Laluan Inspirasi Siswa
Pada masa yang sama……
“Meon..hang course apa?”,tanya Farid kepada Meon.
“Aku …aku ambil fotografi”,kata Meon.
Mereka berbual panjang pertama kali semenjak berkongsi bilik ini. Kebetulan selepas bersurai, Meon ternampak Farid dan mereka berjalan bersama-sama pulang ke bilik.
Meon: Kau ajar aku cakap Kedah boleh?
Farid: Boleh ja..tak dak masalah haih..awat? Hang tak paham ka aku cakap pa?
Meon: Awat tu ape? (terkebil-kebil)
Farid: Awat tu kenapa..orang KL ckp..asal..haha (sambil tergelak)
Meon: Hahahaha…ooo..faham2..aku ajar ko KL..ko ajar aku Kedah..set..(menghulurkan tangan)
Farid: Orait..set..(sambil menampar tangan Meon)
Semenjak daripada petang itu,Meon dan Farid menjadi kawan baik,kemana sahaja Meon ada,disitulah adanya Farid. Semenjak kehadiran Farid, Meon terlupa akan kegalauan hatinya ke atas keceluparan mulutnya terhadap Hairil.
Kehidupan di kampus begitu menerujakan pelajar2 baru. Berjumpa kenalan baru, kekasih hati baru, tugasan yang banyak, perangai pensyarah yang pelbagai ragam dan bermacam-macam lagi. Setiap jurusan mempunyai bangunan fakultinya sendiri,oleh itu Hairil dan Meon jarang sekali bertemu walaupun mereka berjiran.
Seminggu kemudian….
2.30 petang,Kafe Sentosa,Mykhel Universiti
Meon dan Farid memasuki kafe setelah selesai menunaikan suruhan Yang Maha Esa, mereka telah berjanji untuk makan tengahari bersama. Mereka duduk di meja hujung sekali, di belakang mereka ialah pasangan kekasih.
Apabila Meon memusing badan ke belakang untuk memanggil waiter di situ dia terlihat Hairil bersama seorang wanita sedang makan bersama di meja belakangnya itu. Dengan teragak-agak,Meon menyapa Hairil
Meon: Er…er…Hairil..
Hairil: (menoleh)..Ya..
Meon: Aku nak minta maaf pasal hari tu..
Hairil: Dah barape lame ko tak datang bilik aku?
Meon: Aku takut ko halau aku..(nada perlahan)
Hairil: Meon..Meon…sentiasa rasa diri ko tu bersalah (sambil menghulurkan tangan)
Meon: Thanks Hairil..(berjabat tangan dan memeluk Hairil)
Hairil: Aku nak perkenalkan..ni girlfriend aku..Syaza
Syaza: Hai..
Meon: Hai..
“Hairil..Hairil…poket kempis konon…nyesal aku tunjuk awek ni kat ko”,kata hati kecil Meon. Syaza itulah perempuan yang ditunjuknya dahulu kepada Hairil. Ternyata tunjukan rambang itu akhirnya menjadi kenyataan.
Meon:Ni kawan aku..Farid..dari Kedah..Farid ni Hairil..best friend aku and ni Syaza,awek dia…(sambil menunjuk kearah mereka)
Farid: Farid (berjabat tangan)
Hairil: Hairil (berjabat tangan)
Meon: Awek dia ko tak nak tegur ke?
Farid: Tak larat nak tegur dah..classmate aku (sambil tersenyum)
Syaza: Yer…tak sempat nak cakap…
Hairil & Meon: OOooo…kenapa tak cakap siang2??
Farid: Siang lagi ni…
Hairil dan Meon memandang sesama sendiri, lalu berderailah gelak tawa di dalam kafe itu.
to be continue.....
No comments:
Post a Comment