Saturday, February 5, 2011

Seminggu tak kira bintang

Yaa-Haa

Tajuk entry aku dah macam pakar astronomi yang sedang cuti. Buka astro supersport atau astro arena ok?

Aku mulai rindu dengan hobi baru aku di Taman Bujang Indah. Malam malam lepak atas motor depan rumah sambil tengok bintang, bulan. Kadang kadang berangan dapat awek cun apa bagai. Itu lah tabiat aku bila internet slow atau tak dapat. Tapi selalunya lepas aku siapkan assignment baru aku keluar rumah. :)
 
Nak join aku malam malam? Jom. Lagi bagus kalau ada DSLR. Boleh buat CLS dalam gelap. Bermain dengan shutter Bulb. Mesti best kan kan kan?
 
Jawab lah. Apa? Tak ada DSLR? Tak apa. Jom lepak sekali, sama sama berangan dapat DSLR nanti. Maaf, aku dah nak start merapu. Jangan biar aku start merapu, nanti korang rasa macam nak bakar jer laptop.
 
Aku rasa kena buat satu lagi label. JOM BERANGAN. Kat situ aku boleh merapu. Memang takkan ada orang baca la gamaknya. :) 

Seminggu berada dii rumah. Entah apa aku buat. Study? Ciput. Assignments? Alahai..tu pun tak siap lagi.

Masak? Ada lah sikit. Aku dah reti buat sayur campur. Aku campur macam macam. Udang, sotong, ayam, sawi, bronkoli, carrot, apa lagi? memang sedap lah!! Dahsyat!!

Aku frust tengok Raja Lawak semalam. Kebolehan peserta tersekat kerana idea cetek komedi musikal. Kesian. sebenarnya macam macam boleh buat tapi entah kenapa, idea setiap peserta nampak terkandas. Aku suka performance Ephy. Nazmi tetap pilihan juara aku. Kalau dia tersingkir, aku bakar Astro.haha
Cukup lah aku merapu.

 
Adioss...

p/s: Lisa, U lambat lagi ke nak datang Merbok?

4 comments:

Anonymous said...

Dahsyat...(Leftenan)

Dzailin Dzulkaflie said...

haish...ble la sy nk ade DSLR..[berangan] HAHA! ^_^

Khai said...

leftenan fahim: dahsyat!! haha

Khai said...

elyn: berangan dah tu..haha