Friday, January 28, 2011

Dunia DSLR

Yaa-Haa

Aku sudah berada di rumah. Seronok rasanya melayari internet dengan kelajuan yang laju. Amat puas! Kira-kira setengah jam yang lalu aku blog walking blog fotografi dan website Mudah dan DPReview. Saja usha usha DSLR. Seronok rasanya berada dalam keadaan begitu. Hampir semua blog fotografi aku buka sampai laptop aku hang about 3-5 minutes. Demm!!

Dah nama pun blog fotografi, semestinya banyak blog yang memaparkan hasil terbaik snap mereka di khalayak. Dari sunset hingga ke potret. Macam macam jenis gambar aku tengok. Kepala otak pun dah tepu bila memikirkan shutter speed dan bukaan aperture pada setiap gambar yang aku tengok. Itu belum masuk ISO dan White Balance lagi. Penatkan bunyinya?

Propa sahaja. Tak penat sangat pun. Semester ni aku nak jimat duit. Cuti semester ni kalau saving aku ada dalam sekitar RM800, so semester depan aku akan dapat balik title photographer. Haha. Sukanya.. Actually rookie photographer. Sem depan gua mau angkat sebijik kamera DSLR. Entry level sahaja.

Antara dalam top list ialah:

-Nikon D3100
 
Beauty with Intelligence | better than D3000


-Nikon D5000

Flip flap | aku suka sebab LCD boleh tutup. :)


-Canon 1000D

Aku dah pernah guna ini dulu. Sangat best. :)


-Canon 450D


Last resort maybe. :P


Apa apa pun kena tunggu perkembangan semasa kewangan aku. Kalau semua berjalan dengan lancar. Alhamdullilah. Semester depan (Bulan 6-7), blog aku akan dipenuhi dengan gambar-gambar permandangan. :)

Bersabarlah wahai Khai, lepas ni bolehlah test skill dengan Cik Pqa dan Mr Dat.


Dan kalau aku dah dapat benda alah ni. Top list aku untuk aksesori pula ialah:

-Tamron 18-270mm

Benda alah ni sangat-sangat penting. Senang aku bawak 1 lens jer, tak perlu nak tukar tukar.

-UV filter/ Creative filter


Filter digunakan untuk memanjangkan lagi jangka hayat lens.

Nak tahu macam mana rupa bentuk gambar bila guna creative filter? Ini contohnya.


Klik jika rabun warna :P
Perlu ke aku explain untuk UV filter?

-Tripod

Selalunya, tripod yang free gift tu ringan. Aku nak tripod yang berat. Senang nak snap light trail dari jejantas Central Square tu. Tendency nak dapat gambar blur pun berkurang.

-Speedlite

Benda alah ni aku tak reti guna sebab aku tak pernah guna. Tapi aku akan dapatkan juga one day.


Ok lah. Aku ni dah macam anak merengek kat papa minta belikan mainan. Apa apa je la. Yang penting aku nak!

Oleh itu, kalau dah baca entry saya ni. Abang yang hensem lagi bergaya, kakak dan adik yang cantik lagi manis, click la Nuff saya. Anda click saya bahagia. Saya kaya anda bahagia.

hehe

Adios..

2 comments:

senandung semalam said...

ko ni xhbs2 kn dgn dslr kau....
hahhahahhaha...
aku xley blik lg...
;(

Khai said...

ishma: haha..bkn ape..ko tahu kn aku "ter"jual DSLR aku dulu..hehehe..ni nak angkt balik la..lame ko menyepi..wlcome back sis..balik la cepat sikit :)