Tuesday, December 7, 2010

Kisah Aku Cinta Kamu Ep5





Amri dan Datuk Amiruddin berlepas ke Hong Kong untuk membincangkan projek dua hala tetapi projek itu membawa lebih banyak kebaikan kepada MAS. Sesungguhnya rakyat Malaysia bertuah kerana mendapat dianugerahkan CEO yang berjaya seperti Datuk Amiruddin. Beliau telah banyak menyumbang jasa sehingga MAS mendapat anugerah 5 bintang kabin terbaik dunia. Kini MAS berada antara 5 terbaik di dunia, jauh meninggalkan Air Asia dan Al-Fin Airlines.
Amri menggunakan peluang perbincangan ini sebaik-baiknya. Segala ilmu yang dipelajarinya di kampus dahulu dipraktikkan dan dia harus bijak menerapkan idea2 yang baik dalam apa jua keadaan demi memastikan kejayaan syarikat gergasi Malaysia ini. Walaupun dalam bayangannya cuma ada Lynd tetapi jauh disudut hatinya dia bersyukur dapat berkhidmat dalam MAS ini. Datuk Amiruddin berjaya mengubah persepsi orang ramai tentang keupayaan graduan universiti tempatan.

Jeff, Khai dan Alisa berada di pejabat Alisa ketika ini, sedang berbincang dengan rakan kongsi mereka di London. Perbincangan mereka hanya memerlukan kamera web, televisyen dan kemudahan jalur lebar berkapasiti tinggi. Tidak perlu terbang kesana kemari untuk mengadakan sesuatu perbincangan dengan rakan2 mereka di seluruh pelusuk dunia. Andai perbincangan ini berjaya, Al-Fin Airlines akan membuka satu revolusi baru. Destinasi yang menyeronokkan, khidmat krew kabin berkelas dunia dan kabin 5 bintang sejajar dengan slogan mereka : All You Want Is Here, Al-Fin Airlines. Misi mereka ini dinamakan sebagai Balista.

Setelah selesai perbincangan itu, Alisa berkata

Ini satu pelaburan yang besar, aku harap ia berbaloi.

Khai: Boss, kau jangan risau. Pasaran kita semakin kukuh, ekonomi stabil dan cuaca bagus. Apa yang penting sekarang our consumer taste and preference.

Jeff: Wah!! Bukan main semangat kau K. Sepatutnya Aidil yang berada di tempat kau sekarang, Operational Manager. Tapi kau lagi advance. Galas 2 tugas dalam satu masa.

Khai: Aku hanya jalankan tugas, lagipun yang telah pergi tak usah lah kita kenang2kan. Life must be go on.

Alisa: Aku tahu kau tanggung bebanan syarikat. Kau jer yang aku boleh harap selain J. Korang berdua lah yang akan jadi peneraju syarikat ini nanti.Korng masih muda, aku jamin korang akan merasa bagaimana menjadi CEO.

Khai: Kau tak nak kahwin ke? Ini harta pusaka. Sayang kalau terlepas ke tangan orang lain.

Jeff: Khai..kenapa lah kau lembab sangat, Cik Alisa kita ni kan single. Kau jadi la suami dia.Haa..tu kan boleh jadi darah daging kau...Apalahhh....

Alisa: J!! Ini kerja!! Kau jangan nak memandai.

Jeff: Maaf boss.

Nadya dan Lynd muncul tidak lama selepas itu.

Nadya: Cik, saya Nadya. Financial Manager baru Al-Fin Airlines

Lynd: Saya Shazleen, akauntan baru Al-Fin Airlines.

Alisa: Bagus, great timing. Kamu berdua mula jawatan baru sekarang. Boleh pindah ke pejabat baru sekarang. K dan J boleh tolong kamu.

Nadya: Encik Khai tak apalah. Kami boleh buat sendiri.

Khai: Tak perlulah encik2 dah. Kita da sama level. Okey lah kalau macam tu, saya ada banyak lagi kerja nak buat. Lynd, congratulations and good luck (sambil tersenyum kepada Lynd)

Lynd hanya tersenyum.

Jeff: Apa la kau ni Khai, Tak gentlemen langsung. Tak ape, biar saya tolong. Kamu berdua boleh panggil saya Jeff atau J. Kalau nak lagi mesra, panggil Abg J pun boleh.

Lynd: Panggil Baby boleh?

Jeff: Eh..boleh sangat. I like.

Belum apa-apa dah gedik. Over pulak tuu...

Kata Lynd dalam hati.

Sementara Khai beredar dari situ. Nadya tidak senang hati. Nadya mengekori Khai dan menegurnya dari belakang.

Maaf Khai. Saya cuma rasa curious. Awak marah saya ke?

Khai hanya tersenyum, tanpa menoleh dia berkata

Kalau awak nak menjadi yang terbaik, jangan ada sifat kemaafan dalam diri awak terhadap musuh awak.

Nadya tidak memahami dan dia menegaskan Khai bukanlah musuhnya. Lantas Khai berlalu pergi dan memasuki pejabatnya. Sememangnya Khai bukanlah seorang yang mudah untuk difaham orang.

********
Keesokan harinya

Lynd memasuki pejabatnya yang baru. Hatinya begitu seronok dapat berada dalam pejabat sendiri, tidak seperti sebelum ini, cuma ada meja,kerusi dan komputer. Dia menari berpusing-pusing seperti kipas syiling. Menari dengan hati yang gembira. Langkah tarinya terhenti apabila melihat kelibat manusia di hadapan pintunya. Pintu di ketuk. Amri didepan matanya. dengan langkah bergaya Amri berjalan dan memeluk Lynd sekuat mungkin. Hilang bebanan rindu di dada.

Lynd..Lynd..Lynd...oiiiii...

Panggilan suara itu mengejutkan Lynd dari terus dibuai lamunan.

Lynd: Eh Khai..sorry saya mengelamun tadi. (tunduk malu)

Khai : Tak apa.. tadi saya ketuk pintu tapi tak ada reaksi dari awak..tu yang saya masuk ni.. (lalu berjalan menuju ke cermin lutsinar untuk melihat permandangan dari atas)

Lynd: Owh.. (seperti menyimpan satu rahsia)

Khai: Saya yakin dia masih cintakan awak. Hanya menunggu awak maafkan dia. Sebenarnya pejabat ini sepatutnya menjadi milik dia, tapi dia telah dipecat sebelum mula bekerja akibat terlanggar Cik Alisa.

Lynd: Saya dah lama maafkan dia. Saya dengar Jeff dan Cik Alisa berborak hari tu. Cik Alisa bengang bila dapat tahu awak berjumpa dengan Amri. Cukuplah saya dapat tengok Amri kali terakhir sebelum saya menjadi musuhnya. Khai..awak tak mampu bawa Amri ke sini?

Khai: Sorry Lynd. Kalau saya dapat bawa dia kesini sebenarnya 3 minggu yang lalu. Dia disini sekarang. tapi takdir telah mengubah jalan hidupnya. Tak menjadi masalah sekiranya awak bercinta dengan pekerja syarikat lawan. Business is business. Personal is separate thing.

Lynd hanya mampu mengesat air mata dan berharap Amri datang kesini bersama-sama dengannya membantu Cik Alisa menjadikan Al-Fin Airlines nombor 1 di dunia.

Lynd bangun dari tempat duduknya dan berdiri di belakang Khai sementara Khai masih tidak bergerak, masih dihadapan cermin melihat persekitaran di luar bangunan.

Lynd membuka mulut....


Sebelum misi Balista kita bermula, izinkan saya membuat sesuatu....


bersambung...


p/s: Apakah yang ingin Lynd buat? Apakah reaksi Khai? Bagaimana hubungan Amri dan Lynd akan berakhir? teruskan membaca episod 6. Akan datang..

5 comments:

Lelaki Ini said...

apa kata ko hntar novel ko pg alaf 21???

Khai said...

Umar: tu la..ak igt nk wt cmtu...kang Ramlee Awang murshid xde keje lak..ekeke ;P

shazleen nur said...

semakin menarik
*drpd : klab kipas mati,hha :)

Khai said...

Leen: gracias2.. :)

nurfadhilah ismail said...

wah...best2x!!!