Ep4
B-1-23,Blog B
“salah aku ker??”,bisik Meon dalam hati.
“Meon,aku nak pi dewan makan..hang ada nak pesan apa2 tak?”,tanya Farid,rakan sebilik Meon yang berasal daripada keluarga sederhana di Kedah.
Terkial-kial dan berkerut juga dahi Meon bila ditanya begitu.Dia tidak pernah keluar negeri selain Selangor. Malah dialek yang digunakan oleh Farid tidak difahaminya dengan tepat.
“No,thanks”,kata Meon sambil melemparkan senyuman kepada Farid.
“Caring juga mamat ni..”,bisik hati Meon.
Esok bermulalah Minggu Mahasiswa Mykhel. Pelajar baru di sini akan mengenali sejarah pertubuhan Mykhel University, pensyarah2,HEP,HEA, senior2 jurusan masing2,dan lokasi bangunan di sekitar Mykhel University.
Dalam satu sesi suai kenal, Hairil ditempatkan dalam kumpulan 7 dan Meon ditempatkan di dalam kumpulan 14. Ketika berada di dalam kumpulan itu,Hairil berkenalan dengan ramai pelajar baru di situ,salah seorangnya adalah anak cikgu yang berasal dari Melaka,Syaza.
Syazana Sofea seorang gadis yang kacukan Bugis dan Melayu. Sopan, mempunyai penampilan menarik, rambut ikal mayang, dan senyumannya mampu menggoda sesiapa sahaja yang melihatnya. Ayahnya adalah cikgu Bahasa Inggeris dan ibunya cikgu Matematik.
Sebelum mereka bersurai untuk rehat, Hairil menyapa Syaza....
Hairil: Hai Syaza..
Syaza: Hai Ril..saya panggil awak Ril boleh?
Hairil: A’ah..boleh jer..(tersipu-sipu)
Nama gelaran Ril adalah nama timangan yang dipanggil oleh mamanya sejak kecil. Apabila Syaza memanggilnya begitu,dia terasa sayu mengenang mamanya yang banyak membantunya dalam kehidupan seharian. Sekarang dia harus bersendirian melalui liku2 kehidupan yang penuh ranjau ini.
Syaza:Ril..Are you okay??
Hairil:A’ah..ok jer..hehe..you da makan?
Syaza:Tetibe jer you pulak..tadi saya awak jer..
Hairil:Eh..yeke? (sedikit gelabah)
Syaza: Lawak la you ni..I tak kesah..belum lagi..you nak belanja I ke? (ketawa)
Hairil:Hehe..jom la..I belanja..
Maka dua sahabat ini berjalan menuju ke kafe yang tidak jauh dari situ.
To be continue.....
2 comments:
lagi.
xsbaq nk tggu.
haishh sbb tu ku suka bca novel.
adoiii
hehehe...sebentar yaaaa
Post a Comment