Sunday, January 30, 2011

Pertandingan: Apa itu kitar semula?

Yaa-Haa

Setelah mengubah segala bagai design sehingga kembali ke asal. Aku menggunakan sepenuhnya kemudahan internet kelajuan tinggi di rumah. Tak macam dekat rumah sewa. Agak hampeh di situ. Aku blogwalking sehinggalah sampai ke sebuah blog mamat ni.

Dia buat pertandingan. Bukan contest. Ada beza ke? Tak kisah lah kan. Aku nak try masuk pertandingan ni. 

Click pada gambar untuk menyertai pertandingan

Ok.

Kitar semula dari perspektif aku adalah barang lama yang diguna semula menjadi barang terpakai. Tapi aku nak cerita kitar semula dalam bola sepak. Jadi tajuk entry akan jadi seperti ini.

Kitar semula dalam bola sepak Inggeris.

English Premier League atau sekarang dikenali sebagai Barclays Premier League telah menjadi kegilaan dan kewajiban setiap hujung minggu bagi sang bola tak kira lelaki mahupun wanita. Terdapat 4 pasukan utama yang digelar sebagai Big Four iaitu Manchester United, Arsenal,Liverpool dan Chelsea. Tetapi kini mungkin tempat Liverpool bakal diganti dengan pasukan yang semakin meningkat seperti Aston Villa, Tottenham Hotspurs dan Manchester City. Mungkin anda pernah dengar nama Alex Ferguson, Arsene Wenger mahupun Jose Mourinho. Tetapi pernahkah anda mendengar nama Sam Allardyce dan Harry Redknapp?

 Sam Allardyce

 Harry Redknapp


Dua orang pengurus berwibawa ini telah mengangkat pasukan lemah bertukar menjadi giant killer dalam saingan liga inggeris. 

Mereka berdua datang dari tempat yang berbeza. Berbeza falsafah dan idealogi tetapi mempunyai kekuatan yang serupa iaitu,
Mengangkat pemain terbuang menjadi pemain terbilang
Itu juga dipanggil kitar semula. Sebagai contoh, El Hadji Diouf. Setelah cemerlang dalam Piala Dunia 2006 bersama skuad Senegal, beliau terus di rekrut oleh Liverpool tetapi prestasi tidak menentu dan corak permainan pantas Liverpool gagal buat Diouf menempatkan diri dalam kesebelasan utama. Dia menjadi pemain terbuang. Surplus requirement kata orang kampung aku. Keperluan berlebihan. Senang cakap, sampah lah.
 Akhirnya Sam Allardyce telah memberi harapan baru buat Diouf dengan membawanya ke skuad lemah Bolton Wanderers.  Sam Allardyce bijak menggunakan kepakaran dan kekuatannya. Mencari pemain terbuang dan kini mereka naik semula menjadi pemain yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Rafael van Der Vaart, Peter Crouch, Robbie Keane, adalah nama besar bola sepak suatu ketika dahulu, pernah jatuh dan kini mereka meniti naik semula seperti dahulu dibawah bimbingan Harry Redknapp.

Jika ingin disenaraikan, terlalu ramai pemain terbuang yang kini telah diguna pakai semula dan diberi kepercayaan penuh oleh pengurus mereka sehingga menjadi pemain terbilang. Alan Smith, Louis Saha, Nicholas Anelka, Thierry Henry, Roy Keane, Paul Ince, Kieran Richardson, Sean Evans dan ramai lagi pemain bola sepak yang sebenarnya adalah sampah tetapi kini mereka naik semula meniti nama dipersada dunia.

Jangan sesekali ingat bahawa kitar semula hanya untuk barang keperluan harian. Manusia juga sampah, manusia jugalah emas. Terpulanglah cara untuk membentuknya jadi sebagaimana yang kita inginkan.
Think about it.

Adios.. 


6 comments:

GR said...

menarik.! terima kasih turut serta. semoga berjaya

:)

Khai said...

fitri:
thankz bro. :)

Azuan said...

kretip...gud luck!

Anonymous said...

apa2 msti nk buat kaitan dgn bola,kan??
biasa la kalau dah minat,,,
hehehe

Khai said...

Azuan: thankz bro..

Khai said...

Umar:
As usual bro..haha