Wednesday, January 19, 2011

Promosi Trailer Be 'A'


Dia seorang sharpshooter. Agen rahsia di sebuah negara. Pernah menjalankan beberapa misi penting menyelamatkan negara tercinta demi keamanan. Seorang yang berhati kering. Menjalankan tugas berpandukan arahan tanpa sebarang pertanyaan. Tiada saudara mara dan hanya dijaga di sebuah pusat jagaan kanak-kanak sehingga berumur 18 tahun sebelum direkrut sebuah pasukan negara tersebut. BA, Brahmin Arman telah terlibat dalam kemalangan dan kehilangan ingatannya. Satu konspirasi menjatuhkannya sehingga dia tidak mengenali asal usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.

Tajuk : Be 'A'
Genre : Aksi, Suspens, Thriller,Fantasi
Penulis : Khai

Note: Segala watak dan jalan cerita serta nama tempat adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati. Sebarang info, mitos mahupun adegan politik adalah rekaan semata-mata. Cerita bersiri ini adalah hak milik sepenuhnya Khai dan tidak boleh ditiru atau mengubah dalam apa cara bentuk sekali pun. Plagiat itu HARAM.

Selepas percubaan kedua, Kisah Aku Cinta Kamu, Be 'A' adalah karya Khai yang seterusnya. Cerita aksi bersiri ini akan diterbitkan sekali sehari bermula 21 Januari 2011 (Jumaat) hanya di Pada Saat Ini (http://padasaatini.blogspot.com). Selamat membaca.

p/s: sila tinggalkan komen dan idea di ruangan komen supaya jalan cerita ini lebih menarik :)

Yaa-Haa

No comments: