Friday, January 14, 2011

Aku perlukan tripod, speedlite, dan lens..

Yaa-Haa

Sebaik sahaja aku selesai sembahyang maghrib kira-kira 4 minit yang lalu sebelum menulis entry ini. Aku teringat cerita aku bersama 3 orang mahasiswa Diploma Industrial Design Engineering (DiDE)- Graphic. Eh..betul ke?

Aku mempunyai sebuah benda alah yang dipanggil DSLR. Canon EOS 1000D. Benda ni aku selalu bawa ke merata tempat untuk menajamkan lagi sentuhan shutter dan auto fokus. Faham tak?
Aku sendiri tak faham apa yang aku tulis.

My love is gone


Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku bersama 3 orang kawan aku ni bersama-sama melakukan part time photography. Kami bermula dengan hanya berbekalkan 2 buah DSLR iaitu 1000D dan D90. Kawan aku seorang lagi tu ambil speedlite abang dia tanpa kebenaran. Aku cakap dia curi, tapi dia cakap tak. Dia tak curi, just ambil tanpa pengetahuan sahaja. Curi la tu kan?

1st job, kami cuba-cuba snap gambar seorang awek Diploma Information Management. Tangkap curi pula tu! Gila betul. Entah macam mana boleh kantoi. Akhirnya apabila menceritakan semuanya kepada awek itu. Dia bersetuju dijadikan bahan ujikaji sebagai model untuk photoshoot yang pertama. Malangnya aku tiada simpanan gambar ketika itu. Kami melakukan outdoor photoshoot di kawasan Tupah dan berjalan dengan lancar.


Awek? Awek...


Selepas awek cun tersebut melihat hasil karya kami. Rezeki kami semakin murah apabila kawan-kawannya pula meminta untuk mengadakan sesi photoshoot seterusnya. Kami mempunyai 2 buah kamera, 1 speedlite 1 diffuser dan 2 reflector DIY. Memang seronok aku bekerja dengan mereka.

Kawan aku sangat2 suka gambar ni. Aku tak tahu kenapa.

Sehingga suatu hari, aku terpaksa menjual kamera tersebut. Kawan aku seorang ni marah aku gila-gila. Aku terpaksa jual sebab aku nak guna duit untuk kelangsungan hidup. Kesian aku waktu tu. Berpunca dari itu, dia mula menyisih aku. Tetapi tidak kepada 2 orang lagi kawan sekerja aku. 

 Aku keseorangan, mereka hanya mampu melihat dari jauh.

Walaupun mereka hanya menjadi pembantu tapi mereka seronok apabila kami berempat. Bertiga ketika melakukan photoshoot berasa amat janggal. Sebelum tamat semester lepas. Kami kembali bersatu. Kawan aku yang marah gila-gila dekat aku telah menjual kamera dan speedlita abangnya kerana kekurangan wang. Maklumlah, beli DSLR guna duit PTPTN. Memang tak cukup nak makan lah jawabnya. Sehingga sekarang kami hanya tersenyum apabila mengingati kisah tersebut. Seorang kawan aku extend sem dan yang curi speedlite abang dia tu telah pindah kampus. Perak barangkali. Tinggal aku dan seorang lagi iaitu pembantu yang setia memegang reflector dan diffuser di panas terik tanpa banyak songeh. Hanya tersenyum menerima bahagian upah masing-masing.
Aku masih teringat ketika mereka mula-mula aproach aku.

Dengan bongkak dan riaknya aku berkata:

Aku perlukan,tripod,speedlite dan lens untuk kerja-kerja ini.

Ternyata kata-kata keramat itu menjadi tali persahabatan kami. Kami berempat ibarat kamera,tripod, speedlite dan lens untuk menyiapkan sesebuah kerja. Aku bangga mempunyai rakan sekerja yang sebegitu walaupun earnings kami tidak begitu lumayan. Aku harap EOS Team yang kami bangunkan dulu mampu kembali bersatu suatu hari nanti.

 Teringin nak punyai Teammate yang hebat macam Kukubesi Manipulasi

Ada siapa-siapa nak jadi lens,kamera,tripod atau speedlite?


p/s: nama kawan2 terpaksa dirahsiakan atas permintaan.harap maaf.

2 comments:

Anonymous said...

Its not my first time to pay a visit this web site, i am visiting this
site dailly and obtain fastidious facts from here all the time.


my weblog; http://eating-for-energy.com/hcg-diet-plan-the-truth-about-it

Anonymous said...

Also known as eczema, this skin condition may appear or worsen during pregnancy.
This article may be freely reprinted or distributed in its entirety in any ezine, newsletter, blog or website.
The brown-slatted background in the image above really isn't part of the technique I was trying to demonstrate here.

Stop by my blog post - natural remedies for skin tags ()