Saturday, January 15, 2011

Full HD. Mengagumkan. Jakun nya aku.

Yaa-Haa

Mula-mula aku nak minta maaf kepada semua peminat Yuna dan semua Gentleman dan Ladies di atas kekhilafan aku merosakkan lagu Cinta Sempurna. Tak semua orang faham apa yang aku nak sampaikan dan maaf kepada sesiapa yang gagal memahaminya. 
 
Tengok tu! Tetap tak nak mengaku yang dia tu silap. Asyik nak orang je faham dia. Insaflah Khai.

Ok. Cukup. 

Bosan. Itu yang aku rasa sekarang. Sekarang aku sedang menonton bola secara live di hadapan tv baru. LG Full HD beserta Astro B.yond. Antara perlawanan yang sedang berlangsung sekarang adalah:

Chelsea vs Blackburn (CH 812)
Man City vs Wolverhampton (CH 813)
Stoke vs Bolton (CH 817 dan CH 831)

Aku sedang tengok di CH 831 Astro Supersport HD. Stoke vs Bolton. Walaupun team yang lawan tak best tapi kualiti video menyebabkan aku terpaku seketika menonton corak permainan sederhana dari 2 pasukan sederhana. Very smooth. Sangat seronok rupanya menonton dalam Full HD ini. 

Astro B.yond | More than you can imagine

Slogan tu aku memandai je reka. Aku sendiri tak tahu apa slogan Astro Byond. Entah ada ntah tidak.
Peluh, rumput berterbangan dan putaran bola begitu jelas kelihatan. Dengan Full HD ini aku dapat melihat kelemahan benteng Bolton di pertahanan kanan. 
 
Apa sebelum ini memang tak nampak kah kelemahan sesebuah team bila tengok bola? Ngada-ngada. 
 
Disebabkan HD ini juga membuatkan aku tak ingin lagi melihat perlawanan Chelsea mahupun Man City yang sarat dengan aksi bintang kelas dunia. Betapa jakunnya aku, inilah 1st time menonton EPL live dengan HD. Sebelum ini cuma Piala Asia je. Dah rasa macam dalam game aku tengok padang Piala Asia Qatar. Macam real!!
Hello!! Dalam tv memang real ok! Bukan kau main game. Apa daa!!

Kadang-kadang rasa diri ini diperbodohkan dengan teknologi. Mungkin orang lain sudah biasa berhadapan dengan keadaan sebegini, tapi aku? Jakun kan? Tapi tak apalah. Dapat juga merasa menonton bola dengan tv nipis dan HD. Sebelum ini asyik tengok bola dengan TV besar gerabak yang kadang-kadang warna pun dah kelabu. Pernah sekali tv meragam, jersey MU yang warna merah bertukar ke warna ungu. Tak feel langsung! Mungkin ada juga orang lain yang tak pernah merasa apa yang aku rasa. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah.

Nazmi Raja Lawak 5 cakap semua dalam kedai ada HD. TV, mesin basuh, peti sejuk. Semua HD.
 
Hutang Dulu.
 
 Google sahaja terus copy paste
 
Dalam ramai ramai peserta, aku suka si Nazmi ni. 1st week dah nampak dia punya serlah bintang. 2nd week makin menjadi. Tunggu saja lah apa pula lawaknya selepas ini.
 
Memang Dahsyat.

2 comments:

Anonymous said...

Beyond or B.yond?

Khai said...

Anonymous: dekat surat astro tu tulis B.yond..