Tuesday, December 7, 2010

Kisah Aku Cinta Kamu Ep4





Baik kau balik Khai. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi!!

Herdik Amri kepada Khai.

Begini cara kau melayan seorang senior yang telah tolong kau banyak benda. You deserve it Am... The one who suppose to go to Notre Dame is me not you. But you reject that offer because of Lynd, so pathetic.

Khai meninggalkan pejabat Amri dengan rasa yang amat kesal apabila dia kembali teringat kisah silamnya.

*****

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
di suatu tempat selepas tamat waktu kuliah

Amri: Khai, aku dapat tawaran degree kat Notre Dame.

Khai: Wow..biar betul? best lah..kau pergi kan?

Amri: Tak kot, aku sayang Lynd.

Khai: Kalau betul kau sayang Lynd, better kau pergi. Tahu lah aku handle Lynd tu..

Amri: Tak Khai. Aku takkan tinggal Lynd seorang diri kat sini.

Khai : Kalau surat tu boleh tukar nama aku, aku tak perlu paksa kau pergi... Peluang macam tu cuma hadir sekali seumur hidup...

Amri: Khai....ke mana sangatlah Notre Dame tu. Kalau aku berjaya nanti, aku akan buat Khai Universiti untuk kau (sambil tergelak)

Dengan perasaan cemburu dan marah, Khai meninggalkan Amri dalam keadaan tergelak keseorangan di situ. Notre Dame adalah tempat terbaik untuk belajar tentang dunia perniagaan yang penuh pancaroba ini, sebagai buktinya, Jeff hasil terbaik Notre Dame University sepanjang sedekad penubuhannya.

********
Lapangan Terbang Antarabangsa KL

Khai menuju ke satu kaunter daftar masuk Al-Fin dan bertanya kepada pegawai yang bertugas disitu. Kemudian dia bergegas ke hujung bangunan ke sebelah kiri dan masuk kedalam sebuah bilik.

Khai: Ada apa?

Alisa: Apa rancangan kau?

Khai: Kalau tak ada apa-apa aku nak balik sekarang..

Alisa: Kau jangan fikir aku tak tahu. Apa kau buat di office Amri?

Khai: Aku nak bawa dia ke Al-Fin. I know his potential but he doesn't want to be with us. Aku akan guna sepenuhnya Lynd sebagai musuh sebenar dia.

Alisa: Kau jangan nak memandai Khai. Aku dah serahkan tugas ini kepada Jeff. kau tak ada hak nak masuk campur.

Khai: Demi kepentingan syarikat, Jeff perlukan aku.

Alisa: Apa yang kau merapu Khai? Khai hanya keluaran UiTM, Jeff keluaran Notre Dame.

Khai: Tricky play kalau tiada jangkaan dan Plan B tak kan kemana...

Alisa memandang Khai dengan pandangan yang tajam, seolah-olah harimau yang ingin membaham mangsanya. Sementara itu Khai hanya melihat Alisa tanpa sebarang reaksi.

Tak stim langsung...

Kata-kata Khai telah buat Alisa tertunduk dan melihat rupa badannya. Sememangnya itu kelebihan Khai. Mampu membuat orang lain berasa rendah diri dengan hanya sepotong ayat dan renungan yang menyakitkan hati walaupun dengan majikannya sendiri.

Khai : Kau cantik, tapi kau garang...

Alisa: Sudahlah Khai. Annoying....

Tiba-tiba pintu bilik diketuk.

Saya dari Jakim dan dapat tahu kamu berdua sedang berasmara dalam bilik ini.

Alisa: Dekat sini juga kau nak buat lawak Jeff.

Jeff: Sorry my boss..tak kan gurau senda tak boleh kot?

Alisa:Stop it. Apa benar kau perlukan Khai dalam permainan ini?

Jeff: Khai?? Nak buat ape? Buat semak boleh lah... (menjeling sinis kepada Khai)

Alisa: Khai..kau dengar tu? Kau boleh balik sekarang....

Khai hanya membisu.

Jeff: Boss..relaks okey? Aku perlukan bantuan Khai. Absolute prediction penting dalam permainan ini. Aku juga yakin Khai dah ada Plan B dan C.

Khai: Jangkaan aku tak pernah meleset. Tender penerbangan KL ke Eropah dulu pun hasil Plan B aku.

Alisa: Okey. Khai and Jeff. Do whatever you want to stop domination MAS even you die.

Khai: Boss..kau jangan lupa satu benda. Penumpang lebih gemar flight yang direct kalau dalam negara. Air Asia juga lawan kita.

Jeff: Dari segi kualiti mungkin mereka kurang, tapi pilot mereka semua laju2.

Alisa: Nanti aku fikirkan. Kamu berdua perlu naikkan hasil dan net profit Al-Fin dulu baru senang kerja kita seterusnya.

Khai & Jeff: Pinjam duit kat Bank Negara..

Alisa: Hoi..kau berdua gila??

Khai dan Jeff hanya ketawa. Khai telah merencanakan sesuatu dan memelukan pertolongan Jeff sebagai ancaman kepada Air Asia dan Khai sendiri akan mengatur strategi menentang CEO MAS dan Financial Manager, Datuk Amiruddin dan Amri.

Sementara itu di Pejabat MAS.

Amiruddin: Amri, kamu dah bersedia untuk ini?

Amri hanya tersenyum. Rancangan harus dilaksanakan. Misi bermula.

bersambung........

4 comments:

Anonymous said...

adoyai!
kalo ak dpt twrn tue..
ak pergi jewk!

Khai said...

umar:
ahaha...kalo ak pun same..huhu :P

DanieL AdiE said...

hai khai...
i'm ur new follower...
jom2 follow me back..


Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/ilmu-baru.html

Khai said...

aide; thankz bro..feel free 2 kcomment my post n story..im more appreciate if u click my nuff too..hehe :)