum Adam kepada dirimu, dalam lagi cintanya terhadap duit dan hartamu. Jauh lebih bernilai Blackberry atau Iphone mu dari dirimu wahai wanita. Cantik lagi MyVi atau Swift mu dari senyuman manis mu wahai wanita. Berhati-hatilah.
Aku nasihat bukan kerana aku ni baik or gentlemen. Just peringatan kerana aku juga lelaki. Aku juga sayang kepada awek yang ada kereta.
Take note ok! Aku demand awek yang boleh drive dan pandai berdikari. Thats all.
Motif sangat aku bagitahu apa yang aku demand. Demm. Aku nak tengok bintang di luar sementara tunggu hari esok menjelma.
Adioss....
8 comments:
lelaki pisau cukur? demmmm ahhh!
anonymous: not at all lah!! :)
masing2 kena pandai pikir...
ishma: ya..betul2
tak boleh bawak jumpa parents lah kalau mcm tu. hahaha. kesian ye girl tu. isk3 ;(
Benar. Aku menggalakkan perempuan supaya driving. lebih2 lagi pada mereka yang sudah berkeluarga. in case suami dia accident or anything happen. mana tahu kan?
perempuan tak boleh bergantung sepenuhnya pada lelaki.
-classmate yang ada blog jugak (: -
Annoyingmous: Memang annoying ko nih, ada ID tapi sengaja guna anonymous. Apa yang ko cakap mmg betul.
haha . ya ya . perempuan2 sekalian, silalah berhati2 . jgn pecaya sgt lelaki . klu syg sgt2 pun,tolong jgn bg sepenuh kepercayaan kpd mereka . :)
Nad: amboi. semangat..haha
Post a Comment