Saturday, January 22, 2011

Gelap dalam malam, sunyi dalam tenang

Yaa-Haa

Entry ini berentak perlahan dan jiwang. Jangan baca ketika mendengar lagu rock. Harap maklum.

Malam ini aku sendiri. Menikmati malam yang gelap di anjung rumah. Melabuhkan punggung di atas seat motor EX5 kawan. Memandang ke langit. Tiada awan, hanya ada bulan purnama tegap memantulkan sinar cahaya hasil kuasa sinaran matahari yang berada di dunia sebelah lagi.

Matahari sentiasa berputar sehingga terjadinya siang dan malam. Seperti kerja rutin tanpa rasa jemu. Tetapi aku? Masih disini, seperti dahulu. Tiada apa yang berubah. Tatkala menikmati malam yang tenteram dan damai, mata ku tertarik pada 2 objek yang dipanggil sebagai manusia. Duduk berdua-duaan. Tidak begitu jauh antara satu sama lain. Berborak, kadang kadang gelak. Gembira melihat pasangan 2 sejoli gembira sebegitu. Setelah salah seorang daripada mereka pulang. Malam menjadi semakin gelap, semakin sunyi. Hanya terdengar desiran angin meniup lembut menampar pipi.

Alone | Just feel better

Sunyi dalam malam. Sunyi dalam gelap.Sunyi dalam tenang. Itulah ibarat hati ku kini. Jauh dari kekecohan mahupun keributan. Jauh dari sebarang ancaman sang pencuri hati, jauh dari serangan virus yang mampu membuatkan hati tidak keruan, sehingga otak tidak waras dan membutakan mata hati. Itu lah virus cinta.

Kini aku bebas dari segala ancaman itu. Bebas menikmati hidup ini. Bebas dalam sunyi. Sunyi dalam gelap. Baru aku tahu betapa indahnya dunia tanpa kehadiran si jantung hati. Di saat ini. Aku hanya mampu tersenyum sambil melihat bulan. Ingin sekali ku tanya sama bulan. Adakah cinta itu mampu membuat manusia berubah?. Adakah bulan mampu menjawab bagaimana 2 hati menjadi satu? Adakah bulan pernah menjadi lambang cinta dan kesetian setiap kekasih.

Oh Bulan | Terang dalam gelap


Oh Bulan. Andai kata engkau boleh berbicara, katakanlah wahai bulan. Katakan manusia itu perlukan cinta seperti mana engkau perlukan cahaya untuk menyinari bumi dengan pantulan badanmu bulan.  Malam ini bulan sangat cantik. Mampu berdiri teguh tanpa kehadiran bintang bintang. Ingin sekali aku berdiri teguh seperti mu. Berdiri teguh dengan perasaan yang cukup kuat mengharungi semua pancaroba ini. Jalan yang aku bakal aku tempuhi  ini amat amat memeritkan. Andai aku sekuat mu wahai bulan. Mampu menerangi sebahagian bumi tanpa kewujudan bintang bintang di langit. Ingin sekali aku pergi kepada seseorang dan ucapkan I Love You. Tapi, hati ini.....

Malam ini, ku sendiri, tak ada yang menemani seperti malam-malam yang sudah sudah.........



bersambung......

6 comments:

Lelaki Ini said...

adeyh2!!!
camne ntah aku nak komen nieyh...
jiwang karat nak mmpus!
aku..aku..aku..
kedu..membisu seribu bahasa...

Khai said...

Umar: thankz bro :)

shazleen nur said...

btol2..
bulan sgt chantek..

Khai said...

leen: cantik kan.. :)

shazleen nur said...

yea,chantek..
mcm saya,haha :)

Khai said...

leen: aah..mcm leen :)