Saturday, February 19, 2011

Boleh aku pergi tanya budak perempuan tu makna Ilysm dan Imysm

Yaa-Haa

Semalam balik dari discussion BEL untuk roleplay bersama dengan beberapa orang classmate, aku terpandang seorang awek ini duduk atas divider dekat foodcourt depan tempat parking. Kebetulan motor aku betul betul depan tempat dia bertenggek. 

Saja aku berjalan slow slow dekat belakang dia. Dia tengah main mesej. Dia tulis:

ILYSM and IMYSM, sorry dear.

Dengan spontan lagi tak malunya aku pergi tanya dia ilysm dan imysm tu apa kejadahnya. Kawan dia ke? 

Apa lagi, awek yang muka cantik lagi suci tu terus terkejut dan bila dia terkejut, muka dia dah tak cantik. Hahaha. Mujurlah awek tu cepat cool down. Dengan penuh semangatnya dia cakap

I Love You So Much and I Miss You So Much

Macam dia cakap dekat aku pulak. Blushing kejap. Erk!! =.="



Oh, baru aku tahu apakah maksudnya. Awek tu rilek je tanya aku:

Awek : Tak pernah tengok ke orang tulis macam tu? Your girlfriend tak pernah taip cam tu?

Aku : Tak.Tak pernah bercinta. (auta semata mata)

Awek : Belajarlah. Cari ilmu banyak banyak. Nanti boleh ngorat. Hahaha

Aku : Haha. Ni buat apa sorang sorang dekat sini?

Awek : Tak buat apa. My bf merajuk.

Aku : Ok (sambil naik atas moto dan senyum kepada awek tu dan chow)

Bila aku keluar dari kawasan tu, aku gelak gila gila. Geli hati aku dengar awek tu cakap bf dia merajuk. Adoyai. Macam macam kerenah manusia dalam dunia ni. Sumpah aku baru tahu apakah maksud ilysm and imysm. Lawak kan? 

Buat masa ni aku tak guna short form sebegitu untuk cakap dengan seseorang. 

Tetapi aku nak cakap juga,

ilysm and imysm Mama, Adik, Ayah.

Adioss...

4 comments:

cikkaaranatasha said...

HAHAHAHA.
you look so funny :)
bdway.
funny entry :)

Khai said...

Hehe. orang baru belajar la katakan.btw thanks :D

Anonymous said...

Aku pn sama dgn hg khai..aku ingat 2 nama org..rupenye short form..adoi...(Kamen Rider Fahim)

Khai said...

fahim: haha. sama la kita :P