Wednesday, June 2, 2010

Impian.Cinta.Ilmu

Ep 3


Hairil:ingat aku jahat macam ko ker?

Meon:haha..aku jahat ker?? ko macam la tak kenal aku..ayah aku tu..dia bagi duit baru aku ambil,kalo dia tak bagi..xde masa aku nak mintak..ko lain..nak ape sume boleh dapat...intan payung la katakan…haha(gelak)

Hairil diam seribu bahasa.Meon dapat merasakan dia terlepas cakap.

“Sorry bro..”,kata Meon kepada Hairil. Hairil berlalu pergi tanpa mempedulikan Meon.

Hairil berjalan ke Kolej blok B untuk masuk ke bilik sambil membawa barang2 keperluannya. Sejenak kemudian,keluarga Hairil pun muncul di blok B itu. Mereka membantu Hairil mengemas bilik dan menyusun segala barang keperluan Hairil.Sedang mereka leka mengemas bilik..

Hairil:Abah pegi mane tadi?

Datuk Borhan: Abah terjumpa kawan lama abah waktu kat kolej dulu..

Iqhmal:Aii..boleh pulak terjumpa yer..(nada perli)

Datuk Borhan:Yela..dah memang abah Nampak dia..abah tegur je la….kau ni pun..

Iqhmal: Hehe….abah,balik ni kita singgah Megamall kejap erk..(tersengih)

Umi Kalsom:Kalau dah singgah Megamall tu tak sekejap la sayang oii..

Hairil:Time aku masuk sini..ko da mula nak bodek2 abah pulak

Iqhmal: Ala…macam la kau tak penah buat…(sambil menjelir lidah kepada Hairil)

Datuk Borhan: Dah2..keje nak gado jer dua beradik ni…Mal..kamu nak cari ape kat sane?

Iqhmal: Ade la sikit bah..preparation nak pegi Kenyir..kan sekolah ada buat lawatan sambil belajar ke Terengganu…

Qistina: Abah!! Abang Mal nak beli kamera…(sambil senyum kepada ayahnya)

Iqhmal:M M-Mane ade..nak survey2 jer..(teragak-agak)

Umi Kalsom: Kan dah ada kamera kat rumah tu…cukup la..10MP..ok la tu..

Iqhmal: Ala…Mal nak DSLR..kamera digital tu biase jer..(merengek)

Hairil: Banyak songeh la kau ni (sambil menarik Iqhmal ke satu sudut dalam bilik)

Tanpa disedari kaum keluarganya yang lain,Hairil berbisik dengan Iqhmal.

Bro..lepak r..cakap nak beli ngan aku”,bisik Hairil kepada adiknya. “Memang la..duit aku tak cukup lagi 200..kalo abah pegi London minggu depan..melepas la aku”,jawab Iqhmal.

Hairil sambil memandang Iqhmal dan membiarkan anggota keluarganya yang lain sedang sibuk mengemas dan menyusun barang dalam bilik itu.

Hairil: Lawatan bila?

Iqhmal: Next week..sama hari abah pegi London.

Hairil:Abah pegi London buat apa?

Iqhmal: Jumpa klien..projek pasal enjin kereta yang baru.

Hairil hanya mampu merenung ayahnya.Dia dapat melihat kesungguhan ayahnya yang ingin menjadikan syarikat HIQ sebagai pengeluar kenderaan no 1 di Malaysia. “Aku mesti study sungguh2..HIQ akan jadi pengeluar kenderaan terulung suatu hari nanti.”,bisik Hairil dalam hati. Kesungguhan ayahnya untuk mencari sesuap nasi kepada keluarganya adalah faktor utama dia mengikut kehendak ayahnya itu.Dia telah berazam untuk menggunakan wang saku yang di perolehinya sendiri tanpa meminta kepada ayahnya untuk membeli apa yang dihajatinya.

To be continue...

2 comments:

Dyna Yvonne said...

wah...
tiba2 aku rse semangat bile baca cite ni..
keep it up beb~

senandung semalam said...

mkn menarik..huhuuu