Yaa-Haa
Hari ni kelas habis sekitar pukul 12 tgh hari tadi. Dekat Dataran Ilmu tadi parking kereta lengang, motor apatah lagi. Tercatuk motor aku sorang sorang kat situ. Motor itu seorang. Apa kejadah Bahasa Melayu kau Khai.
Ramai juga yang dah balik terutamanya coursemate aku, tapi sekarang dah upgrade jadi classmate untuk 2 kelas. Nabilatul Husna. Dengan bangganya aku cakap Husna dah balik kat Madam Sutina dalam kelas Eco tadi. Haha. Seronok juga kantoikan orang ni. Biar dia dapat telur ayam dekat kehadiran tu. Hehehe.
Holiday | Aku bagi RM50 sapa tak suka cuti.
Sebenarnya, tak ada effect pun. Baliklah bila pun, tetap sampai juga. Kecuali bas masuk lorong yang tak sepatutnya atau badan bas terbelah dua. Ok. Stop nonsense Khai.
Bagi aku cuti seminggu ni seronok, cuma yang tak seronoknya bila dah masuk balik. Presentation, kuiz, submit assignment. Jadi haruslah guna cuti seminggu ni buat benda alah tu. Study, study dan study.Cuti ni juga aku nak sambung research aku tentang company Carlsberg. Research yang aku perlu buat untuk 1st assessment untuk BEL312. Not enough playtime this semester. I wanna be grown up boy. Not cry baby student. Aku tak nak mengeluh, tak nak menyesal, tak nak fail dah lepas ni. Aku nak berubah. Biarlah perubahan itu orang tak nampak tapi mesti ada sedikit effort untuk merealisasikan matlamat itu.
Apa lagi aku nak tulis?
Sambil aku selongkar file lagu aku dalam laptop ni. Aku terbuka lagu Boneca-Tunjukkan Aku. My BFF bagi lagu ni kat aku. Semalam entah berapa kali aku ulang main lagu ni. Dah macam orang angau semalam. BFF aku siapa? Nantilah aku cerita. :)
Boneca-Tunjukkan Aku
Aku nak browse tenet. Usha baju kebangsaan negara-negara lain. Untuk pakai dinner nanti. Fira ajak aku jadi pasangan dia. Aku pakai baju melayu, dia pakai baju pengantin. Hell NO!!!
Tema dinner semester ni, National Wedding and Cultures. Macam mana tu? Aku sendiri pun tak faham. Nanti aku cerita.
Adios....
4 comments:
ang balik bila weh?
pssst! header cantek! :)
fza: balik esok la weyh...tj dawai mlm ni jum..huhu
AMBOI! mentang-mentang buat entri font tulisan warna hitam, ingat aku tak boleh baca lah tu. fuhhh
nama Nabilatul Husna jelas & terang disitu. hahaha
madam, relax je. ni first time aku skip kelas. alah, SATU JAM SAHAJA. apa ada hal kan? macam lah korang belajar haritu. last day, tak punya. ^^
husna: haha..cekap ko yer..walaupun sejam..belajar kowt...igt ape?? haha
Post a Comment