Monday, January 31, 2011

Contest Bergambar: Saya Sayang Kawan-Kawan Saya

Yaa-Haa

Sedang aku golek golek blog ke blog, aku nampak contest ini. Sangat menarik. Join? Of course!

Ini banner nya.

Cantik kan banner contest dia. Click pada banner utk sertai Contest


Ok. Aku nak letak tiga gambar. Sebab? sukati aku lah.Hehe

Pertama:


Kedua:
Ketiga:


Saya sayang kawan saya kerana mereka adalah dadah. Saya tak boleh hidup tanpa mereka. Mereka adalah insan ke 2 terpenting selepas keluarga saya. Saya sayang mereka. Tanpa mereka saya tiada apa apa. Tanpa mereka, saya tidak berada disini sekarang. Tiada mereka, saya bukan seperti sekarang. Kawan saya adalah kawan sedih dan kawan senang. Mereka itu emas bagi saya. Sangat sangat bernilai. Kawan yang tinggalkan kawannya adalah sampah. Lebih jijik dari sampah masyarakat. Sayangi lah kawan anda. Lebih daraipada 50 patah perkataan kan? hehe


Ok. Ni aku tag 3 orang kawan aku.

 
 
Amik amik..jangan malu malu.

Adios...

Aku jatuh cinta

Yaa-Haa

Siapa cakap aku tak percaya cinta pandang pertama. Ya. Kali ini aku percaya pada cinta pandang pertama. Aku selalu dengar orang bercakap tentang dia. Ramai kata dia cantik, tapi aku tak pernah tengok. Kata mereka dia complicated. Lain kita harapkan, lain pula yang kita dapat dari dia. Dia pula ada banyak warna. Perlu berhati-hati dalam memilih keputusan. Sumpah aku takut nak berkenalan dengan dia. Ada juga orang cakap dia murah, murah sangat! OMG! Rugi lah. Cantik tapi murah. Ini lah dunia. Penuh dengan pancaroba sehingga dia hampir tidak bernilai di mata mereka.
 
Siapakah dia?
 
 
Hari ini aku berpeluang berkenalan dengan dia setelah aku berjalan jalan di blog Syafiq Bajet Hot eh bukan Syafiq Static Hot. Syafiq buat review tentang dia.
 
Kamera Lomo Blackbird FLY.
Aku sangat suka tengok kamera ni. Kamera ini merupakan twin lens relfex. Ia ada 2 lens. 1 lens digunakan untuk menghasilkan gambar dengan efek filem manakala satu lagi lens menggunakan viewfinder. Kamera ini menggunakan filem ok. So, sekali snap itu lah hasil kita, tak boleh nak adjust atau padam gambar tersebut.

Ini speksifikasi kamera tersebut.
Tak guna bateri. Bagus sangat.

Ini antara hasilnya:


Cantik kan?

Harga kamera ni sekitar RM400-500 sahaja. Murah kan. Dah la cantik, murah pula tu.

Ini ada sedikit gambar untuk tatapan anda :)

 Classic but nice

 Viewfinder


Ada 5 warna :)


Untuk review penuh sila klik sini.
Credit to Syafiq Static Hot.

Adios...

Sunday, January 30, 2011

Pertandingan: Apa itu kitar semula?

Yaa-Haa

Setelah mengubah segala bagai design sehingga kembali ke asal. Aku menggunakan sepenuhnya kemudahan internet kelajuan tinggi di rumah. Tak macam dekat rumah sewa. Agak hampeh di situ. Aku blogwalking sehinggalah sampai ke sebuah blog mamat ni.

Dia buat pertandingan. Bukan contest. Ada beza ke? Tak kisah lah kan. Aku nak try masuk pertandingan ni. 

Click pada gambar untuk menyertai pertandingan

Ok.

Kitar semula dari perspektif aku adalah barang lama yang diguna semula menjadi barang terpakai. Tapi aku nak cerita kitar semula dalam bola sepak. Jadi tajuk entry akan jadi seperti ini.

Kitar semula dalam bola sepak Inggeris.

English Premier League atau sekarang dikenali sebagai Barclays Premier League telah menjadi kegilaan dan kewajiban setiap hujung minggu bagi sang bola tak kira lelaki mahupun wanita. Terdapat 4 pasukan utama yang digelar sebagai Big Four iaitu Manchester United, Arsenal,Liverpool dan Chelsea. Tetapi kini mungkin tempat Liverpool bakal diganti dengan pasukan yang semakin meningkat seperti Aston Villa, Tottenham Hotspurs dan Manchester City. Mungkin anda pernah dengar nama Alex Ferguson, Arsene Wenger mahupun Jose Mourinho. Tetapi pernahkah anda mendengar nama Sam Allardyce dan Harry Redknapp?

 Sam Allardyce

 Harry Redknapp


Dua orang pengurus berwibawa ini telah mengangkat pasukan lemah bertukar menjadi giant killer dalam saingan liga inggeris. 

Mereka berdua datang dari tempat yang berbeza. Berbeza falsafah dan idealogi tetapi mempunyai kekuatan yang serupa iaitu,
Mengangkat pemain terbuang menjadi pemain terbilang
Itu juga dipanggil kitar semula. Sebagai contoh, El Hadji Diouf. Setelah cemerlang dalam Piala Dunia 2006 bersama skuad Senegal, beliau terus di rekrut oleh Liverpool tetapi prestasi tidak menentu dan corak permainan pantas Liverpool gagal buat Diouf menempatkan diri dalam kesebelasan utama. Dia menjadi pemain terbuang. Surplus requirement kata orang kampung aku. Keperluan berlebihan. Senang cakap, sampah lah.
 Akhirnya Sam Allardyce telah memberi harapan baru buat Diouf dengan membawanya ke skuad lemah Bolton Wanderers.  Sam Allardyce bijak menggunakan kepakaran dan kekuatannya. Mencari pemain terbuang dan kini mereka naik semula menjadi pemain yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Rafael van Der Vaart, Peter Crouch, Robbie Keane, adalah nama besar bola sepak suatu ketika dahulu, pernah jatuh dan kini mereka meniti naik semula seperti dahulu dibawah bimbingan Harry Redknapp.

Jika ingin disenaraikan, terlalu ramai pemain terbuang yang kini telah diguna pakai semula dan diberi kepercayaan penuh oleh pengurus mereka sehingga menjadi pemain terbilang. Alan Smith, Louis Saha, Nicholas Anelka, Thierry Henry, Roy Keane, Paul Ince, Kieran Richardson, Sean Evans dan ramai lagi pemain bola sepak yang sebenarnya adalah sampah tetapi kini mereka naik semula meniti nama dipersada dunia.

Jangan sesekali ingat bahawa kitar semula hanya untuk barang keperluan harian. Manusia juga sampah, manusia jugalah emas. Terpulanglah cara untuk membentuknya jadi sebagaimana yang kita inginkan.
Think about it.

Adios.. 


Saturday, January 29, 2011

Back To Basic

Yaa-Haa

Back to basic. Back to black. Simple but nice. Harap maaf, entry entry yang terdahulu tidak dapat dibaca kerana warna font adalah hitam. Untuk membaca anda hanya perlu highlight entry itu sepenuhnya dan enjoy your reading. Kesulitan amatlah dikesali. Maaf.

*dah macam orang repair jalan dah.

Friday, January 28, 2011

Dunia DSLR

Yaa-Haa

Aku sudah berada di rumah. Seronok rasanya melayari internet dengan kelajuan yang laju. Amat puas! Kira-kira setengah jam yang lalu aku blog walking blog fotografi dan website Mudah dan DPReview. Saja usha usha DSLR. Seronok rasanya berada dalam keadaan begitu. Hampir semua blog fotografi aku buka sampai laptop aku hang about 3-5 minutes. Demm!!

Dah nama pun blog fotografi, semestinya banyak blog yang memaparkan hasil terbaik snap mereka di khalayak. Dari sunset hingga ke potret. Macam macam jenis gambar aku tengok. Kepala otak pun dah tepu bila memikirkan shutter speed dan bukaan aperture pada setiap gambar yang aku tengok. Itu belum masuk ISO dan White Balance lagi. Penatkan bunyinya?

Propa sahaja. Tak penat sangat pun. Semester ni aku nak jimat duit. Cuti semester ni kalau saving aku ada dalam sekitar RM800, so semester depan aku akan dapat balik title photographer. Haha. Sukanya.. Actually rookie photographer. Sem depan gua mau angkat sebijik kamera DSLR. Entry level sahaja.

Antara dalam top list ialah:

-Nikon D3100
 
Beauty with Intelligence | better than D3000


-Nikon D5000

Flip flap | aku suka sebab LCD boleh tutup. :)


-Canon 1000D

Aku dah pernah guna ini dulu. Sangat best. :)


-Canon 450D


Last resort maybe. :P


Apa apa pun kena tunggu perkembangan semasa kewangan aku. Kalau semua berjalan dengan lancar. Alhamdullilah. Semester depan (Bulan 6-7), blog aku akan dipenuhi dengan gambar-gambar permandangan. :)

Bersabarlah wahai Khai, lepas ni bolehlah test skill dengan Cik Pqa dan Mr Dat.


Dan kalau aku dah dapat benda alah ni. Top list aku untuk aksesori pula ialah:

-Tamron 18-270mm

Benda alah ni sangat-sangat penting. Senang aku bawak 1 lens jer, tak perlu nak tukar tukar.

-UV filter/ Creative filter


Filter digunakan untuk memanjangkan lagi jangka hayat lens.

Nak tahu macam mana rupa bentuk gambar bila guna creative filter? Ini contohnya.


Klik jika rabun warna :P
Perlu ke aku explain untuk UV filter?

-Tripod

Selalunya, tripod yang free gift tu ringan. Aku nak tripod yang berat. Senang nak snap light trail dari jejantas Central Square tu. Tendency nak dapat gambar blur pun berkurang.

-Speedlite

Benda alah ni aku tak reti guna sebab aku tak pernah guna. Tapi aku akan dapatkan juga one day.


Ok lah. Aku ni dah macam anak merengek kat papa minta belikan mainan. Apa apa je la. Yang penting aku nak!

Oleh itu, kalau dah baca entry saya ni. Abang yang hensem lagi bergaya, kakak dan adik yang cantik lagi manis, click la Nuff saya. Anda click saya bahagia. Saya kaya anda bahagia.

hehe

Adios..

Thursday, January 27, 2011

Cuti cuti juga, tapi jangan lupa

Yaa-Haa

Hari ni kelas habis sekitar pukul 12 tgh hari tadi. Dekat Dataran Ilmu tadi parking kereta lengang, motor apatah lagi. Tercatuk motor aku sorang sorang kat situ. Motor itu seorang. Apa kejadah Bahasa Melayu kau Khai.

Ramai juga yang dah balik terutamanya coursemate aku, tapi sekarang dah upgrade jadi classmate untuk 2 kelas. Nabilatul Husna. Dengan bangganya aku cakap Husna dah balik kat Madam Sutina dalam kelas Eco tadi. Haha. Seronok juga kantoikan orang ni. Biar dia dapat telur ayam dekat kehadiran tu. Hehehe.

Holiday | Aku bagi RM50 sapa tak suka cuti.


Sebenarnya, tak ada effect pun. Baliklah bila pun, tetap sampai juga. Kecuali bas masuk lorong yang tak sepatutnya atau badan bas terbelah dua. Ok. Stop nonsense Khai.

Bagi aku cuti  seminggu ni seronok, cuma yang tak seronoknya bila dah masuk balik. Presentation, kuiz, submit assignment. Jadi haruslah guna cuti seminggu ni buat benda alah tu. Study, study dan study.Cuti ni juga aku nak sambung research aku tentang company Carlsberg. Research yang aku perlu buat untuk 1st assessment untuk BEL312. Not enough playtime this semester. I wanna be grown up boy. Not cry baby student. Aku tak nak mengeluh, tak nak menyesal, tak nak fail dah lepas ni. Aku nak berubah. Biarlah perubahan itu orang tak nampak tapi mesti ada sedikit effort untuk merealisasikan matlamat itu.

Apa lagi aku nak tulis? 

Sambil aku selongkar file lagu aku dalam laptop ni. Aku terbuka lagu Boneca-Tunjukkan Aku. My BFF bagi lagu ni kat aku. Semalam entah berapa kali aku ulang main lagu ni. Dah macam orang angau semalam. BFF aku siapa? Nantilah aku cerita. :)

Boneca-Tunjukkan Aku

Aku nak browse tenet. Usha baju kebangsaan negara-negara lain. Untuk pakai dinner nanti. Fira ajak aku jadi pasangan dia. Aku pakai baju melayu, dia pakai baju pengantin. Hell NO!!!

Tema dinner semester ni, National Wedding and Cultures. Macam mana tu? Aku sendiri pun tak faham. Nanti aku cerita.

Adios....

Wednesday, January 26, 2011

Dunia yang satu lagi

Yaa-Haa

Membetulkan posisi motosikal. Tongkat motor menggunakan tongkat dua yg berada di tengah motosikal. Duduk di atas seat sambil membaringkan diri mengadap hiasan langit terbentang luas. Luasnya. Bintang berkerdipan menyinari langit, kadang kadang disembunyi awan. 

*sambil berangan petik gitar dan nyanyi lagu Kau Ilhamku pada waktu malam. :P

Entah kenapa aku suka sangat lepak diluar begini. Sangat tenang rasanya. Tanpa menghiraukan keadaan yang sunyi di sekeliling, terus berada dalam dunia sendiri. Dunia yang satu lagi. Dunia dimana kita adalah watak utama dan kita jugalah directornya. Dunia yang penuh fantasi dan realiti yang menyakitkan berubah menjadi realiti yang sangat indah. Itulah dunia khayalan. Tiada siapa yang mampu mempengaruhi kita di dunia buatan kita. Hanya di dunia itu kita mampu jadi apa yang kita hajati. Dunia tanpa sempadan yang hanya tercipta untuk kita. Kita berfantasi dengan cara kita sendiri. 

Kajian sains menunjukkan sesiapa yang suka berangan dan berfantasi, otaknya lebih baik dalam menghasilkan keputusan dan mampu meningkatkan daya kreativi dalam diri. Sangat sesuai untuk pelajar seni. Aku suka berangan. Sangat suka. Hampir setiap malam sebelum tidur aku mengimpikan sesuatu yang aku ingin kecapi dan sentiasa memohon kepadaNya. 

2 3 hari ni, hati aku meronta. Nak DSLR. Ingat DSLR murah Khai? Dulu ada sebijik,pergi jual.Bodo! =_=!
picture describe everything..that's photography

Tuesday, January 25, 2011

“ Your first 10,000 photographs are your worst." – Henri Cartier-Bresson

Yaa-Haa

“ Your first 10,000 photographs are your worst." – Henri Cartier-Bresson

selalu orang tanya aku kenapa aku simpan gambar-gambar yang lama,blur,senget dan sebagainya. Aku rasa korang dah tahu jawapannya. Mencuba untuk jadi yang terbaik haruslah lihat ke belakang tanpa pusing atau patah balik. Cuma berpaling ke belakang bukan berpatah balik.

10,000 gambar,10,000 shutter,1 DSLR

selepas itu....

You're Pro!! 

Sunday, January 23, 2011

Selamat Hari Lahir Afif dan Eric

Yaa-Haa

Tengah hari tadi  di UiTM, aku terjumpa kawan aku. Dia sedang leka buat kerja. Aku borak kejap dengan dia kemudian aku keluar dari bilik dia.

Eric: Khai??
Aku: Yup. Pehal?
Eric: Tak de ape. (nada kecewa)

Akibat perut sudah bekeroncong, aku pun balik. Malas nak layan kerenah dia. Balik jer ke rumah, terus buka FB. FB ni peti sejuk yang penuh dengan fastfood. Harapan!!

Facebook lah. Dekat birthday list tu, timbul nama dia. Ismadi Muhammad Nordin.

Patutlah dia panggil aku time aku nak keluar. Mengharapkan wish birthday rupanya. 
Oklah bro. Aku wish dekat sini.

Selamat hari lahir Ismadi Muhammad Nordin. Ko memang kawan baik aku.

Hari ini juga adalah hari yang bersejarah buat Apih El Nino atau nama sebenar beliau Afif Rasydan. Kalau tak silap aku la....

Semakin hari kita semakin berusia, semakin matang dan semakin bijak buat keputusan. Aku harap aku mampu meneruskan usaha untuk berjaya seperti mana 2 orang kawan aku ni. 
Ismadi @ Eric dan Afif @ Apih.

p/s: P1 Wimax atau Streamyx?

Saturday, January 22, 2011

Bukan aku minta

Yaa-Haa

Kembali kepada mood penulisan biasa. Mood jiwang mati seketika. Nampaknya ada juga orang mempersoal kelayakan aku membuat poster. Ok. Aku admit, I'm still in learning process. Aku tak cekap lagi menggunakan CS3. Walaupun ramai yang dah guna CS5 tapi aku masih menggunakan CS3. I'm Loser.

Photoshop | Make your artwork easy
Kepada Anonymous,

Poster sportday aku buat semester lepas adalah yang terburuk. Aku tahu. Itu hasil kerja terburuk aku. Tapi nobody are perfect. Sedikit pun aku tak kisah andai tugas Exco Publisiti ini diambil oleh orang lain. Sedikit pun aku tak kisah. Ketika proses undian dijalankan, aku tiada disitu. Apabila aku tiba di meeting malam itu, nama aku sudah pun tertulis di whiteboard. Apa aku nak kata?.
 
 Aku bukan jenis yang merengek minta macam macam. Apabila orang bagi kita tugas. Itu bermakna orang percaya akan kebolehan kita. Orang tahu kita mampu berikan yang terbaik. Bagi aku, cara terbaik  terima tugas tersebut adalah terima dengan hati dan tangan terbuka dan jalankan tugas itu dengan mulut yang tertutup. Thats all. No offenses.
Effort makes work done easily
p/s: kalau tak puas hati dengan hasil kerja aku, sila komen dan berikan idea. Kalau rajin, tolong buat poster untuk aku. Aku boleh relaks. Chill..

p/s: dinner SISDA tanpa DSLR, tapi katanya Cik Pqa dah beli Nikon D90. Sangat menerujakan :)

Gelap dalam malam, sunyi dalam tenang

Yaa-Haa

Entry ini berentak perlahan dan jiwang. Jangan baca ketika mendengar lagu rock. Harap maklum.

Malam ini aku sendiri. Menikmati malam yang gelap di anjung rumah. Melabuhkan punggung di atas seat motor EX5 kawan. Memandang ke langit. Tiada awan, hanya ada bulan purnama tegap memantulkan sinar cahaya hasil kuasa sinaran matahari yang berada di dunia sebelah lagi.

Matahari sentiasa berputar sehingga terjadinya siang dan malam. Seperti kerja rutin tanpa rasa jemu. Tetapi aku? Masih disini, seperti dahulu. Tiada apa yang berubah. Tatkala menikmati malam yang tenteram dan damai, mata ku tertarik pada 2 objek yang dipanggil sebagai manusia. Duduk berdua-duaan. Tidak begitu jauh antara satu sama lain. Berborak, kadang kadang gelak. Gembira melihat pasangan 2 sejoli gembira sebegitu. Setelah salah seorang daripada mereka pulang. Malam menjadi semakin gelap, semakin sunyi. Hanya terdengar desiran angin meniup lembut menampar pipi.

Alone | Just feel better

Sunyi dalam malam. Sunyi dalam gelap.Sunyi dalam tenang. Itulah ibarat hati ku kini. Jauh dari kekecohan mahupun keributan. Jauh dari sebarang ancaman sang pencuri hati, jauh dari serangan virus yang mampu membuatkan hati tidak keruan, sehingga otak tidak waras dan membutakan mata hati. Itu lah virus cinta.

Kini aku bebas dari segala ancaman itu. Bebas menikmati hidup ini. Bebas dalam sunyi. Sunyi dalam gelap. Baru aku tahu betapa indahnya dunia tanpa kehadiran si jantung hati. Di saat ini. Aku hanya mampu tersenyum sambil melihat bulan. Ingin sekali ku tanya sama bulan. Adakah cinta itu mampu membuat manusia berubah?. Adakah bulan mampu menjawab bagaimana 2 hati menjadi satu? Adakah bulan pernah menjadi lambang cinta dan kesetian setiap kekasih.

Oh Bulan | Terang dalam gelap


Oh Bulan. Andai kata engkau boleh berbicara, katakanlah wahai bulan. Katakan manusia itu perlukan cinta seperti mana engkau perlukan cahaya untuk menyinari bumi dengan pantulan badanmu bulan.  Malam ini bulan sangat cantik. Mampu berdiri teguh tanpa kehadiran bintang bintang. Ingin sekali aku berdiri teguh seperti mu. Berdiri teguh dengan perasaan yang cukup kuat mengharungi semua pancaroba ini. Jalan yang aku bakal aku tempuhi  ini amat amat memeritkan. Andai aku sekuat mu wahai bulan. Mampu menerangi sebahagian bumi tanpa kewujudan bintang bintang di langit. Ingin sekali aku pergi kepada seseorang dan ucapkan I Love You. Tapi, hati ini.....

Malam ini, ku sendiri, tak ada yang menemani seperti malam-malam yang sudah sudah.........



bersambung......

Thursday, January 20, 2011

Saya pandai buat sup sesumpah

Yaa-Haa

Riak betul tajuk aku kan? Hari ni hari Khamis. Pergi ke kelas macam biasa. Lecturer yang pernah mengajar aku time Part 1 sudah berjaya mengingati nama penuh aku. Khairul Adilah. Tahniah Puan! Maka selepas ini nama aku akan sentiasa terpahat dibibirnya. Demm!! Selesai kelas yang pertama. Masuk pula kelas yang ke dua pada pukul 10. Tanpa Take 5 seperti selalu sesi pembelajaran diteruskan selama 1jam 56 minit. Otak tepu. Formula, jalan kira,term semua menjadi satu.Hahaha. Aku sendiri yang pening. Entah apa yang aku belajar tadi. Tajuk di atas tak ada kena mengena dengan entry langsung. Aku tengah ting tong.

Too much formula to memorize


Pukul 12 tengahari balik rumah dengan housemate. Tumpang motor dia sebab motor aku tak ada minyak. Motif sangat nak cerita tak mampu nak isi minyak. Najib!! Minyak mahal la dowh!!

Balik rumah, Top Chef ada kelas pulak. 2nd Chef kena masak. Siapa 2nd Chef? Aku lah! Khairul Adilah, pakar dalam memasak nasi yang lembut dan enak dan membancuh air yang not sweet just nice. Statement macam nak suruh orang maki je.

Masak | Lebih seronok dari makan

Ok. Dengan berat hati dan nervousnya mengangkat kuali dan letak atas dapur. Chef Khai memulakan masakannya.

-Sup Sesumpah
-Belalang Panggang
-Katak Goreng
-Jus Rumput

Sedap tak? 

Gila agaknya nak buat menu macam tu. Dah macam makanan eksotik dah.

Aku masak:
-Sardin dalam tin
-Ayam goreng yang frozen tu
-Telur goreng

Tu jer yang aku pandai. Tapi yang hairannya. Pujian melambung pula yang aku dapat.
Kerak ayam sedap lah. Nasi cun lah. Air sedap. Telur cair sedap. Hahaha

Korang tahu tak betapa nervousnya aku nak tunggu feedback korang? Tahu tak?
Tapi mindset aku cakap:
Tengahari, semua orang lapar.. Makan apa pun sedap.

Aku anggap pujian mereka tadi sebagai pujian orang lapar.Hahaha..

Gila ke apa? Tak pernah-pernah masak sardin dalam tin dengan goreng ayam. Tiba-tiba orang puji sedap.
Selalu dekat rumah mama jer yang masak. Eden tolong habiskan jer..Hehehe.

Malam ni awek angkat aku ajak pergi fun fair dengan classmate. Nak pergi ke tak?
Minggu depan ada meeting Dinner lagi. Cepatlah bagi aku info untuk dinner. Tangan dah mengeletar nak buat poster ni. Aku sekali lagi dilantik sebagai Exco Publisiti. Apa famous sangat ke aku ni?

Ok lah. Aku nak jadi orang Jepun kejap. Mengecilkan mata. Tido.

Wednesday, January 19, 2011

Promosi Trailer Be 'A'


Dia seorang sharpshooter. Agen rahsia di sebuah negara. Pernah menjalankan beberapa misi penting menyelamatkan negara tercinta demi keamanan. Seorang yang berhati kering. Menjalankan tugas berpandukan arahan tanpa sebarang pertanyaan. Tiada saudara mara dan hanya dijaga di sebuah pusat jagaan kanak-kanak sehingga berumur 18 tahun sebelum direkrut sebuah pasukan negara tersebut. BA, Brahmin Arman telah terlibat dalam kemalangan dan kehilangan ingatannya. Satu konspirasi menjatuhkannya sehingga dia tidak mengenali asal usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.

Tajuk : Be 'A'
Genre : Aksi, Suspens, Thriller,Fantasi
Penulis : Khai

Note: Segala watak dan jalan cerita serta nama tempat adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati. Sebarang info, mitos mahupun adegan politik adalah rekaan semata-mata. Cerita bersiri ini adalah hak milik sepenuhnya Khai dan tidak boleh ditiru atau mengubah dalam apa cara bentuk sekali pun. Plagiat itu HARAM.

Selepas percubaan kedua, Kisah Aku Cinta Kamu, Be 'A' adalah karya Khai yang seterusnya. Cerita aksi bersiri ini akan diterbitkan sekali sehari bermula 21 Januari 2011 (Jumaat) hanya di Pada Saat Ini (http://padasaatini.blogspot.com). Selamat membaca.

p/s: sila tinggalkan komen dan idea di ruangan komen supaya jalan cerita ini lebih menarik :)

Yaa-Haa

Tuesday, January 18, 2011

Akibat termakan provokasi, perjanjian gila berlaku

Yaa-Haa

Anda pernah berjanji? Selama mana perjanjian anda berlangsung? Apa yang terjadi sekiranya perjanjian itu dimungkiri? Berapa banyak nilai yang diperlukan untuk pampasannya? Dah macam soalan subjek undang-undang.

 
 
Kelmarin ketika aku lepak di kafe bersama beberapa orang rakan sekelas, satu perjanjian telah termaktub disitu. Berbekalkan 6 orang saksi kejadian aku telah termakan provokasi mereka sehingga sebuah perjanjian berlaku di situ. Iaitu :

Aku akan single sehingga habis Diploma.

Menurut saksi hari ini akan diadakan sesi menandatangani Perjanjian tersebut. Perjanjian ini tidak boleh dimungkiri dan jika aku mungkir pada perjanjian ini pelbagai kejadian akan berlaku nanti mengikut ketetapan 6 orang saksi tersebut. Tapi aku masih berpegang dengan qadak dan qadar. Semuanya kehendak Allah SWT. Jodoh dan ajal Dia yang tentukan. 
 
Bermula hari ini. Aku single but not available in 1 year and 4 months.
 
Statement kekwat nak mampus bila aku baca balik ayat tu. Biarlah.


p/s: Hari ni adik perempuan aku ambil ujian undang2 jalanraya, hopefully dia lulus :)
p/s: Tema dinner SISDA semester ini bakal menjadi satu kejutan besar.

Saturday, January 15, 2011

Full HD. Mengagumkan. Jakun nya aku.

Yaa-Haa

Mula-mula aku nak minta maaf kepada semua peminat Yuna dan semua Gentleman dan Ladies di atas kekhilafan aku merosakkan lagu Cinta Sempurna. Tak semua orang faham apa yang aku nak sampaikan dan maaf kepada sesiapa yang gagal memahaminya. 
 
Tengok tu! Tetap tak nak mengaku yang dia tu silap. Asyik nak orang je faham dia. Insaflah Khai.

Ok. Cukup. 

Bosan. Itu yang aku rasa sekarang. Sekarang aku sedang menonton bola secara live di hadapan tv baru. LG Full HD beserta Astro B.yond. Antara perlawanan yang sedang berlangsung sekarang adalah:

Chelsea vs Blackburn (CH 812)
Man City vs Wolverhampton (CH 813)
Stoke vs Bolton (CH 817 dan CH 831)

Aku sedang tengok di CH 831 Astro Supersport HD. Stoke vs Bolton. Walaupun team yang lawan tak best tapi kualiti video menyebabkan aku terpaku seketika menonton corak permainan sederhana dari 2 pasukan sederhana. Very smooth. Sangat seronok rupanya menonton dalam Full HD ini. 

Astro B.yond | More than you can imagine

Slogan tu aku memandai je reka. Aku sendiri tak tahu apa slogan Astro Byond. Entah ada ntah tidak.
Peluh, rumput berterbangan dan putaran bola begitu jelas kelihatan. Dengan Full HD ini aku dapat melihat kelemahan benteng Bolton di pertahanan kanan. 
 
Apa sebelum ini memang tak nampak kah kelemahan sesebuah team bila tengok bola? Ngada-ngada. 
 
Disebabkan HD ini juga membuatkan aku tak ingin lagi melihat perlawanan Chelsea mahupun Man City yang sarat dengan aksi bintang kelas dunia. Betapa jakunnya aku, inilah 1st time menonton EPL live dengan HD. Sebelum ini cuma Piala Asia je. Dah rasa macam dalam game aku tengok padang Piala Asia Qatar. Macam real!!
Hello!! Dalam tv memang real ok! Bukan kau main game. Apa daa!!

Kadang-kadang rasa diri ini diperbodohkan dengan teknologi. Mungkin orang lain sudah biasa berhadapan dengan keadaan sebegini, tapi aku? Jakun kan? Tapi tak apalah. Dapat juga merasa menonton bola dengan tv nipis dan HD. Sebelum ini asyik tengok bola dengan TV besar gerabak yang kadang-kadang warna pun dah kelabu. Pernah sekali tv meragam, jersey MU yang warna merah bertukar ke warna ungu. Tak feel langsung! Mungkin ada juga orang lain yang tak pernah merasa apa yang aku rasa. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah.

Nazmi Raja Lawak 5 cakap semua dalam kedai ada HD. TV, mesin basuh, peti sejuk. Semua HD.
 
Hutang Dulu.
 
 Google sahaja terus copy paste
 
Dalam ramai ramai peserta, aku suka si Nazmi ni. 1st week dah nampak dia punya serlah bintang. 2nd week makin menjadi. Tunggu saja lah apa pula lawaknya selepas ini.
 
Memang Dahsyat.

Friday, January 14, 2011

Aku perlukan tripod, speedlite, dan lens..

Yaa-Haa

Sebaik sahaja aku selesai sembahyang maghrib kira-kira 4 minit yang lalu sebelum menulis entry ini. Aku teringat cerita aku bersama 3 orang mahasiswa Diploma Industrial Design Engineering (DiDE)- Graphic. Eh..betul ke?

Aku mempunyai sebuah benda alah yang dipanggil DSLR. Canon EOS 1000D. Benda ni aku selalu bawa ke merata tempat untuk menajamkan lagi sentuhan shutter dan auto fokus. Faham tak?
Aku sendiri tak faham apa yang aku tulis.

My love is gone


Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku bersama 3 orang kawan aku ni bersama-sama melakukan part time photography. Kami bermula dengan hanya berbekalkan 2 buah DSLR iaitu 1000D dan D90. Kawan aku seorang lagi tu ambil speedlite abang dia tanpa kebenaran. Aku cakap dia curi, tapi dia cakap tak. Dia tak curi, just ambil tanpa pengetahuan sahaja. Curi la tu kan?

1st job, kami cuba-cuba snap gambar seorang awek Diploma Information Management. Tangkap curi pula tu! Gila betul. Entah macam mana boleh kantoi. Akhirnya apabila menceritakan semuanya kepada awek itu. Dia bersetuju dijadikan bahan ujikaji sebagai model untuk photoshoot yang pertama. Malangnya aku tiada simpanan gambar ketika itu. Kami melakukan outdoor photoshoot di kawasan Tupah dan berjalan dengan lancar.


Awek? Awek...


Selepas awek cun tersebut melihat hasil karya kami. Rezeki kami semakin murah apabila kawan-kawannya pula meminta untuk mengadakan sesi photoshoot seterusnya. Kami mempunyai 2 buah kamera, 1 speedlite 1 diffuser dan 2 reflector DIY. Memang seronok aku bekerja dengan mereka.

Kawan aku sangat2 suka gambar ni. Aku tak tahu kenapa.

Sehingga suatu hari, aku terpaksa menjual kamera tersebut. Kawan aku seorang ni marah aku gila-gila. Aku terpaksa jual sebab aku nak guna duit untuk kelangsungan hidup. Kesian aku waktu tu. Berpunca dari itu, dia mula menyisih aku. Tetapi tidak kepada 2 orang lagi kawan sekerja aku. 

 Aku keseorangan, mereka hanya mampu melihat dari jauh.

Walaupun mereka hanya menjadi pembantu tapi mereka seronok apabila kami berempat. Bertiga ketika melakukan photoshoot berasa amat janggal. Sebelum tamat semester lepas. Kami kembali bersatu. Kawan aku yang marah gila-gila dekat aku telah menjual kamera dan speedlita abangnya kerana kekurangan wang. Maklumlah, beli DSLR guna duit PTPTN. Memang tak cukup nak makan lah jawabnya. Sehingga sekarang kami hanya tersenyum apabila mengingati kisah tersebut. Seorang kawan aku extend sem dan yang curi speedlite abang dia tu telah pindah kampus. Perak barangkali. Tinggal aku dan seorang lagi iaitu pembantu yang setia memegang reflector dan diffuser di panas terik tanpa banyak songeh. Hanya tersenyum menerima bahagian upah masing-masing.
Aku masih teringat ketika mereka mula-mula aproach aku.

Dengan bongkak dan riaknya aku berkata:

Aku perlukan,tripod,speedlite dan lens untuk kerja-kerja ini.

Ternyata kata-kata keramat itu menjadi tali persahabatan kami. Kami berempat ibarat kamera,tripod, speedlite dan lens untuk menyiapkan sesebuah kerja. Aku bangga mempunyai rakan sekerja yang sebegitu walaupun earnings kami tidak begitu lumayan. Aku harap EOS Team yang kami bangunkan dulu mampu kembali bersatu suatu hari nanti.

 Teringin nak punyai Teammate yang hebat macam Kukubesi Manipulasi

Ada siapa-siapa nak jadi lens,kamera,tripod atau speedlite?


p/s: nama kawan2 terpaksa dirahsiakan atas permintaan.harap maaf.

Thursday, January 13, 2011

Lagu aku kepada Ex Ex Girlfriends aku- Just for fun!!

Yaa-Haa

Entah kenapa aku mereng nak update blog sampai 3jam sekali ntah. Ni ada sebuah lirik lagu yang aku rosakkan untuk ex-ex girlfriends aku. haha..Enjoy

Kamu manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda kamu dari ku
Aku berdiri teguh

Kamu serba tiada
Kamu kekurangan
Dan bila aku tiba
Kamu hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatku
Tulusnya hatiku
Jujurnya niatku
Tingginya kesabaranku

Lepaskanlah dirimu
Kerna kamu tak mampu tuk menanggung
Cinta sempurna
Dariku...
Dariku...

Bukan kamu tak pernah
Mengerti diriku
Mu sanjung setiap kata cinta
Ku berikan pada mu

Hilangkan rasa itu
Akhirkan semua
Dan bila aku sedar 
Kamu hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatku
Tulusnya hatiku
Jujurnya niatku
Tingginya kesabaranku

Lepaskanlah dirimu
Kerna kamu tak mampu tuk menanggung
Cinta sempurna
Dariku...
Dariku...

Gila punya sombong bongkak dan ego la lagu nih.

Credit to Yunalis Zarai


p/s: Sori rosakkan lagu akak..akak mmg power..sy suka akak :) Peace!!

Cara TERBAIK menghabiskan cuti 3 hari di UiTM dan sekitar Merbok

Yaa-Haa

Mula-mula aku nak wish kepada semua yang nak balik tu, selamat bercuti selama 3 hari. Seronok sebenarnya cuti selang seli ni. Kejap minggu ni 2 hari, minggu depan 3 hari cuti. Tak lah bosan sangat dengan perkara rutin. Kelas pun akan jadi kejap ade kejap tak de. Siapa berani purpose benda ni kat Pengarah kita?
Okey. Stop dreaming. 
Benda itu tak akan terjadi kecuali aku yang naik jadi pengarah. Still daydreaming Mr. Khai?

Ini ada sedikit tips terbaik untuk menghabiskan masa di Kolej, KTU dan Rumah Sewa sekiranya anda tidak pulang ke kampung masing-masing. Saja aku guna kampung, rasa jauh dan dramatik sikit. Kalau guna rumah, tak cukup feeling rasanya. Okey. Ini adalah tips nya :

1. Tidur sepuas-puasnya ketika berada di kediaman anda. Maklumlah kan, dah nama pun cuti, tidur adalah perkara terbaik untuk dilaksanakan memandangkan hampir hari-hari kelas bermula pada pukul 8 pagi. Orang cakap, qada' balik tidur-tidur yang tak cukup sebelum tu. Eh pandailah bab tu, kalau bab sembahyang ada kamu nak qada'??

2. Basuh kenderaan anda (sekiranya ada). Peruntukkan masa anda dengan kenderaan anda sehingga setengah hari dan ke atas kerana setiap hari anda menaikinya tanpa memeriksa tahap kesihatannya. Wash, Wax, and the important is pampered it. It worth activity. Apa ingat manusia je kena belai? 

3. Main game. Sebelum itu, install game banyak-banyak dalam laptop anda dan main game puas-puas sehingga muntah hijau. Ingat! Main waktu cuti sahaja okey? 

4. Borak-borak dengan Pak Guard. Ini aktiviti ketika di Kolej. Cuba lah beramas mesra. Tapi jangan main ramas-ramas. Kalau berani cuba tanya dia kenapa suka saman budak. Kalau dia bagi jawapan tak bernas, cuba brainwash dia. Jadikan dia berada di tempat kita. Hahaha.

5. Tulis blog. Anda boleh luahkan semuanya dalam blog itu. Marah,geram, suka seseorang, seronok. Apa-apa sahaja.
 
Blog | Best way for fun

6. Buka website TV3 atau Youtube dan tekan kata kunci AJL 25. Tengok AJL bagi sesiapa yang belum tengok dan sesiapa yang sudah tengok cuba buat analisa bagaimana Cinta Sempurna gagal menang dan kemenangan mengejut Anna Rafali. Sebenarnya aku tak puas hati dia menang tapi itu rezeki dia.
 
 "Sempurnanya lagumu, no wonderlah aku tak menang", said Yuna
 
7. Buat amal ibadat banyak-banyak sepanjang 3 hari cuti. Setiap masa kita melakukan dosa walaupun sekecil zarah. 
Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan
8. Ulang kaji dan siapkan assignment yang sudah tentu diberikan oleh pensyarah kepada kamu. Aku pun dapat banyak juga assignment. Hampeh.

Itu sahaja yang terlintas dalam kepala otak aku sekarang. Ini adalah cara TERBAIK untuk menghabiskan cuti kamu. Sekarang tahukan kenapa aku guna capital letter untuk perkataan TERBAIK ini kan?

Selamat bercuti kepada semua pelajar UiTM Kedah dan semua pelajar IPTA dan IPTS di seluruh Kedah kerana menyambut Hari Keputeraan Sultan Kedah.

Sultan Kedah, happy birthday! (Boleh ke macam ni??)  Ampun Tuanku!!

p/s: packing. Mahu pulang. Aku pulang.......


Wednesday, January 12, 2011

Sekarang ini pelik, Ego dan Cinta ia saling berkait?

Yaa-Haa

Pelik sangat tajuk entry aku kali ni. Pelik kan? Kenapa aku cakap pelik? Banyak benda yang berlaku disekitar aku sekarang sangat-sangat pelik. Couple, Single, Complicated, Not Single But Available. Macam macam.

Selepas entry aku yang bertajuk Mohd Hazmi in relationship with Nadya Aziz, Hazmi call aku semalam. Gelabah cukup. Relaks bro. Selalunya yang perempuan yang akan melenting, marah-marah. Ini tidak, laki pula yang lebih-lebih. Dunia sudah berubah. Berubah sama sekali. Aku pelik dengan lelaki sekarang. Tersangat ego, termasuk diri aku. Kadang-kadang aku pun tak faham apa yang aku nak. Kawan aku aku namakan sebagai A dia minat kepada kawannya yang aku sendiri tak pernah jumpa dan hanya berkomunikasi di telefon dan FB sahaja. Kawan dia tu aku namakan sebagai B sahaja. A sayang B tetapi B cool sahaja. B tahu A sayang dia sangat-sangat. Tetapi ego. B adalah lelaki. Semua orang tahu characteristic lelaki adalah ego. Aku tak kenal sangat dengan B dan kalau boleh tak nak kenal pun. Ego kan? 

EGOISM | Know the man, know their ego


Kawan aku ni, aku kesian dia, aku sayang dia sebagai kawan. Dia dah banyak kali menderita dan kecewa dengan dirinya dan hubungan nya dengan hamba Allah yang lain. Aku harap aku dapat menolong dia.Aku akan cuba tolong dia. Orang di luar sana pasti akan cakap aku bodoh. Sanggup menolong kawan untuk memastikan cintanya sekurang-kurangnya dilihat ikhlas walaupun tidak terbalas sedangkan diri aku sendiri masih seperti ini. Setiap malam housemate sanggup keluar lewat malam mencari topup untuk mesej dan call awek sedangkan aku hanya lepak depan tv dan mentelaah buku sementara menunggu masuk tidur.
 
Tengok tv | Lebih jimat dari call awek 
 
Single itu simple. Betul. Aku tak mengalakkan sesiapa yang dah berpunya kembali single tapi bagi aku single itu sunyi tetapi seronok. Bebas berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa perlu menjaga hati seseorang, bebas keluar dengan sesiapa sahaja tanpa perlu cover line. Tapi tak bermakna aku Playboy. Aku setia tapi orang tu tak percaya aku seratus peratus. Aku akui aku ramai kawan baik laki mahupun perempuan. Kalau aku borak dengan diorang tak bermakna aku tak setia. Jika aku tengok perempuan hot tak bermakna aku tak ingat siapa di hati tapi ini lah hakikatnya. Tiada persefahaman dan tiada kepercayaan terhadap pasangan masing-masing. Full Stop. Aku dah tak larat nak luah isi hati ini. Cukup lah buat masa sekarang. Aku bahagia denga keadaan aku sekarang.

Single Season | Bukan Syok Sendiri


Aku pelik kenapa perempuan susah nak percaya lelaki dan kenapa lelaki sangat suka dengan status Not single but available. Aku takut nanti dia pula yang permanent disable. Ok lah. Dah panas terik. Perut pun dah berbunyi, so time to cook and eat. 

p/s: semalam meeting Dinner Sisda, aku sekali lagi dilantik menjadi Exco Publisiti. Popular sangat agaknya. Bulan March nanti aku akan date dengan Photoshop CS3 je la.