Friday, June 18, 2010

Email kepada Bill Gates

TO: Bill Gates

FROM: Mr. Car Bend Doe Land
Selamat pagi Mr. Gates,
Tujuan saya email encik kerana ingin mengomen tentang Windows XP,Vista dan 7.

  1. Kenapa saya hanya jumpa button START.Tetapi tidak jumpa button FINISH.
  2. Kenapa Windows XP hanya ada X dan P? Mana lagi 24 huruf yang lain?
  3. Saya memohon agar Encik Gates menukar program run kepada walk,kerana setiap kali saya menekan button run,komputer saya berlari sampai ke tenggara Malaysia.
  4. Saya juga sedang menunggu produk terbaru encik.Harapan saya agar encik cepat2 mengeluarkan produk Door atau sebagainya kerana produk Windows telah lama dipasaran. Pengguna akan merasa cepat boring.
  5. Dukacita saya amat kecewa apabila saya menekan butang search tapi tidak dapat mendengar lagu2 seperti Pawana,Tiada lagi,Isabela dan sebagainya.Sebagai pengguna Windows,saya harap encik dapat menambah koleksi lagu2 dari otai rock seperti Wings,Spring,Slam dan sebagainya.
  6. Saya dapati ketika ini pasaran Windows 7 sedang meningkat,saya tertanya2 di mana versi 1-6 dijual?
  7. Adakah normal komputer sleep tidak berdengkur? (saya tidur berdengkur)
SETAKAT INI SAHAJA SOALAN SAYA.
PECAH KACA PECAH GELAS
LEPAS BACA HARAP BALAS

SEKIAN TERIMA KASIH

~CAR BEND DOE LAND~
***********************

11 comments:

Jantan Keparat said...

hahahaha!!!!
mental!!!!!

senandung semalam said...

hahhahahaa...
lawak r ko...
tp betol gak ape yg ko tulis ni..
ahahhaa

reen_sofee said...

hahahaha
jenuh laa si bill gates tuh nak paham weh!
hahaha
mau parkinson die bace surat ko! ahahah

apih el nino said...

kau tolong taip surat camni gak untuk aku. pastu hantar kat yang reka computer. kau tanya kenapa ada 2 shift, ctrl dan alt? pastu tanye lagi kenapa ada F1-F12 je? last skali tanya dia kenapa spacebar keyboard panjang sangat? aku stress fikir mende ni!! dah la spain kalah!! warrrrrgggggh!!!!

pecah gelas pecah kaca,
sila balas lepas baca.

Khai The Kerozer said...

umar

haha..mental kan..

Khai The Kerozer said...

senandung semalam

ttbe idea giler datang..ni antara asignment Bel260 ak dlu..wakaka

Khai The Kerozer said...

reen

tawu xpe...kalo dier bce..dier kne gune google translate lar..huhu

Khai The Kerozer said...

apih
adoyai...mau 3 ari 3 mlm aku nk wt surat cm tu...giler kowt...ko jer la buat...
a'ah..betol gak kn... knape kne ade 2...spacebar pnjang lak tu..huhu
idea bernas..bagus2..

pecah gelas pecah kaca
aku dh balas sila baca..

hans said...

ini Bill Gates baca xsempat habis dia dah bakar dah
hahahaha

apih el nino said...

dulu laptop aku ada 1 je shift... sebab shift yg sebelah kiri ni dah tertanggal sebab aku ghairah sangat main need for speed most wanted... hahaha.

Khai The Kerozer said...

hans:ni email la..bukan surat.kui3

apih:ak da khatam NFSMW n NFSU2..huhu