Yaa-Haa
Ini cerita tentang bulan, eh bukan. Tentang kenangan sekolah rendah dulu. Sangat mengujakan.
Dulu, aku ada 2 watak. Baik dan buas. Buas kah? Lebih kepada nakal barangkali. Ok lah. Dulu menjadi satu kegilaan ketika darjah 3 dan 4 iaitu bermain kereta mainan Dash yonkuro. Kereta mainan DIY. Kita pasang sendiri dan lumba atas trek plastik. Hahaha. Menarik bukan? Okey mungkin menarik ketika 10 tahun lalu. Setiap orang budak laki akan menyimpan sekurang kurangnya 2 buah kereta tu. Siap modified or upgrade motor lagi. Kasi laju sikit maa.
Kenangan lalu
Test power
Selalunya kami akan test power time rehat. Tak pergi kantin pun. Masa setengah jam dimanfaat sebaik mungkin. Yang laju dihadapan, yang perlahan ketinggalan di belakang. Kesian budak budak kelas akhir, sentiasa diperalat oleh budak budak kelas pandai. Selalunya kami cakap siapa kalah kena bagi kereta tu kepada pemenang. Semestinya budak budak kelas hujung ni cuma dengar dan angguk jer. Setiap kali race, senang senang jer kereta kami menang. Kalau sebelum rehat ada 1 kereta, lepas rehat akan ada 2 atau 3 buah kereta untuk dibawa pulang. Jahat kan? Ada ke patut kami pekena budak budak kelas hujung.
Tapi tak semua benda indah kan? Cikgu. Yaa, cikgu akan buat spot check nak rampas kereta kereta ini. Sebelum buat spot check para pengawas akan attend meeting terlebih dahulu.Aku juga adalah pengawas sekolah. Bila dapat tahu ada spotcheck. Aku lah mastermind. Bagi tahu kawan-kawan jangan bawa kereta tu pada sekian sekian waktu. Bila waktu spot check. Kelas kami paling bersih. Tak ada benda yang kena rampas. Baik tak aku? Hehe. Perkara ini berlarutan sehingga darjah 5. Boleh kata kami main sampai muak lah. Start darjah 6 baru lah stop main benda alah ni semua. Insaf lah kononnya. Nak hadapi ujian terbesar yang pertama iaitu UPSR. Time tu perangai budak budak dah hilang. Jadi lelaki matang sekejap. Haha.
Dulu time darjah 3 pernah ambil PTS. Tapi time tu kurang matang. Main hentam jer jawapannya. Macam tak ada motif jer soalannya.
Tu dulu lah. Sekarang ada ke budak sekolah nak main Dash yonkuro, gasing, guli macam kami dulu dulu?
Budak budak sekarang main DSLR, Iphone,Blackberry,Ipad dan bermacam lagi benda alah. Dulu ada macam tu?
Zaman dah berubah. Duit sekolah sehari RM5 pun ciput bagi diorang.
Adios..
8 comments:
tue lew
zaman dah berubah..
macam bapak kita..
kita pun lain dr zaman depa..
btol2
aku pon main cm ang jgak
tpy sekarang zamn dah brubah
umar: yup..that right..org dulu amik guni je wat beg sekolah
hazmi: tu la kan..budak2 pun dh maju
wahhh.. kereta model apakah? yang aku tahu Tamiya.
kalau aku, aku main digimon tu. Hahaha. Siap mintak cip dekat kawan.
husna: macam2 la, yang hebat gune Tamiya, 2nd Auldey 3rd Gokey.
aku dulu gne auldey cilok jer,pastu baru upgrade ke tamiya..haha
digimon tu kteorg tekan kt tombol pintu pun dah boleh fight..hahaha
perempuan pon dulu gila kereta ni.. :P
Marya: ahaha..u 1 of that girls right? hehehe
Post a Comment