Wednesday, December 15, 2010

Review Rayyan Fantasi- Karya teragung Ramlee Awang Murshid


Yaa-Haaa

Saya baru selesai membaca novel terbaru nukilan Ramlee Awang Murshid (RAM), Rayyan Fantasi. Apa yang boleh saya simpulkan disini adalah....

Mikhail
+

Cinta Sang Ratu
+
Ungu Karmila
=

Rayyan Fantasi


Rayyan Fantasi | Apa yang terfikir..itu ada!!

Dalam cerita ini ada sedikit adegan yang boleh dikaitkan
dengan Mikhail spt pemburu dan pembunuh upahan, manakala setiap tindakan Ibrahim,Pak Markum, Supinah dan Aiddin berserta niat kerana Allah SWT sama seperti cerita Cinta Sang Ratu(Trilogi Bagaikan Puteri) ketika Laksamana Sunan berserah kepada Allah atas segala tindakannya ketika menentang musuh.

Ungu Karmila pula dikaitkan sedikit dengan kawasan tanah tinggi dan kabus tebal. Persamaannya adalah dlm novel Ungu Karmila, latar tempatnya di kawasan tanah tinggi Brinchang dan Cameron Highland. Dlm Rayyan Fantasi pula Kota Kinabalu, Kudasang dan Kudat menjadi latar tempat pada permulaan plot cerita.

**************************
Sinopsis
Cerita Rayyan Fantasi ini berkisar tentang bagaimana anak kecil yg x diketahui identitinya dan diasuh menjadi manusia yg berguna. Aiddin dan Ibrahim adalah makhluk ciptaan Allah tetapi bukan manusia. Aiddin adalah seorang budak yang pintar lagi genius hasil dari genetik bapanya Ibrahim yg merupakan penduduk planet Yuk'kaa.

Supinah adalah isteri kepada Ibrahim dan anak tunggal kepada Pak Markum. Kehidupan mereka sungguh sederhana sehingga Aiddin memasuki alam kampus apabila dia berkenalan dgn Feena, Mie Long, Suhaila dan Zaidan. Kelima-lima rakan ini membentuk sekumpulan kawan baik.

Tetapi Zaidan iri hati terhadap Aiddin kerana mesra dgn Feena. Akhirnya Aiddin bertunang dengan Feena. Aiddin juga disahkan hanya mampu hidup selama 3 bulan sahaja akibat barah otak tahap 4. Pelbagai hasrat Aiddin ditunaikan kerana dia hanya mampu hidup tidak lama lg. Antara hasraatnya mendaki Gunung Kinabalu.

Ketika turun dari puncak tersebut, Aiddin hilang di dalam kabus yg tebal. Setalah 5 tahun Aiddin ditemui semula tetapi pelbagai kejadian pembunuhan ngeri berlaku setelah kemunculan mengejut Aiddin.

Apakah perasaan Feena apabila melihat Aiddin? Bagaimana dengan Zaidan yg selalu mencemburui Aiddin? MieLong dan Suhaila tahu akan kemunculan semula Aiddin?

************
Apa kata saya?

Tidak terfikir bahawa RAM mampu membuat pembaca berfikir tentang hidupan lain yang boleh hidup seperti manusia di planet lain.

Dalam novelnya kali ini ada beberapa kelemahan yg saya dapati iaitu
Rayyan menghidupkan api di planet Yuk'kaa sedangkan planet Yuk'kaa itu sebuah planet yg penuh dengan Karbon Dioksida (CO2). Jadi mustahil manusia mampu hidup dikawasan itu.

Api memerlukan oksigen(O2) yg cukup untuk dinyalakan, tetapi RAM tidak menceritakan bagaimana api dihidupkan dalam situasi tersebut.

Bagaimana Rayyan mengasingkan CO2 menjadi O2 utk menghidupkan api?

RAM juga tidak menceritakan secara detail bagaimana rupa bentuk makhluk planet Yuk'kaa. Hanya diceritakan sistem tubuh mereka tidak seperti manusia dan mereka lebih maju drpd manusia di bumi.

RAM juga tidak begitu berminat utk menceritakan bagaimana Sanggora menjadi baik secara detail dan apa yg terjadi kepada Zaidan selepas pengsan di dlm longkang tersebut.

Tetapi...

Di sebalik kelemahan terdapat juga kekuatan cerita ini. Seperti saya katakan awal2 td, RAM berjaya membuat pembaca terfikir tentang hidupan di planet lain yg mampu hidup seperti manusia secara fantasi mahupun realiti.

RAM juga berjaya membuat pembaca membenci dengan Zaidan di atas percubaannya untuk memenangi hati Feena. Saya cukup membenci watak Zaidan. RAM berjaya melakukannya dengan baik. Tahniah!

RAm juga ada sedikit menyelit motivasi kepada pembaca bahawa segala cita2 mampu direlisasikan seperti Mie Long yg akhirnya berjaya menjadi wartawan di Sinar Harian.

RAM tidak pernah lupa dalam kehidupan masyarakat Islam yang harus disembah adalah Allah SWT. Beliau secara langsung sentiasa mengingatkan kita siapa kita diatas muka bumi ini dan siapa kita disisiNya. Ia tindakan yg terpuji oleh RAM.

Cerita ini tidak banyak memberi impak dalam kehidupan seharian kpd pembacanya tidak seperti nukilannya Hatiku Di Harajuku dan Mikhail yg ternyata memberi impak yg mendalam kepada pembaca.

Saya amat berpuas hati atas karya RAM kali ini dan berharap RAM membaiki kelemahannya di dalam karya yg seterusnya, Sutera Bidadari. Sambungan cerita cinta sufi Laksamana Sunan.

Pembaca selalu mengharapkan yg terbaik dari anda RAM

Sayonara..

4 comments:

Fikri: Kacaknya! said...

Rasanya planet tu ada karbon monoksida (CO) dan bukannya kardon dioksida (CO2).

Khai said...

fikri: ooo.ye ke? silap baca la gamaknya..hha..btw..thankz..tp RAM ttp x terangkn mcm mna api boleh idop tnpa o2.

Anonymous said...

Den rasa muka diorang mcm manusia gak kot.....
Sebab RAM ada kata yg Mika mcam Srikandi?????

Khai said...

anonymous: itu la kan..terlalu byk persoalan dlm novel RAM ni..