Yaa-Haa
Tak ada pangjang lagi ke tajuk entry aku ni ha? Team yang aku maksudkan adalah team bolasepak. Kadang-kadang aku hairan apabila sesetengah orang menyatakan secara terbuka bahawa dia fan MU dan dalam masa yang sama dia mengaku dia sokong Liverpool. Pelik kan? Kenapa aku kata pelik?
Semenjak dahulu lagi trend ini tercetus. Arsenal,Man Utd,Liverpool, Real Madrid dan Barcelona wajib dipisahkan. Mereka adalah musuh ketat. Perpindahan pemain di antara kelab ini adalah ketat dan mungkin sekali mustahil. Begitu juga dengan para penyokong mereka. Pantang berjumpa pasti akan ada percakaran dan pergaduhan antara mereka. The Life Of Football.
Arsenal | They love their club
Sekarang? Perpindahan pemain melibatkan puluhan juta seolah olah begitu senang sekali dibelanjakan untuk mendapatkan pemain musuh. Boleh aku katakan, Real Madrid adalah pasukan yang tak tahu malu apabila sanggup melabur ratusan ribu untuk mengambil harta musuh ketatnya. Tanpa ada usaha untuk membangunkan pemain remaja mereka sendiri. Too pathetic. I'm not proud if I one of their fans. Disebabkan perpindahan pemain inilah tercetusnya duo club supports. Mereka menyokong MU kerana menyokong dari kecil dan mereka juga sokong Real Madrid kerana adanya bekas pemain MU seperti David Beckham, van Nistelrooy dan Cristiano Ronaldo. Ramai juga peminat bola sepak yang menyokong 2-3 pasukan kerana corak permainan mereka. Sebagai contoh Arsenal (permainan laju), Man City (pemain dunia) dan Chelsea (Juara BPL).
Galaticos | Hebat di musim perpindahan
Aku tak suka apabila ada segelintir peminat bola sepak menyokong lebih dari 1 team bola sepak kecuali berlainan negara. Aku tetap menyokong Man Utd andai Rooney keluar dari Old Trafford dan aku mengagumi corak hantaran pantas Arsenal, tapi aku tak pernah sokong Arsenal.
Rooney | Maybe last season for him
p/s: suka hati melihat ketidaksabaran seseorang pemilik kelab memecat seseorang pengurus. Unlucky for Roy Hodgson and Carlo Ancelotti. Congratulations to Arsene Wenger and Sir Alex Ferguson because both of you still can smile :)
2 comments:
wah
cemerlang sekali penulisan...
sentap sapa2 yg baca n terkena batang hidung!
umar: thankz bro..ak rse ko x minat bola..huhuhu
Post a Comment