Wednesday, December 22, 2010

Kenapa Perempuan Cantik Pilih Lelaki Biasa?

Yaa-Haaaa

Pada saat ini. Aku terfikir, kenapa perempuan cantik rata-ratanya memilih teman lelaki atau suami yang biasa sahaja. Atau pun dalam bahasa yang lebih terang dan kasar, perempuan cantik bak model tetapi lelaki hodoh bak cimpanzi meneran berak.

Laman Google aku semak. Hampir semua lawan web dan blog yang sama dengan kata kunci aku buka. Setiap blog dan website tersebut hampir sama sahaja alasan yang diberikan. Antaranya ialah:

1. Perempuan tersebut ingin mendapatkan lelaki yang mampu membimbing mereka tentang hal agama dan kekeluargaan. Semua perempuan di dunia ini akan memikirkan bagaimana untuk mendapat suami yang mampu membimbingnya ke jalan kebenaran. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.

Beauty and the beast | Si Cantik dan Si Buruk

2. Kurangnya persaingan dengan kaum hawa yang lain. Seandainya suami/ teman lelaki si cantik ini adalah seorang yang hensem dan macho, tentu sahaja ramai perempuan dan awek2 di luar ingin sekali mengoda dan mencuba nasib mendapatkan sang jantan tersebut. Akan tetapi jika sang jantan tersebut hanya berpesonaliti biasa dan tak terlalu menarik, si cantik tersebut tidak perlu bimbang ancaman luar terhadap kekasih hatinya.

3. Mungkin muka biasa tetapi kaya. Haaa.. Jangan ingat semua perempuan cantik boleh terima hidup sederhana. Ada juga perempuan yang high maintanance. Mereka bukanlah mata duitan tetapi sudah diasuh untuk mendapat segala kemewahan. No wonder la kalau kamu hensem tapi dia tak pilih kamu, bro....ada orang lagi kaya drpd kamu..hik3

Mata Duitan | Ciri-ciri seorang akauntan :P

4. Ayat jiwang tangkap leleh. Disebabkan ayat2 sebeginilah hati perempuan mudah cair. Sebagai contoh pada suatu masa dahulu. Bengali karpet pun si suri rumah ni nak kebas. Entah ayat bunga ros, orkid apa tah yang boleh buat si suri rumah ni jadi tak keruan. Wahai sang suami..Benggali karpet pun jadi ancaman *sigh

5. Kasih sayang dan perhatian beserta hormat yang tinggi kepada seorang perempuan dapat mencair hati seorang si cantik bak super model  *balik balik supermodel, x ada perkataan lain ke? Okey. cantik bak srikandi. Ada juga lelaki seperti ini. Keikhlasan dalam bercinta mungkin berjaya menambat hati srikandi tersebut sehingga Brad Pitt gigit jari sebab tak dapat kahwin dengan dia.... Mungkin!!

6. Cinta pandang pertama. Mungkin lah kan. Kenal daripada kecil dan berkahwin bila sudah besar. Aku x reti nak komen tentang ni. Best ke?

7. Pilihan keluarga. Walaupun dunia dah maju, tapi benda macam ni jangan kita pandang remeh. Jangan sesekali berharap kisah I'm Not Single tu akan menjadi realiti sekiranya senario ini terjadi dalam kehidupan anda. Jika si perempuan tu cantik, rezeki kepada Sang lelaki. Kalau sang lelaki pula muka seperti bontot periuk? Sebal je hati si cantik tu....

8. Kerjaya yang memerlukan si cantik tersebut komited terhadap kerja mampu mengundang kurangnya masa untuk mencari calon suami. Oleh yang demikian, mana mana lelaki yang si cantik tersebut rasa boleh buat suami, terus dia kebas. Perigi mencari timba. Kadang2 aku teringin juga perempuan datang ayat aku...hahaha.

Agak-agaknya, ada ke lelaki hensem sanggup terima perempuan yang biasa seperti perempuan cantik menerima lelaki biasa?

Tunggu dalam entri seterusnya.

p/s : bila PRU 13 diadakan?

8 comments:

shazleennur said...

sya stuju ny no 1 2.
hha..

sukahati kening la pintal2 kening~ said...

lelaki kacak selalu perasan hensem..perempuan x sukaaaa!!!hahhaha=)

Khai said...

leen: 1 n 2 ehh?? agak2 nk jd cmni kot? huhu

Khai said...

Si kening cantik: laki mmg cm tu..ego..hahaha

Anonymous said...

errr lelaki kacak dan hensem perasan bagus ! haha

Khai said...

jiha: kacak hensem dan bagus..haha

Anonymous said...

kesian kepada lelaki2 kacak disana..
tp ak nak perempuan cantik..hahaha ;p

Khai said...

anonymous: haha..sukati kau la..