Monday, February 7, 2011

Aku suka bila orang suka Lisa

Yaa Haa

What the heck la kan tajuk entry aku ni. Aku sudah berjaya mempengaruhi 2 orang, seorang kawan kelas/blogger dan seorang blogger. Seronok sungguh bila berjaya influence orang kan. Haha. Aku nak beli kamera LOMO tu, tak sangka ada juga orang minat. Tambah lagi benda alah tu guna filem, pun ada orang minat. Dahsyat! 
Ok. Back to the topic. Tak sabar menunggu kedatangan Lisa ke sini. Siapa Lisa? Ramai sebenarnya nak tahu kan? Bagaimana rupa Lisa ya? Aku dah tengok gambar dia, dia sangat cun di mata aku. Mata orang lain aku tak kisah. Rambut ikal mayang, tinggi ala ala model, kulit sawo matang, mulus lagi tulus, mata ala ala Norjuma Habib, mata galak beb! Mata jer, bukan tuannya. Untunglah aku dapat awek stok model macam ni.
 Ini kah?
Menangis tak berlagu lah mereka semua bila tengok awek baru aku. Hahaha. Gelak sikit. Mereka adalah kisah silam dan kesalahan aku. Tapi aku sudah punya yang baru. Cantik gitu. Gila sempoi kalau benda ni betul.

Doa doakan je lah. Sebenarnya Lisa yang aku cakap tu macam ni rupanya:

 My LOMO. Her name is Lisa.

Hehe

Adioss.... :D

2 comments:

Lelaki Ini said...

over!
nanti tgkap gambar aku byk2!!!!

Khai said...

umar: hok aloh. Yela tu.uhuhu