Sunday, February 27, 2011

Aku nampak "Hanis Zalikha"

Yaa-Haa

Lokasi : Library UiTM Kedah
Hari : Ahad
Masa : 10.45 a.m.
Bersama dengan : Elfira, Fateh,Jiha,Alif, Kucing, Wani,Umai, Gie dan aweknya.

Ketika aku sedang khusyuk lagi fokus study costing bersama kawan kawan (itu pun sebab ada test) aku terpandang seorang awek, mukanya seakan akan Hanis Zalikha. Dengan pantasnya aku usha dan tenung muka dia dari sisi. Sama!! 

Eh! Tak sama rupanya. Dia lebih rendah dari Hanis dan mungkin lebih rendah dari aku. Tapi waktu tu aku kelu kerana pelbagai formula dan data costing bermain dalam kepala lalu berkata lah aku, FIFO. Padahal aku nak sebut Eh, Hanis Zalikha!  Demm..

Memang tak ada orang perasan la kan siapa yang aku tengok sekarang kerana masing masing sedang bertungkus lumus study Costing.

Nak dijadikan cerita..

Bukan nak buat cerita ok? 

Nak dijadikan cerita, malam ni dalam pukul 8 lebih macam tu, aku bersama kawan rumah keluar ke pasar malam. Nak beli makanan. Dekat rumah tak ada apa nak makan. Beras pun dah lama habis. =.="

Sedang berjalan jalan, aku terselisih dengan "Hanis Zalikha". Ya! Memang dari sisi dia sebijik macam Hanis Zalikha. Dia lagi rendah dari aku. Bayangkan dia jadi awek aku. ~Wink wink Wink~

Nak je aku ambil handphone dan snap gambar dia. Tapi apa pulak orang kata. Tengah tengah lautan manusia yang berpusu pusu ke pasar malam, tiba tiba aku pulak nak tangkap gambar  kat tengah tengah ni. So, tak jadi. Niat terus dimatikan. Handphone kembali berada didalam poket. Aku sempat lagi tanya kawan aku.

Aku : Hang nampak Hanis Zalikha tadi?

Kawan : Hanis Zalikha? Hamis Jalika ada la. (sambil ketawa)

Aku : Main main pulak. Aku serius ni.

Kawan : Tak nampak pun. Khai, kalau ada pun, rambut ala ala dia ja. Tak ada orang muka nak sebijik macam dia. Tu la hang. Banyak sangat baca blog. (sambung balik gelak)

Hampeh betul manusia sebelah aku sekarang. Mahu je aku ambil parang dekat atas meja penjual tu kerat kerat leher dia.

Aku rasa aku bukan berilusi mahupun gila bayang. Lagi pun aku bukan fanatik Hanis Zalikha.

Kalau betul "Hanis Zalikha" yang aku tengok tu tak wujud. Agak agak aku tengok apa tadi?

=.="

Adioss....

6 comments:

sukahati kening la pintal2 kening~ said...

rindu nak lepak library kedah=.="
btw hari tu x publish blog sbb ramai sangat yang nak jadi stalker=)))

Khai said...

datang la sini lg. Alumni UiTM kedah amat2 di alukan :)

org cantik mmg ramai stalker. Biasalah tu :)

Anonymous said...

err ada nama aku! haha.
hanis zalikha nk mai merbok?
xdak pasal la weiii ~

Khai said...

jiha: hanis zalikha mmg xmai merbok. tp klon dia ada kat sini. :)

Anonymous said...

haha.real klon sgt kah?
awat ang xtnjuk kat aku wei? haha

Khai said...

memang lah aku nak cakap. masalahnya time aku nak cakap Eh Hanis Zalikha tu aku pegi sebut FiFO la LIFO la.. =.='